Sunday, May 22, 2011

Selamat Pengantin Baru, Najwa!

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, siang waktu Malaysia tadi, seorang kawan yang sekampung dengan aku telah selamat diijabkabulkan.

Macam tak percaya. Teringat lagi waktu zaman sekolah rendah dulu. Perangai kebudak-budakan lagi, main kejar-kejar, nangis-nangis. Tiba-tiba sekarang ni dah kawin dah ha. Dan dah selamat jadi isteri orang dah pun. Tahniah ye Najwa. Lepas ni kalau kami nak jumpa kau, terpaksa lah minta kebenaran dari suami tercinta dahulu iaitu si Bob.

Minta maaf sebab tak dapat datang. Hanya ucapan selamat je yang aku boleh kirim. Cewah~ Ayat aku sungguh tidak boleh blah.

Ni bila dah jadi isteri orang, perangai kena behave. Huhu..Dengar cakap suami, jangan lawan cakap beliau sebab syurga isteri kan kat bawah kaki suami. Kalau tak caya cuba check. Haha..
Najwa, kau nampak cantik! Tak tipu! Seriously~


Selamat pengantin baru Najwa dan Bob
Semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu~ :D

p/s : Kawan-kawan sekampung yang lain mantain bujang ye? Haha..Kalau nak kawen pun tunggu aku balik Msia. Nak juga tengok korang atas pelamin. :P

No comments: