Thursday, November 10, 2011

Ziarah Makam di Pagi Raya

Pagi raya Aidiladha hari tu, sesudah makan , Ustaz Quddus mengajak aku untuk bersama-sama menziarahi makam Nabi Daniel dan makam Luqmanul Hakim. Pada mulanya aku keberatan untuk pergi sebab aku perlu bersiap ke seminar ibadah pesakit pula pada tengah hari.

Tapi tak tergamak pula untuk membiarkan Ustaz Quddus,Utz Khaidir dan Ustaz Fadhil berjalan-jalan tanpa ditemani sesiapa. Ustaz Quddus terkejut bila dapat tahu yang aku tak pernah menjejakkan kaki ke makam tu sebelum ni walaupun sudah hampir 4 tahun aku berada di bumi Alex ni!


"Enta dah 4 tahun kat Mesir ni tapi sekali pun tak pergi makam tu? Kan dekat je?"


Adus~! Malu sungguh rasanya bila disindir sebegitu. Bila sampainya kami di Syari' Nabi Daniel, kami lihat pintu pagar utama ke Masjid Nabi Daniel itu ditutup.Hampa. Seorang lelaki yang berniaga di situ mencadangkan kami untuk mengetuk sebuah pintu kecil di sebelah kanan masjid.
(Ruang dalam masjid Nabi Daniel)

Alhamdulillah, siak/penjaga masjid menyambut baik kedatangan kami. Pintu masjid dibuka dan kami dibawa ke ruang bawah tanah masjid yang menempatkan makam Nabi Daniel dan makam Luqmanul Hakim.

Rasanya lebih baik jika kita tahu serba sedikit kisah Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim ni. Kisah Luqmanul Hakim memang ada dalam Quran, malah siap ada Surah Luqman lagi. Tapi kisah Nabi Daniel ni susah sikit nak cari bak kata ustaz.

Jadi, aku try tengok info dari wikipedia, tapi wikipedia kita tak boleh percaya sangat sebab kita pun boleh edit. Cuma baca je lah. Baiklah, kepada pembaca blog ni kalau nak tahu kisah mereka berdua boleh la cari di Internet. Dan baca surah Luqman dan maknanya sekali.
(Di depan kami ialah makam Luqmanul Hakim, di belakang makam Nabi Daniel)

Alhamdulillah, memang ada hikmah aku ikut ustaz pada hari tu. Aku dapat tengok makam yang selama ni memang aku tak pernah jejak. Di pagi raya, selain menhayati kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s, aku juga berkesempatan untuk menziarahi makam Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim. Alhamdulillah...


p/s : Aku rasa macam nak pergi Sinai lagi sekali sebab hari tu aku pergi Sinai tapi tak ambil iktibar. Apa yang ustaz terang kat depan aku tak dengar, sebaliknya aku dengar mp3. Kalau dapat peluang pergi lagi sekali aku nak selami betul-betul kisah dan sejarah di sebalik Bukit Tursina, kisah Lembu Samiri dll.

Harap-harap PCI buat lagi jaulah ke Sinai. :P

Rujukan (boleh klik kat rujukan ni) :
4) Makam tak semestinya jasad ada di situ, tapi mungkin hanya tinggalan seperti kesan tapak kaki atau dll. Wallahu a'lam

No comments: