Tuesday, November 29, 2011

Rasa Hina

Tadi berlaku peristiwa yang menyentuh hati aku. Erm, mungkin peristiwa ni nampak biasa tapi aku yang tersentuh lebih.


Tadi, waktu nak solat Zohor di masjid, aku pun bergegas keluar dari perpustakaan nak pergi ke masjid di luar universiti. Aku pun tak tau nama masjid tu, tapi masjid tu dekat dengan gereja besar dan budak-budak melayu memang ramai solat kat situ.


Bila aku lalu depan kedai topap di sebelah farmasi tu, aku nampak ada seorang mak cik peminta sedekah berniqab di situ, sedang duduk bersila, meriba anaknya sambil mengharapkan ehsan orang ramai untuk memberinya sedikit wang.


Kemudian, ada seorang perempuan arab lalu di hadapan peminta sedekah tu. Tanpa dia sedari, duitnya tercicir (terkeluar dari poket) dan secara kebetulan duit perempuan tu jatuh tepat di hadapan peminta sedekah tu. Tanpa menyedari yang duitnya tercicir, perempuan tu terus berjalan.


Aku sangka, mak cik tu akan ambil duit tu. Iyalah kan, aku fikir tentunya dia bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Sudahlah dia inginkan duit, duit pula terjatuh di depan. Takkan tak mahu ambil benda yang diinginkan?


Tapi aku silap. Kemudian, mak cik tu panggil semula perempuan tadi yang sudah agak jauh di depan. Mak cik tu terus memanggil sampai perempuan tu menoleh ke belakang. Mak cik tu maklumkan kepada perempuan tu bahawa dia keciciran wang. Perempuan tu pun ambil semula duitnya yang terjatuh tu dan mengucapkan terima kasih kepada peminta sedekah tu.


Peminta sedekah tu dapat habuan tak dari perempuan tu? Jawapannya : TAK! Selepas mengambil kembali duit yang tercicir , perempuan itu terus pergi meninggalkan peminta sedekah tu tanpa memberi apa-apa pun kecuali sebuah ucapan terima kasih.


Mengucap panjang aku. Astaghfirullah~ Aku rasa sangat berdosa sebab buruk sangka kepada mak cik tu. Aku sangka, tentunya dia akan mengambil duit orang yang tercicir tu. Maklumlah, peminta sedekah mahu apa lagi selain duit?


Tapi hakikatnya? Mak cik tu dengan baik memanggil semula perempuan tu untuk memberitahu bahawa duitnya tercicir. Mak cik tu tak ambil pun duit tu. Aku puji sikap mak cik peminta sedekah tu. Pendapat aku ; kalau orang bagi ,mungkin baru dia terima. Cuma menerima apabila diberi, tapi tidak memaksa supaya diberi. Mak cik tu cuma mahu rezeki yang halal. Dia juga tahu duit curi itu haram.


Aku tersentuh.....
Aku rasa aku sangat teruk kerana menilai orang terlalu cepat.
Aku rasa aku bodoh kerana menilai orang melalui luaran.
Aku rasa aku hina sebab pandang rendah kepada mak cik tu sedangkan dia jauh lebih mulia dari aku.
Aku rasa jahil sebab memandang rendah kepada makhluk Allah sedangkan siapalah aku untuk mengkritik ciptaan Allah yang semuanya sempurna.
Aku rasa aku sangat berdosa.


Sedangkan mak cik itu ingin mencari rezeki yang halal. Cuma mengambil wang yang orang beri sahaja, tapi tidak mengambil wang orang tercicir.Subhanallah~

Insaf sikit, Khairi!Jangan cepat judge orang. Kena malu dengan mak cik tu. Bersyukurlah~!

P/S : Aku rasa aku lebih hina dari peminta sedekah. Aku buruk sangka dengan dia, sedangkan dia lebih baik dari aku. Sangat tersentuh~

1 comment:

Zawani said...

tersentuh baca entry ni...