Saturday, November 12, 2011

Aku Bukan Tunggul Kayu

Aku bukan batu
Yang tak ada perasaan dan tak kisah orang ejek, kena kan/ permainkan aku.
Aku pun tak akan biarkan diri dari terus kena palu

Aku bukan tugu
Yang kamu boleh buat kesalahan, minta maaf dan buat lagi kesalahan yang sama berulang kali.
Aku pun tak larat nak maafkan banyak kali.

Aku bukan tunggul kayu
Yang orang boleh buat sesuka hati, gurau secara kasar banyak kali
Aku pun tahu rasa kecil hati

Aku bukan tiang lampu
Yang bila kamu dalam gelap dan susah aku dicari,
bila kamu senang dan hari dah cerah aku kena pergi
Aku pun nak ada kawan sejati

Aku bukan ikan puyu
Yang boleh hidup atas darat lama-lama, yang boleh tahan dipermainkan/dibuli lama-lama

Aku adalah aku
dan aku memberi respons!

p/s : Kesabaran ada tahapnya, ada sampai di suatu tahap kita ingin meletup.
Tapi sebaliknya kita malas nak marah orang macam tu sebab memang dah tak ada guna.
Jadi baik anggap macam orang tu tak pernah wujud dalam hidup kita.

1 comment:

paahbaek said...

just tell them that u don't like that things n don't like their action. maybe depa xtau n ingt anda redha dengan gurauan kasaq tu ka.kan2. kekadang manusia ni x realize bnda y depa buat tu membuat kita trasa. tambah2 if gurauan kasaq y sering dilakukan/diulangi. bgi pihak kita,awl2 action/words tu kita xkisah,tapi lama2 jadi kisah. ada org plak awl2 amik kisah gurauan tu,tapi lama2 redha n x amik kisah sbb paham dengan pe'el org y suka buat gurauan kasaq tu. but org y dok buat gurauan tu xkan tau apa sebenaqnya perasaan org y dimainkan if kita sndri x bgtau y kita x suka bnda y depa buat tu. tapi paham. not all things kita leh bgtau benda ni kita suka/trasa dll.
sorry if ayt belit2 :)