Saturday, May 28, 2011

Palestine Evergreen

Entah betul entah tak aku eja tajuk post aku ni. Tak kisah la tu. The most important thing, maksud tersampai. Ok, untuk muqaddimah post saya pada hari ini ialah...dah baca PO? Pasal pelajar nyaris ditikam pemandu teksi? Seram wooo~ Aku ni baru je balik dari Carrefour sorang-sorang, pergi pun sorang-sorang naik teksi. Alhamdulillah selamat sebab dua-dua pemandu teksi tu baik. (Baik ke?)
Kesimpulan : Jangan pergi tempat dekat dengan menaiki teksi! Haha..Satu kesimpulan yang salah.

Ok, let us proceed to the main point. InshaAllah, pada hari esok tanggal 29 Mei, akan diadakan sebuah majlis pelancaran WARM dan Palestine Evergreen di aras 3 Asrama Mara (ASMARA - cewah, sesuka hati aku je kan?). Semua ahli Perubatan PCI dijemput hadir. Ok, malas cakap banyak...Kat bawah ni konon-kononnya Q dan A untuk esok la...Konon-konon, hahah! Baca je wokeyh!

Q : Tak tahu pun pasal ni?
A : Eh, kan tengah bagitau ni? Cube check emel alexmed, fesbuk dan tanya kawan-kawan.


Q : Untuk ahli Perubatan PCI? Budak dentist dengan farmasi tak yah pergi la eh? Budak medik je?
A : Sila jangan jadi lurus ye anak-anak. Perubatan PCI itu adalah persatuan, bukannya course. Ahli Perubatan tu terdiri dari student medik, dentist dan farmasi. Kesimpulan, SEMUA dijemput hadir. (No matter what your course is)


Q: Ala..kalau semua pergi nanti, penuh la pulak asrama MARA. Tingkat 3 tu kecik je..Mana muat nak masuk ramai-ramai.
A : Bagusnya pemikiran anda. Kalau semua ahli PCI berfikir macam anda, last-last kosong majlis tu esok. Apa salahnya kalau kita ramai-ramai memeriahkan majlis. Dapat erat silaturahim, dapat ilmu. Apalah salahnya kalau berhimpit sedikit. Jangan lah sentiasa nak berada di zon selesa. Saudara kita kat Palestin tu hidup tak selesa, kita pulak nak selesa nak space banyak-banyak & tak nak berhimpit? Zaman nabi dulu, sampai lutut bertemu lutut kan? So, sila datang!


Q : Apa pekdah kalau saya pergi ni? Baik study kat rumah.
A : Adakah anda sayang Palestin? Nak tolong Palestin secara direct (pergi berperang) kita tak mampu, jadi ni salah satu cara untuk menunjukkan anda concern dengan saudara kita di Palestin tu. Anda dapat tahu serba sedikit pasal Palestin, dapat kenal Dr. Azhan dari Tanta dan dapat tengok kawan-kawan PCI kita beri talk.


Q : Hek ele~..Banyak lagi cara lain boleh buat untuk tunjuk rasa sayang kat Palestin selain dari pergi majlis tu.
A : Oo..ye ke? Apa yang anda buat? Boikot? Anda boikot seratus peratus ke? Memang tak guna barangan Israel LANGSUNG ke? Ke anda derma sebanyak berjuta kepada Palestin? Ke anda tolong diorang berperang lawan Israel? Bagusnya anda....Nak tahu juga apa cara lain yang anda buat untuk Palestin selain dari pergi majlis tu. Ke anda just duduk rumah dan dengan lagu Untukmu Palestin berulang-ulang kali? Membantu ke anda? By going to this event, at least you show ur concern!

Q : Saya busy la esok. Nanti penat.
A : Saudara kita kat Palestin lagi penat. Tiap-tiap hari lari dari peluru. Cuba bandingkan, kita dengan diorang mana lagi penat?

Q : Ala..setakat nak tahu info pasal Palestin tu, dalam internet pun banyak.
A : Ouh, mungkin anda tak faham apa hukum belajar tanpa guru. Ataupun mungkin anda tak tahu faedah kalau berjemaah. Internet tu bukan betul 100%, wikipedia pun kita boleh edit.

Q : Best sangat ke program tu? Ada apa esok?
A : Sila lihat tentatif di emel. Ada tayangan video, Talk dari saudara Azhan dari Tanta dan pidato dari kawan-kawan dari setiap batch. Kalau datang awal, inshaAllah ada sedikit permainan di booth dan ada pameran disediakan. Sila datang awal.

Q : Esok saya habis kelas lewat. Mana sempat nak pergi.
A : Nak seribu daya, tak nak banyak pulak la cekadak kau! AJK program pun ada kelas jugak esok sama macam korang, tapi boleh je pergi majlis tu siap buat kerja dan urus itu ini lagi. Korang just datang je dan pakai baju hijau. Tak kan itu pun berat?

Q : Ala..baru nak pergi. Bila tahu kena pakai baju hijau terus tak jadi nak pergi. Saya tak de baju hijau.
A : Kawan-kawan kan ada? Pinjamlah untuk sehari je. Takkan lah kawan tak sanggup berkorban sikit. Kalau dia tak sanggup pinjamkan kat anda, anda tak payah kawan la orang macam tu. Cari kawan lain. Ngahaha..Pakai je apa-apa yang nampak macam hijau.

Q : Ouh, saya tak pergi majlis-majlis macam ni. Tafaquh pun saya tak pergi. Nanti apa pulak orang lain kata.
A : Kenapa mesti kira apa orang lain kata? Sebab anda tak pergi tafaquh la anda kena pergi majlis ni. Dah la tafaquh tak pergi, tak kan la majlis ni tak pergi jugak? Kalau memang anda tak minat program rohani macam ni, saya nasihatkan anda muhasabah diri semula dan cari hati anda semula. Penuh titik hitam kot tu.

Q : Saya bukan orang kuat Perubatan. Ni apa pakai baju hijau ni? Macam parti politik je?
A : Majlis ini terbuka untuk SEMUA AHLI PCI, bukan kepada ORANG KUAT PCI. Harap anda lulus bahasa Melayu dan dapat membezakan kedua-dua frasa di atas. Ni apa fikir politik pulak ni? Tak ada kena mengena dengan politik langsung benda ni. Korang je yang fikir negatif macam tu.

Ok la..itu sahaja. Selamat pakai baju hijau pada malam 29 MEI. Jangan lupa hadir ke majlis tu. :D

p/s : Siapa tak datang maksudnya dia tak cakna Palestin. :P (gurau!)

1 comment:

Syafinaz Alizaini said...

lenkali kita buat baju batik batch lah boleh pkai time majlis rasmi cmni =.=""