Thursday, June 16, 2011

Study Awal

Post kali ni ditulis untuk share sesuatu pengalaman waktu aku bekerja jadi fasilitator di SMK Jengka 2 dulu. Ok, sebelum tu kenapa aku tulis pasal ni tetibe kan? Ha..Sebab selalu dengar perkara ni..
"Buat apa study awal-awal, nanti nak exam lupa gak. Nanti kena baca balik. Sama je"

Erm..Aku tak adalah bagus sangat nak tulis pengalaman ni lagipun aku bukanlah seorang fasilitator yang baik. Cuma teringat yang ada sekali tu, aku kena ajar Matematik form 3 kat budak kelas hujung. Ok, take note the phrase "kelas hujung". Maksudnya kelas yang dihuni oleh pelajar yang agak lemah dalam akademik dan perlu diberi perhatian lebih.

Ada seorang pelajar ni, dia tak putus asa. Dia buat semua soalan yang aku bagi dan tekun dengar apa yang aku cakap ketika berada dalam kelas. Kerjanya tak pernah tak siap walaupun hasil jawapannya banyak salah. Kadang-kadang tu, dia cuma berjaya jawab kurang dari sepuluh soalan daripada 40 soalan objektif kesemuanya. Dan bila aku nampak dia tekun belajar dalam kelas, aku akan tanya "awak faham tak?". Dia selalunya akan jawab "tak faham". Dia tekun dengar apa aku cakap kat depan tapi dia tetap tak faham. Aku pun ulang ajar banyak kali, dia pun tekun dengar tiap kali aku ulang. Seronok mengajar orang macam tu.



Kalau kalian nak tahu, aku pernah terfikir kenapa Allah tak bagi kepandaian kat orang yang kuat usaha macam tu? Dia usaha bersungguh tapi tetap tak dapat kuasai subjek tu. Tapi Allah SWT Maha Bijaksana. Mungkin Dia nak tengok ketekunan pelajar tu dan Allah mungkin nak menguji keimanan pelajar-pelajar macam tu. Aku yakin, segala usaha yang budak tu buat mesti akan dapat ganjaran dari Allah SWT.

Dan aku pernah ajar budak kelas paling pandai. Bila kita ajar, mereka tak tumpukan perhatian. Bila ditanya mengapa, mereka akan cakap.."Dah belajar dah pasal benda ni. Asyik benda yang sama je." Secara jujur, aku selalu terfikir kenapa Allah SWT berikan kepandaian kat budak-budak sombong macam tu? Mentang-mentang Allah kurniakan kepandaian, dia buat malas pulak dengan study last minute, menyombong dengan guru dan belajar main-main. Tapi bila fikir balik, mungkin Allah nak uji mereka. Allah nak tengok samada mereka tahu bersyukur atau pun tidak.


Jadi, aku terfikir semula. Cuma ubah situasi tu dengan situasi kita di sini. Bukan semua orang yang dapat study di Mesir. Bukan semua orang dapat pinjaman Mara. Tapi kita sombong. Mentang-mentanglah dapat study di Mesir, dapat pinjaman, study pun main-main je. Ye lah kan, study last minute pun cemerlang jugak. Malah lebih cemerlang dari orang yang study awal! Kita sombong. Mentang-mentang Allah SWT bagi kepandaian sedikit kat kita, kita buat endah tak endah je pasal pelajaran.

Sedangkan kawan kita yang tak bernasib baik kat Malaysia, berhempas pulas nak dapatkan pinjaman, bersungguh-sungguh belajar dalam program asasi dan matrikulasi untuk dapatkan pointer yang baik supaya dapat ambik medik. Kita tak ada kesungguhan sebab "kita rasa kita dah dapat yang kita nak". Kita rasa kita dah dapat pinjaman, dan dah dapat study abroad. Sebab tu belajar pun senang lenang je.

Memang study last minute tu boleh cemerlang juga. Tapi study dari awal tu dapat pahala lebih la sebab usaha lebih awal. Jadi, kalau orang tu study awal tapi result rendah dari kita, janganlah kita hina dia. Mana tahu kalau pahala dia dapat lebih banyak dari kita walaupun result dia lebih kurang sama dengan kita. Sebab apa lebih banyak pahala? sebab dia usaha lebih! Jadi, jangan tanya,

"Eh, kau bukan selalu study awal ke? Takkan lah exam tak boleh jawab?"

Kita kena tahu yang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Dan Allah seringkali menguji hamba-hambanya. Dia memberi ujian kesusahan untuk melihat kesabaran kita. Dia memberi ujian kesenangan untuk menguji kita samada tahu bersyukur ataupun tidak. Ok la kawan-kawan, selamat study semua~

p/s : Suka ayat walid. Kalau pelajar malas belajar, lepas tu fail, pihak kami pun malas la nak runding terlebih dahulu bila Mara nak tarik biasiswa.

1 comment:

Aiman Hj Amin said...

InsyaAllah.. skg tgh cuti.. nk study tu perit ckit la.. haha.. even ak yg study malaysia ni pn kdg2 terlupa.. leka.. nice entri bro! segalanya dtg dr Allah. jge.. BTW, TERINGIN NK JD PENDIDIK baca entri ko ni.. (^_^)v