Thursday, April 21, 2011

Tolong La Rajin Sikit

Ok, post ni untuk menaikkan semangat diri sendiri yang sedang kemalasan study. Sebelum tu nak minta maaf kat housemate sebab post kelmarin. I shamed you publicly, so I've to apologize publicly. Lepas ni, kita masing-masing cool okeh, babeh!

1. Betulkan niat
Datang sini bukan nak main facebook, bukan nak keluar pergi Carrefour atau mana-mana mall, bukan sibuk fikir nak melancong ke lain. Nak fikir benda-benda tu semua boleh, tapi sila study dulu ok. Kalau niat dah salah, nak belajar pun rasa malas.

2. Ingat cita-cita
Belajar bukan untuk parents, bukan untuk professor kagum atau sebagainya. Prof Manal cakap, "You're here not for marks coz you're not getting post in our country. But you're here for knowledges!". Jadi, sila bayangkan yang kau ni dah jadi doktor nak tolong orang dengan ikhlas. Jadi doktor Muslim ye kita.
Huh? Ni nak belajar ni dah baca doa ke belum?

3. Ingat kesusahan keluarga
Ini cuma berkesan kepada sesiapa yang berasal dari keluarga miskin macam aku. Kepada anak orang kaya, memang dia tak dapat ingat pun apa kesusahan keluarga. Mungkin kita jadi "shock" sebab tiba-tiba dapat duit banyak dari scholarship sampai joli habis-habisan. Jadi, sila rewind balik, ingat semula kesusahan yang dialami sebelum ni. Kalau kita makan sedap-sedap kat sini, cuba fikir family kita makan apa ye kat rumah? Kalau kita beli baju mahal kat sini, fikir balik. Family kita pakai apa je kat rumah? Kita malas belajar macam ni, family kita malas juga ke? Family happy ke kalau tahu kita malas study?

4. Ingat Allah SWT
Belajar sebab Allah. Selalu aku sebut dalam blog ni. OK, tukar sikit. Sila jangan buat ibadah semata-mata nak jawab exam. Bila nak dekat nak exam baru sibuk nak baca Quran padahal sebelum ni berhabuk Quran tu. Sebab apa jadi rajin ibadah ni? Sebab nak exam!! Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari perangai macam ni.

5. Kalau rasa malas, cepat-cepat ambil wudhu pastu baca Quran jap sehelai dua. Zikir sikit-sikit ke, tahmid tasbih takbir dan sebagainya. Kalau rasa malas, jangan terus buka facebook atau cari katil. Haha..Itu bahaya ya kawan-kawan.
Berdosa bagi sesiapa yang mampu bekerja, tetapi tidak/malas bekerja Kalau bagi kita yang sedang belajar ni...? Berdosa bagi kita yang patut belajar , tetapi malas belajar!
Lagi sekali ye diingatkan...BERDOSA!!

ni semua dari ceramah Ustaz Aqli time tafaqquh dulu

p/s : Khairi, sila study sekarang! Jangan makan elaun buta!

No comments: