Sunday, July 3, 2011

Dah Fikir Lain Dah

Yeay! Balik Malaysia ni tak boring sebab akan bekerja.
Nak tolong akak jual kuih-muih kat bazaar Ramadhan.
Sementara tunggu buka puasa, boleh gak curi-curi makan kuih kat belakang van.
Haha...


Kakak nak ambik tempahan buat biskut raya,
Aku pun nak tumpang menyibuk la tolong. Tolong tengok dan tolong rasa.
Orang yang tolong tengok dan tolong rasa ni penting ye peranan dia.
Kena awasi kot-kot la ada serangga perosak masuk dalam adunan kuih
Kena rasa biskut tu sebelum packing. Manalah tau kot-kot tak sedap.


Anak-anak sedara mintak aku bawak balik ole-ole dari Mesir. Aku nak bawak ape eh?
Nak bawak unta ke piramid eh? Ala...Mumia pun boleh la~ Haih..Habis duit aku.
Anak sedara je ada 4+4+3 orang, campur 2 orang adik jadi 13.
Ok, ni ayie/abang chik dah bawa balik hadiah, kiranya raya nanti "no duit raya" okay? hahah
kena bawak 13 hadiah utk 11 anak saudara dan 2 adik
Tu belum anak sendiri lagi. Alahai..


Kalau hok halus je mintok takpe, ni hok besor pong nok gop. Korok mu! Habih duit ak.
Tapi sebab sayang kan, beli je la..Tapi nanti kat Msia kena bayar la balik, Hahah..Kantoi tak iklas.
Beli hadiah untuk mak cik bedah, mak cik tu, mak cik ni...lalala


Kawan-kawan pun mintak bawak balik keychain la..,souvenier la...ape la..
Padahal kawan tak rapat pun, sebelum aku pergi oversea sepatah haram tak tegur aku,
Bila dah gi oversea baru lah terkinja-kinja tergedik-gedik mintak macam-macam dari aku..huh~!


Hahah...Nanti aku nak bawak balik kurma bagi kawan-kawan yang tak rapat tu makan
Lepas tu nak cakap...

"Manis tak kurma ini?"
Manis? Tapi sayangnya perangai kamu tak berapa manis~


Ok, akak aku tanya lagi raya ni nak pakai baju warna apa. Sebab dia nak tempah cepat-cepat. Haih...Tu baru raya, belum kawen lagi. Kalau aku kawen agak-agak mesti dia selalu telefon cakap,

"Dik, kau nak kawen ni pakai baju warna apa? Akak nak tempah siap-siap ni" Haha...


Ok, patik telah memutuskan bahawasanya raya kali ni patik nak pakai baju warna olen. Lalala...olen~ Siapa nak pakai warna olen jugak sedondon dengan saya, silakan. Tapi sampin saya warna hitam je. Nanti kita match sama-sama. Ngahaha~

Itu pun kalau umur aku panjang dan sempat beraya tahun ni. Manalah tahu kot-kot ajal sampai sebelum raya. Ah sudah~ touching plak!

Ok, benda-benda tu semua letak tepi. Yang fenting sekarang ialah study untuk exam. OK?

Ok la..good luck kekawan. Salam~

4 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

sakit pale aku baca post kau. lawak sungguh aih! haha.. btw, aku pun nak ole2 gak. tpi bukan kurma sebab aku dah mANIS :p

h n f h f z said...

aku nak ole2 dari malaysia. boleh?

paahbaek said...

he3..lwk2.
org plak kalot beli kat kak jubah.dia nak buat bisnes.
Pastu seb bek la ada 2 ja adik.dah la tu adik laki,tnya nak apa,ckp 'xmau apa2'.senang2 :P kak2 ja la.jubah ngn shawl :)
n utk anak buah bru.seb bek bru sorg anak buah.ngeh3.
Pastu awt la bju nak oren jugak??hahaha
Tiru :P

khairi malik said...

Anis = ko nak ole2 pe? Biskut raya? beres. ngahaha

hnfhfz = boleh...boleh BLAH!!! hahah

paah yang sangat baek
yeay, kita sedondon. Orang lain sila jgn jeles.