Saturday, October 1, 2011

"Perangai kau pun bukannya baik sangat..."

Hamboih, bertubi-tubi post aku tulis ni ha...Suka hati lah kan. Kalau nak baca, baca lah. Kalau tak suka, pergi baca blog lain yang lebih berilmiah dan berpengajaran.

Semalam, kakak aku buka akaun facebooknya yang baru sahaja dibuat. Masih lagi mencari-cari kenalan untuk ditambah (add). Kakak pun pergi ke pautan "People you may know". Dan di situ ada lah profil-profil kawan aku sekali. Dan akak aku tertarik dengan seorang ni, dan akak aku perasan yang aku ni "mutual friend" budak ni.

Akak : Adik, cantiknya budak perempuan ni. Kawan kau ke ni? Kawan facebook kau ye?

Aku : Ha'ah, kawan aku. Kenapa?

Kakak : Cantik lah budak ni. Kau tak nak dekat dia ke? Akak berkenan tengok dia ni. (cakap dalam nada berseloroh, tidak serius)

Aku : Tak nak lah, kak. Dia memanglah cantik tapi perangai dia tak berapa bagus. Cantik paras tapi budi tak cantik buat apa.

Kemudian, akak aku "smash" sekali....

Akak : Alah, perangai kau tu pun bukannya baik sangat. Jangan lah nak memilih!

Waduh~ Itulah, kita tak boleh cari yang sempurna kalau kita sendiri pun tak sempurna. Kalau paras tak cantik, tak semestinya budi pun begitu. Kalau dia tidak berapa baik, itu tugas kita lah (lelaki) untuk bimbing dia untuk jadi baik. Cermin lah diri dulu kan?

Kita ni hensem sangat ke nak memilih orang cantik?
Kita ni berpekerti sangat ke nak memilih orang baik?
Kita ni berilmu sangat ke nak pilih orang pandai?
Kita ni matang sangat ke sampai tolak orang yang berperangai kebudak-budakan?
Kita ni sempurna sangat ke nak demand orang yang pandai masak lah, apa lah?

Okay, sangat terasa dengan kata-kata akak aku. Tapi kata dia tu ada benarnya. Jadi kesimpulannya, jangan lah memilih sangat dan jangan cepat menilai orang!


p/s : Memilih boleh, tapi jangan melampau sangat

No comments: