Monday, June 27, 2011

Terkilan

Assalamualaikum...Jarang sekali post kat blog ni aku mulakan dengan memberi salam. Ok, kali ni jadi baik sikit. Lepas ni kita jadi baik banyak ok?

Pernah tak korang rasa terkilan sebab tak dapat jawab beberapa soalan dalam exam?
Aku bukan pernah, tapi SELALU je rasa macam tu.
Kalau soalan tu memang aku tak tahu jawapannya, aku memang tak berapa kisah sangat kalau tak boleh jawab pun.
Tapi kalau soalan tu sebenarnya aku tahu jawapannya, tapi still boleh silap dan tak dapat jawab, itu memang memberikan aku kesengalan yang nyata.

Kita tahu jawapannya, tapi still silap sebab :

1) Tak ada confident
Kadang-kadang tu kita dah bulatkan satu jawapan tu dan sebenarnya jawapan tu betul. Lepas tu tangal gatal dan gedik nak ubah jawapan lain yang salah. Sebab kita rasa macam jawapan tu lebih betul. Memang gatal tangan ni, cepuk kang. Haih~


2) Overconfident
Kalau ada soalan, kita mesti terus baca pilihan jawapan dan terus bulatkan jawapan yang nampak macam betul. Budget je dapat markah fullmark kan? Ceh, perasan! Nyampah aku. Kadang-kadang kita lupa nak BACA SEMUA PILIHAN JAWAPAN. Mungkin jawapan A betul, mungkin C pun betul. Tapi kita bulatkan A. Last-last jawapan dia ialah D ; All the above.



3) Careless mistake
Quite same with overconfident. Berlaku bila kita tak baca soalan sampai habis ataupun baca soalan sekali imbas. Budget macam mesin fotostat je boleh scan laju-laju without salah. Careless mistake selalu dikaitkan dengan kekeliruan ; dua jawapan yang hampir sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh :

Renal lobule kita sangkakan renal lobe. Lalu aku jawab " medullary pyramid + mass of cortical area"..Padahal jawapan dia "medullary ray + mass of cortical area". Soalan ni hari tu aku salah. Ok, aku nak nangis sekarang.

Keliru juxtamedullary nephron dan medullary nephron. Perkataan hampir sama menyebabkan kita keliru. Juxtamedullary dan medullary.



4) Struktur ayat
Kadang-kadang, struktur ayat tu je dia ubah sikit. Contohnya, myelinated dia jadikan unmyelinated. Sikit sangat dia ubah sampai kita tak perasan. Kadang-kadang dia tambah perkataan "not". tapi kita tak perasan. Jadi, tak apa kalau kita selalu perasan. Biarlah orang cakap kita ni perasan. Perasan tu bagus sebenarnya. Haha..Ape aku merepek ni? Ya Allah~



5) Tak faham kehendak soalan
Tahu jawapan tapi tak faham sebenarnya apa yang soalan nak. Last-last salah juga. Haih~

Contoh : Differentiate between cells of corpus luteum. Sebenarnya yang dia nak adalah beza granulosa lutein dan theca lutein. Bukannya corpus luteum of menstruation dan corpus luteum of pregnancy!
jangan berhenti berjuang!! menuntut ilmu itu satu perjuangan

Harap-harap kawan-kawan tak melakukan kesengalan alam seperti yang telah dilakukan saya. Jadi lepas ni, no more rasa terkilan okeh bebeh? No more careless mistake keh? Lalala~ Ok adios kawan-kawan. Good luck exam anatomy.

Patik nak study betul-betul untuk anatomy ni sebab patik dan serik kena repeat time first year dulu. Tapi kalau kena repeat, dapat dedication khas dari Abang Rahim lagi tak?. Muahahah...Ok, Khairi! Stop mengarut and start studying! Selamat study kawan-kawan.Salam~
Minta maaf kalau ada salah silap =)

p/s : Bila tak dapat jawab soalan, jangan menyesal. Ingat balik yang Allah dah menetapkan rezeki masing-masing. Kalau tak dapat jawab, maknanya tak ada rezeki lah tu. Allah Maha Pemurah, InshaAllah nanti pasti ada rezeki kita kat mana-mana. =D

1 comment:

Anisah Ali said...

Salam, Takpe.. Kecik dah usaha banyak. Nak tangiskan perkara semalam pun tak dapat buat apa.
Kalau kecik trus doa and tawakkal, Mudahan ALLAH bagi jawapan2 yg lain semua betul, and doa biar ALLAH lembutkan hati prof yg tanda kertas soalan tu lagi akan membuahkan hasil. InsyaALLAH.

Jgn risau. You'll pass and you'll rock 4th year next year. ;)
have faith. Bnd semua berlaku atas izin ALLAH.