Tuesday, June 14, 2011

Apa Guna Pandai Tapi....

Beberapa hari yang lalu, aku study lebih masa sedikit. Sampai pukul 2 lebih, kemudian baru tidur. Padahal nak dekat subuh dah waktu tu, tapi aku tetap tidur.

Kemudian, keesokan paginya aku terjaga pukul 7 lebih. Astaghfirullah, terlepas solat subuh aku. Sedang aku bersiap-siap, abah telefon. Macam biasa, kalau abah telefon, dia akan bertanya khabar, pelajaran aku, makan minum aku dan solat aku. Abah tanya,

Abah : Solat ada tinggal tak? Jangan tinggal solat. Berdosa~

Aku : Tadi subuh terlajak la abah. Sebab study sampai lewat malam.

Kemudian, memang terkedu juga bila abah cakap...

"Apa gunanya kalau kita pandai, tapi kita tak buat apa yang Allah suruh? Kalau mu (loghat T'ganu) dapat banyak A pun, abah tak bangga kalau mu tak solat"

Haih,..sangat sedih di situ. Ye, memang betul cakap abah, Apa guna kita study sampai lewat malam tetapi tak buat benda yang wajib dan tersenarai dalam rukun Islam?

Abah kalau dah beri teguran, memang biasanya meleret-leret. Abah sambung lagi,
"Apa guna pandai kalau kita menyombong dengan orang. Apa gunanya pandai tapi kita selalu kurang ajar dengan orang. bla bla bla..."

Isy, memang sedih kena marah. Tapi marah tu baja. Marah tu tandanya sayang. Jadi, kesimpulannya sila letakkan agama anda di tempat pertama dan perkara yang lain-lainnya di bawah! Letakkan prioriti anda kepada agama ye kawan-kawan. Pentingkan agama dulu, baru pentingkan benda lain macam pelajaran.

p/s : Harap-harap kawan-kawan pun dapat pengajaran dari post ni. Salam~

3 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

marah tanda sayang :)

like post kali ni. thumbs up !

Simple. said...

like gak!!!!

khairi malik said...

anis = marah tanda sayang. tpi orang selalu ingat marah tu benci.

afiq = k