Tuesday, July 5, 2011

Langkah Terhenti

Tadi result exam midterm reproductive keluar....Macam biasa lah, tak ada apa yang boleh dibanggakan, tetapi banyak benda yang boleh ditangiskan.


Pathology cuma dapat 5 dari 10.

Tapi itu tak apa lagi, sebab next exam paper patho boleh buat betul-betul. Struggle untuk lulus.

Tapi yang sedihnya ANATOMY

cuma 4 dari berapa soalan ntah...

Campur exam endocrine yang aku dapat 1 betul dari 4, baru jadi 5.

Markah anatomy midterm yang aku bawa untuk dicampur dengan markah final cuma LIMA!


Sedih. Sangat sedih. Kalau pathology, boleh la budget markah ke apa, boleh baiki kesilapan lagi sebab untuk exam final ni.
Tapi anatomy? Exam anatomy dah berlalu, memang tak boleh nak diperbetulkan lagi.
Tak tahu lah macam mana result anatomy aku ni nanti. Bimbang kalau fail lagi.
Cukup ke nak lulus dengan berbekal kan lima markah je midterm?


Kaki longlai, jantung terhenti berdegup. Terbayang-bayang suasana summer di Alexandria pada bulan September. Terfikir berapa duit yang bakal keluar untuk tukar tarikh tiket pulang. =(

p/s : Menangis air mata darah pun, bukan boleh buat apa.

7 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

jangan dikenang yang da lepas. kau da usaha kan? doa pun da kan? tawakal pun da.. sekarang, doa banyak2 tuk paper anat and paper2 laen jugak.

tak de gune kau nak stress benda da lepas. tak boleh nak patah balik pun. move on for the next one !

insyaAllah kullu kheir !

Anonymous said...

usaha sehabis baik
dan tawakkal sehabis baik
Allah nilai pada usaha bukan pada pointer :)
inshaAllah, ikhlaskan hati, minta sungguh2 pada Dia, kalau Dia tak perkenankan sekarang, means Dia ada plan yang lebih baik untuk kamu

kuatkan semangat !!
rabbuna yunaggah :)
doakan sy nak exam juga
-alexandrian blog walker :D -

paahbaek said...

btl ckp y lain2 tu
ritu pernah terbaca note kwn.
kata2 tu dia ckp mcm ni
NI up skit la :P
kekadang Allah x nilai dri usaha kita
tapi keredhaan dia kat usaha kita tu
even skit or byk kita study,tpi klu Allah redha insyaAllah boleh berjaya.
Benda dah lepas jgn dikenang,apa y kita leh buat doa,doa dan doa.
Kadang2 miracle driNya akan muncul
N bykkan baca yasin lepas abis exm..INsyaAllah bnda2 ni la membantu kita punya result tu.InsyaAllah

khairi malik said...

Anis =
Aku rasa aku dah usaha, tp tak pasti samada usaha itu mencukupi ke tak. yerp, let us move on to the next exam. good luck anis~!

anonymous =
Gaya penulisan mcm nik taufik. terima kasih sebab bagi semangat. InshaAllah, sy akan sntiasa doakan kawan-kawan saya.

paah kind =
yerp, mungkin ada hikmah sebalik sume ni kan? terima kasih for d comment paah. :D

hUr said...

allah rewards on our efforts. not our results. rabbana yussahil insyaAllah khairi malik :)

Anonymous said...

anon atas :
bukan nik taufik :D hehe

khairi malik said...

Hur = tq hur. Good luck exam =)

Anon = huhu, itu cuma tekaan. Itulah, lain kali anon kena letak nama.