Wednesday, May 18, 2011

Kubur Memang Masing-masing, Tapi....

Kena tukar bahasa Melayu semula sebab nak tulis pasal Palestin. Cewah, semangat tu kena ada ye kawan-kawan. Semua orang pun boleh post pasal Palestin kat blog dia. Tak semestinya kita kena jadi AJK Palestine Evergreen dulu baru boleh post. Semua orang boleh tulis, tak ada masalah! Kita pun boleh share info kan?

Tapi kali ni nak tulis pasal lain. Tentang orang yang tak berapa nak dengar kata atau dalam bahasa kasarnya dipanggil bebal. Contohnya, kita nasihat orang tu buat sesuatu yang baik tapi orang tu tak nak. Ha...Itu bebal lah tu. Kita ni pun kena pandai menjawab dengan orang-orang yang macam ni. Jangan biar diorang teruskan buat jahat, kalau tak kita pun dapat dosa. Aiceh, alim pulak aku malam ni.

Kes 1

(Bagi nasihat) : Eh, kau ni aku tengok kau ni tak solat pun? Er...dah solat dah?

(Tak nak nasihat) : Ala...suka hati lah nak solat ke tak. Kubur masing-masing okay! So, kau tak yah sibuk.

Ok..jawapan yang wajar diberi kepada orang macam ni ialah...

Option 1
Sebab kubur masing-masing la aku suruh kau solat. Kalau kita satu kubur, senanglah aku nak back up kau kalau kau tak dapat jawab soalan malaikat!

Option 2
Kubur memang masing-masing, tapi yang nak kena urus jenazah kau tu nanti orang lain jugak. Kalau kau mati tapi boleh masuk sendiri dalam kubur, dan tak menyusahkan orang lain tak pe jugak. Ni orang lain gak yang kena kafan, mandi dan kebumikan. Sebab tu aku nasihat kau suruh solat ni.

ok, kes yang lain bersambung di post yang akan datang. Salam~

3 comments:

Izyan Khalidah said...

hee betul. jawapan terbaik!

Anonymous said...

btol2... saya sokong 200%

khairi malik said...

izyan = tp tkpe ke kita jawab cmtu eh? hurm~