Friday, September 30, 2011

Inferior

Buka blog kawan-kawan, baca Alexmed, memang aku lihat ramai kawan aku yang telah pun buat attachment. Rasa seronok bila baca pengalaman mereka. Tapi aku ni masih lagi belum buat attachment walaupun sudah tiga tahun berturut-turut aku pulang ke Malaysia.

Lepas tu bila dapat result, aku tengok keputusan aku kali ni memang jatuh. Keputusan memang agak tidak memuaskan. Lulus tu memanglah lulus, tapi sekurang-kurangnya aku mahu juga tengok huruf A tu banyak sikit. Ni huruf C yang yang ada. Memang rasa macam diri ni bodoh sangat.

Orang kata, kalau nak masuk tahun klinikal ni, teori kena "kuat". Sebab tu seelok-eloknya buat attachment supaya tak lupa apa yang kita telah belajar dan dapat lihat applikasi teori itu secara klinikal. Tapi aku ni dah lah teori pun banyak yang dah lupa, cuti kali ni tak buat revision langsung, attachment pun tak buat. Jadi, macam mana nak masuk tahun klinikal ni? Boleh ke go on?

Lagi satu benda yang aku amat risau ialah bahasa arab. Tahun klinikal ni kena pandai bahasa Arab terutamanya ammiah. Aku ni dah lah tak pandai bahasa arab, macam mana nak ambil history patient dan bercakap dengan pesakit nanti?

Sangat rasa down dan rendah diri. Memang rasa seronok sebab dapat masuk tahun klinikal, tapi memang banyak benda yang lemah.

1) Teori tak kuat, benda yang aku belajar pun tak ingat sangat. Cuti pun tak revise semula.
2) Tak pernah buat attachment. Jadi tak tahu applikasi teori dalam klinikal sangat.
3) Tak pandai bahasa arab. Susah nak bercakap dengan pesakit.


p/s : Kena kuatkan semangat. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya.

1 comment:

::::aFiq FahiMy:::: said...

Assalamualaikum,kecik..

Ttbe rase tersentuh lak baca post ni..

Adakalanya,kita perlu melihat dgn apa yg kita perolehi [kelebihan diri kita] utk tampung apa yg kurang dlm diri kita..

Tiada siapa yg ckup sempurna utk bdpan dgn tahun klinikal..
stp dari kita akn ade kelemahan dan bnyk perkara nk kena catch-up utk thun klinikal..

lagi2lah utk igt balik apa yg kita blajar secara teori utk 3 tahun yg lepas..

Namun,tak bermakna kita utk berasa inferioriti..
Segalanya ada depan mata kita utk kita lengkapkan apa yg lemah dlm diri kita..

cuma terpulang bgaimana kita pandu diri kita ini utk capai dan perbaiki apa yg lemah..

Pegang dgn ayat ni :
"La Yukallifullahu nafsan Illa wus 'aaha"
[Allah tidak akan membebani seorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya] [al-Baqarah : 286]

Insya-Allah,kita semua bersama utk harunginya..
Rabbuna Yusahhil.. :)

"It's not how good you are,it's how good you want to be"..