Monday, May 30, 2011

Hati Yang Hilang

Astaghfirullah, diri ini aku rasakan begitu jahat. Banyak kekurangan yang ada, dan banyak dosa yang telah aku lakukan. Selalu emosional, menceritakan keburukan orang dan sebagainya. Rasa macam hati ni dah penuh dengan titik hitam. Aku ada terbaca ni,

Pesan Imam Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Bila aku baca Al-Quran, rasa keinsafan tu hadir cuma seketika. Lepas habis baca Al-Quran, sikap jahat menguasai diri kembali.

Bila mengerjakan solat pula, sukar sekali diri ini hendak khusyuk. Masakan aku temui hati dalam solat aku yang tidak khusyuk?

Baru-baru ini, aku solat zuhur berjemaah di masjid berdekatan dengan universiti di Mowassah. Sudah lama aku tidak solat berjemaah di masjid. Selesai solat, imam mengajak makmum untuk solat jenazah bersama. Sewaktu mereka mengangkat jenazah ke hadapan, mereka melintas di hadapan aku. Memang aku nampak jelas sekujur tubuh kaku yang telah dikafankan itu. Rasa keinsafan mula muncul dalam diri. Bimbang jika masa aku pula akan tiba tak lama lagi tanpa sempat bertaubat.

Tapi, selesai sahaja solat jenazah, aku terus jadi lupa. Lupa untuk mengingati mati. Aku masih lagi berfoya-foya, hanyut dalam duniawi dan biarkan aku dikuasai nafsu. Aku cuba cari hati ketika baca Quran, mengerjakan solat, dan mengingati mati. Tapi semuanya aku jumpa hanya sementara.

Aku rasa, hati aku telah hilang. Aku tidak mempunyai hati sekarang. Kosong. Dan aku perlu memohon kepada Allah SWT agar memberi aku hati yang baru. Mencari hati yang baru~

p/s : Ya Allah, ampunilah dosa kami semua.

1 comment:

syumul said...

when you're doing 'ibadah's but you're remembering Allah, it is better than you're doing them just because it is your routine, your ritual activities

teruskan usaha, walaupun kita ingat DIA sekejap-sekejap..
DIA tahu kelemahan kita..