Saturday, July 30, 2011

Oleh-oleh

Waduh, tarikh flight dah dekat tapi oleh-oleh tak beli lagi. Bertambah lagi rasa bersalah bila ramai kawan yang aku tak berapa kenal pun, tapi suruh bawak balik untuk diorang jugak.

Lepas tu ada sepupu jauh, boleh kata bau-bau taik jugak la..Eh, silap. Bau-bau bacang jugak la...Dia minta bawa balik tudung untuk dia. Jadi, aku macam peliklah. Sedangkan family yang agak rapat pun ada aku tak bawak balik, inikan pulak aku nak bawak hadiah untuk dia yang entah siapa-siapa tu. Haih~


Duit pun dah kehabisan sebab pergi Dream Park. Ni pun rasanya tak sempat nak beli oleh-oleh. Tak sempat dari segi duit. Lalala~Nanti mesti anak-anak saudara yang melambak tu kerumun aku nanti. Haih..Susah betul menjadi seorang ammu nih.

Okay lah..Semoga aku dapat balik Malaysia dengan tenang. Amin~

1 comment:

niktaufik said...

nk beli ole2, org kata jgn diri merana org gembira...klu xde duit, cakp la "xckup duit nk beli...klu korg nak, bg duit aku tlg beli...aku g blaja, bkn g kerja"