Tuesday, June 7, 2011

Post Emosional Itu Aku Padam

Ada yang bertanya, kenapa kalau tulis sesuatu yang emosional, pasti akan aku padam tak lama kemudian? Mereka tanya, "Kau tak penat ke tulis panjang-panjang, lepas tu padam terus?"

Ok....Bila aku tak ada mood, samada baru lepas gaduh, sakit hati atau marah,

1) Aku tulis dalam blog untuk lepaskan geram. Kalau tak lepaskan geram, rasa macam terpendam.

2) Aku akan padam balik post emosi tu sebab aku tak nak ingat balik perkara yang buat aku marah tu. Kalau aku baca semula post emo aku tu di pada masa akan datang, aku akan teringat balik, nanti rasa sakit hati tu akan datang semula. Tak elok marah-marah ni, baik lupakan.

So,

Aku tulis untuk meluahkan
Aku padam untuk melupakan

Bukankah melupakan sesuatu yang boleh buat kita marah tu sesuatu benda yang bagus?
Bila pergaduhan tu berlaku dari salah faham, itu bermaksud tiada siapa pun yang bersalah~

p/s :Sekarang pun tengah marah. Marah sebab banyak benda. Marah kat ramai orang. Cuma boleh pendam dan buat senyap. Tak sabar nak balik Malaysia, nak lupakan semua tu.

1 comment:

Anonymous said...

aritu kate xnk balik..