Monday, October 24, 2011

Jangan "Cop" Saya Macam Tu! Politik Lagi?

Tak tahu lah berapa kali aku tulis dalam blog ni yang aku tak nak fikir mana-mana belah politik lagi. Tapi still, ada orang "cop" aku. Ya Allah, tak tahu kenapa wujudnya orang yang suka judge orang macam ni.


Okay, di sini aku pernah pakai songkok, lepas tu terus orang cop menyebelahi kerajaan. Lepas tu pernah pergi ceramah BTN, terus kena cop lagi! Aku tak tahu kenapa ada STALKER yang suka buat cerita ni.

Lepas tu ada pula yang cakap,

"Kenapa tak nak fikir politik lagi? Kau cakap je la yang kau ni on the gov side kan?"


Aku pelik juga bila jumpa orang sebelum ni yang ramah dengan aku, tiba-tiba asal nampak aku je mula masam mencuka dan melarikan diri. Puas aku fikir kenapa. Rupanya aku dah di COP menyebelahi sesuatu parti.


Astaghfirullah...Lepas tu ada orang tanya,

Family kau on which side? Kau mesti ikut family kan?

Nak tahu sangat? Okay, family aku (first relative) ada campur-campur. Kakak yang tengah dan abang aku dalam barisan pembangkang, kakak yang bongsu dalam barisan kerajaan.Abah dulu kerajaan sekarang tak mengundi, arwah mak pembangkang sebab dia asal Terengganu! Tapi tak ada pula kami nak bergaduh anak beranak sebab berlainan pandangan politik?

Mesti ke kalau family ambil A kita ambil A? Kalau ayah aku peneroka, aku kena jadi peneroka juga ke & tak boleh jadi doktor? Sedangkan iman tak boleh diwarisi, inikan pula pandangan politik or apa-apa lah!

Common guys! Antara faktor kenapa aku tak menyebelahi mana-mana pihak lagi ialah sebab aku nak tengok macam mana perangai orang-orang di setiap pihak. Nak tengok perangai orang pihak A macam mana, pihak B macam mana. Tapi kalau dah memang perangai suka cop -cop orang macam ni, memang ke laut lah.

Siap memulaukan orang lagi. Perangai suka cop orang macam ni bukan nak tarik lagi minat orang, tapi nak menolak dan mengurangkan lagi orang sebab buat orang lagi menyampah dan meluat!

Sekarang ni orang ramai duduk atas pagar, sebab pagar tu lebih tinggi dari padang. Dari kedudukan atas pagar tu, kita boleh nampak padang di sebelah mana yang lebih bersih dan padang di sebelah mana yang paling bersemak samun! Kita pun bukan nak duduk di pagar sampai bila-bila, bila sampai masa dan jumpa padang yang sesuai dan bersih, barulah kita turun ke padang sebelah yang bersih tu.


Aku cuma kecewa bila kawan yang rapat sebelum ni, tiba-tiba tak nak bercakap dengan aku sebab dia dengar cerita yang aku ni menyebelahi satu parti politik ni. Tak tahu sebenarnya siapa yang tak nak kesatuan tu. Persahabatan cuma rosak sebab khabar angin yang tak pasti kesahihannya. Mudah sungguh minda kena pengaruh!


Kalau kita nak tarik minat orang, janganlah ban/pulaukan dia/larikan diri dari dia. Tapi tunjuklah sikap yang elok. Ni bila dah buat perangai macam ni, orang lagilah nampak buruk kita.

When you're judging others, you're not defining who they are. But it defines who you are!

Stop stalking others lah! Kalau kau stalk orang tapi benda tu betul tak apalah jugak. Ni ramalan semua lepas ke laut~

Ada jugak yang cakap,

"Alah, area kau kat Malaysia kan area orang kuat kerajaan".

So what? Yang menyebabkan nampak kuat tu sebab diorang ramai, mungkin aku antara orang yang minoriti sokong pihak pembangkang. Memanglah area aku pembangkang tak nampak kuat sebab tak menang lagi. Nanti kalau dah menang barulah nampak pembangkang kuat. Haih~


Okay, dah la penat mengarut dan emosional malam-malam ni. Tapi sangat kecewa bila dapat tahu hal sebenar. Rupanya aku di "ban" cuma sebab orang cop aku ni menyebelahi kerajaan.


Sebab apa tetiba cop aku? Sebab aku pakai songkok? Sebab aku pergi BTN? Sebab aku tak ada pegangan politik?


Mulai dari hari ni, dah tak nak kisah orang nak cakap apa pun. Orang nak pulau ke, tak nak bertegur sapa ke, lantaklah. Ada aku kisah? Please, kalau tak tahu cerita sebenar macam mana boleh sesat ke BTN, senyap-senyap je lah. Diorang tau tak sebenarnya apa terjadi? So, Tak yah nak mereka cerita. Kalau betul-betul nak tahu, tanyalah sendiri kepada tuan empunya badan. Jangan main serkap jarang je. Fitnah tu berdosa dan lebih teruk dari.......? (fikir sendiri!)

p/s : Sumpah sakit hati. Orang tak nak bercakap dengan aku cuma sebab aku pergi BTN!

2 comments:

Pikah said...

mmg laaa kena g BTN sbb MARA yg taja kihkihkih

Khairi Malik said...

eh, bukan..ni pergi BTN accompany orang bg ceramah