Monday, June 13, 2011

Aku Tak Jaga Ukhuwah?

Sebenarnya dah lama aku nak tulis benda ni. Tapi berat rasanya nak tulis, bimbang jika ada antara rakan-rakan yang marah. Tapi, rasanya baik tulis daripada terpendam dalam hati macam ni.

Secara jujurnya, aku memang puji sangat batch doctors of 2014 ni sebab buat banyak program. Macam aktiviti sukan, jamuan dan macam-macam lagilah.Bagus sangat sebab selalu buat pertandingan macam rugby, futsal, bola tampar sesama batch dan macam-macam lagi. Dan ada antara yang ajak aku main, tapi aku tolak sebab aku tak pandai main. Memang aku tak pandai bersukan, bukannya sahaja mahu menolak.

Tapi tak enak pula bila ada yang kata aku sombong, kata aku tak pandai jaga ukhuwah, tak support batch dan macam-macam lagilah. Aku pelik. Takkanlah cuma sebab aku tak sertai program-program yang dibuat, aku terus dicop sebagai "sombong?". Bukankah banyak lagi perkara yang boleh aku buat untuk jaga ukhuwah dan mengeratkan silaturahim ni?

Aku rasa, pergi kuliah pun boleh erat hubungan. Tiap-tiap hari kita ke kuliah, tiap-tiap hari juga kita jumpa dan bertegur sapa kawan-kawan kita. Aku rasa, pergi program lain macam tafaquh ke apa pun boleh erat hubungan juga. Kat kelas tu nanti boleh berjumpa dan tegur menegur. Makan sama-sama di warung KSP lepas habis kelas pun boleh erat silaturahim. Jadi, rasanya tak eloklah kalau aku dicop sebagai sombong sebab aku tak pergi bersukan.

Ada juga yang cakap,

"Khairi, turunlah padang petang ni. Kita main suka-suka je. Bukan untuk menang. Kalau tak pandai main pun tak apa."

Senang dia cakap. Kalau aku salah main, korang memanglah suka-suka (ketawa) terbahak tengok aku tak pandai main. Tapi aku yang tak pandai main ni yang tak 'suka'. (bengang kena gelak nanti). Semua orang ada perkara yang dia suka, dan ada yang dia tak suka. Everyone has their own specialty. Sport may stimulate your centre of excitement, but sport stimulates my punishment centre.

Apa perasaan kalian kalau aku ajak korang buat benda yang aku suka, tapi korang pulak tak suka benda tu? Korang ikut tak? Mesti korang pun tolak kan? The same goes to me! Macam mana kalau tetibe aku ajak korang menari endang ke,nyanyi karaoke ke? So, janganlah memaksa orang buat benda yang dia tak suka.

Ada yang cakap,
Aku tak pernah tengok kau turun riadah.

Kalau kita nak buat sesuatu, kita tak perlu nak menunjuk kat orang. Aku selalu je jogging petang-petang dari Sporting ke Syatby. Kalau kalian tak pernah nampak orang tu riadah, jangan terus assume yang orang tu tak pernah riadah. Nak buat macam mana kalau kebetulan time aku riadah tu korang tak nampak. Takkan lah nak call pulak bagitau semata-mata yang kita nak riadah. Ok, nanti aku nak try call lah. Aku nak cakap..

"Hello, weyh. Aku nak riadah ni. Jom la tengok aku riadah. Nanti cakap aku tak pernah riadah pulak."

Bole ke cakap macam tu? Haih..kalau kita buat sesuatu, tak perlu nak menunjuk kat orang! Lagi satu, jangan sebab orang tak sertai sukan yang batch buat, terus kita cop orang tu sebagai sombong! Dan setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Everyone has something which he/she is good at. Jadi, please respect each other!

p/s : Bukan jenis minta perhatian dengan buat kontroversi.

4 comments:

bobgp90 said...

nice2~ aku sll je kna cmtu.. tp biar la kt depa nk gelakkan ak, yg penting i'll try k.. mcm la diorg lahir dh pro~

Rahman D said...

aku selalu nmpk khairi joging dipantai sorang-sorang hhehehe

h n f h f z said...

ko bukak booth alex YE kat padang..kat bahr ke..nice jugak..

anwar azhari said...

gambar kucing itu comel~