Wednesday, November 16, 2011

Kita Milik Allah

Semua benda yang kita ada ni sebenarnya pinjaman je dari Allah SWT. Memang rasa sedih bila dapat tahu tentang pemergian Dr.Haitham. Bagi aku, dia doktor anatomy paling best yang pernah aku ada. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.


Dan sekarang aku demam panas. Mungkin migrain sebab mata aku juga sakit. Mungkin demam dek dingin musim sejuk. Sudahlah demam dan sakit kepala, seluruh badan juga naik gatal-gatal macam "rash", "edema". Tak tahu kenapa. Sangat terseksa.


Tapi aku bersyukur satu benda walaupun sakit. Aku bersyukur sebab dengan rasa sakit ni, aku sedar yang aku ni cuma insan yang lemah, cuma boleh berharap kepada Allah swt untuk menyembuhkan sakit dan demam aku ni.


Dan bila sakit macam ni, aku rasa macam nak berada di samping keluarga. Aku rindukan mereka yang selalu menjaga aku bila sakit. Memang di waktu ini, rasa nak berada di sampin keluarga. Menangis bila aku teringatkan keluarga.


Bila sakit, aku sedar yang kalau Allah nak tarik nyawa aku, bila-bila je dia boleh ambil nyawa aku.



‎"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

3 comments:

Anonymous said...

kecik, tu bukan surah al balad. tu surah al-fajr ayat 27- last. - kade

Khairi Malik said...

eh, sori kade. haha..btw, tq for reminding dear.

QalamNurani said...

salam khairi,

~sakit tu ujian dari Allah untk menyedarkan diri kita yg lupa padaNYA especially time kita senang:)). Alahmdulillah ko diberi peluang untk diingatkan oleh Allah..

~syakafillah!banyakkan dekatkan diri pada Allah.penyakit tu datang dari Allah,dan insyaAllah penawarnya juga dari Allah:))