Thursday, May 26, 2011

Panik!

Antara sikap unik lagi hampeh yang aku ada ialah, aku ni cepat panik. Gelabah semacam. Aku pun nyampah tapi nak buat macam mana, susah nak kawal benda ni.

Tadi waktu exam ICDL (exam berkomputer), aku pun jawab soalan ICDL dengan tenang dan berhati-hati (bajet). Kemudian, ada tiga soalan yang aku tak dapat jawab. Jadi, aku skip lah dulu sebab dia bagi skip.

Lepas tu bila dah habis jawab 33 soalan (tak termasuk 3 soalan yang aku skip tadi), kat skrin aku terpapar benda ni hah

You have skipped 3 questions.
Do you would like to attempt it now?

Dan ada dua pilihan. YES dan NO. Aku dengan yakinnya menjawab NO! Cewah, kalau ada orang tengok aku waktu tu, mesti dia cakap, "Budget gila budak ni tak nak dah jawab soalan yang dia tinggal tadi". Tapi sebenarnya waktu tu fikiran aku kurang waras seketika. Aku just tekan je perkataan NO tu dengan jayanya dan penuh schizophrenia. Aku tak sengaja tertekan NO okay!!

Lepas aku dah submit NO tu, baru aku dapat kewarasan aku balik. "Eh, apa aku buat ni? Gila apa aku tak jawab habis semua soalan?" Waktu tu aku dah gelabah sakan. Untuk menampakkan lebih drama, proses dia nak bagi markah tu cukup lama loading nya. Suasana waktu tu sungguh suspens dan genting, lebih genting dari Genting Highland.

Kemudian, result keluar. Jeng jeng jeng! Alhamdulillah, lulus. Tak caya sungguh aku lulus. Aku dah la buta IT. Terkejut beruk aku time dapat result tu. Kalau beruk tengok aku waktu tu pun, mesti dia cakap yang aku terkejut mengalahkan dia. Tak caya dapat 86 walaupun aku ada skip tiga soalan (tiada unsur riak di sini, sekian terima kasih!). Nasib baik aku cuma skip 3 soalan. Kalau 13 soalan? Apa agaknya result aku nanti eh? Mau tercirit aku agaknya kalau tertekan NO tanpa jawab soalan yang di skip tu semula.

Aku tersenyum sorang-sorang memikirkan kebodohan aku yang panik bagai nak rak. Kemudian, aku pun bangun dari kerusi tempat aku exam tu dan pusing belakang. Guess what? Rupanya ada pengawas peperiksaan tu sibuk memerhati gelagat aku dari tadi. Bila aku pandang muka dia, dia gelak sambil senyum-senyum. Maksudnya dia nampak lah kegelabahan aku tadi. Ok, waktu tu aku dah malu. Rasa macam nak flush muka dalam mangkuk toilet pun ada.

Tapi aku cool je beb. Aku keluar dengan penuh rasa malu tapi pandai cover. Balik rumah lewat, tak pergi tafaquh. Haih..Dah tiga minggu dah ponteng ni. Tapi tadi sempat merayap-rayap dengan Hazim & Aiman Khalifah kat Wich Mac. Ada jugak la teman berborak. Isy, ni yang start sayang Hazim dengan Aiman ni. Hahah. Saya sayang kamu kerana Allah SWT. Ukhuwah la katakan.

Ok la..Saya sayang semua orang. Kalau saya tak bercakap dengan anda, kamu dan awak. Tu maksudnya saya bad mood/emo/marah dengan kalian. Tapi saya tak benci. Saya still sayang. Marah kan tandanya sayang. Tapi it takes time untuk aku kembali tegur sapa dengan korang macam mula-mula. Buat masa ni, rasa annoyed sikit kalau jumpa. Haih~

Ok lah, sekian sahaja post mengarut dan tak-akan-ada-orang-baca dari saya. Sekian~ Lalala

p/s: I love you, but I do not mention it face to face. I keep it inside my heart!

4 comments:

Anonymous said...

asal bahasa melayu pulak ni..mane perginya jati diri kamu!

Usher said...

wuyyo...gempak r kecik!!! mantap2

khairi malik said...

anon yang tak alert =
kan dan cakap, post BI cuma selama sebulan iaitu dari 23 April ke 23 Mei. Apa lah!

usher = tang mana lah pulak gempaknya?

DrSurialiNadiah said...

wah~ esok ICDL xm next module leh r tlg jawabkan utk ak. XD