Monday, January 24, 2011

Tak Dijangka

Malang tak berbau. Tapi parasit berbau busuk. Memang dasar parasit! Habis jawab exam Parasitology tadi, keluar dewan terus rasa macam nak menjerit. Tapi aku tahan, nanti malu orang tengok. Behave ye kita sekalian~

Aku sangat tak menjangka yang dia boleh minta kita lukis parasit tu tadi. Arahan dia simple yet meaningful, haha...

Differentiate with illustrating diagrams

Puas aku fikir, apa yang aku patut lukis kat situ tadi. Morphology tu aku tahu lah sikit-sikit secara teori, tapi kalau main lukis berdasarkan teori nanti salah pula. Aku ingat nak tinggal kosong je soalan lukis melukis tu tadi. Tapi markah dia kalau setengah atau rubu' tak apa, tapi markah untuk bahagian lukis-lukis tu je dah 9 markah.

Ok, Aku ulang, SEMBILAN MARKAH, NINE MARKS,تسعة ,เก้า, NUEVE!!!

Huh, aku yang awal tadinya mencoret-coret jawapan sudah mula mencarut-carut sendirian. Terngiang-ngiang di telinga aku seakan ada suara yang cakap kat aku, "Hambik ko! Padan muka!"

Akhirnya, aku lukis je apa yang aku rasa nak lukis. Acanthamoeba aku lukis macam bentuk bintang, trypanosome macam bentuk kidney shape dan macam-macam lagi la. Untuk nampak lebih meriah, aku warnakan lukisan aku tu dengan pen berwarna yang aku bawa. Meriah gitu~ Kalau tak dapat markah untuk warna tu tak tahu la..

Past year questions tak ada pula dia minta suruh lukis parasit. Tak aci, patut la senior 4th year dan 5th year lulus parasit dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Histology yang memang subjek yang kena melukis pun tak minta kita lukis dalam exam. Sabar je la weyh~

Usaha sudah, sekarang kita cuma perlu tawakal. InsyaAllah, harap-harap semuanya baik belaka.
Kesimpulan,

Expect the worst, but hope for the best.

Huh? Macam terbalik je? Lantak ah, blog aku suka hati la aku nak tulis apa pun. Ok, lepas ni jangan sangka soalan microbiology ni mudah. Mungkin keluar soalan yang tak kita jangka juga. Jadi, berhati-hatilah!

Soalan microb aku jangkakan dia minta kita lukis endothrix ectothrix.

Soalan community medicine aku jangkakan dia suruh lukis graph (bukan sketch) epidemiology siap bagi kertas graf

Soalan human right aku jangkakan dia suruh lukis dan illustrate how to show human rights. Ngahaha~


p/s : Sesiapa yang bakal ambil SPM tahun ni, soalan Bahasa Melayu SPM 2011 sila jangkakan yang soalan esei untuk novel akan masuk SINOPSIS.
Jangan nak mimpi la masuk watak perwatakan ke, nilai murni ke, pengajaran ke apa ke. SINOPSIS ye! Kalau tak sinopsis pun, mungkin boleh masuk biodata pengarang!

Thursday, January 20, 2011

Berpatah Balik

Hari tu aku dan beberapa rakan yang lain makan di KSP ramai-ramai. Kami bergelak ketawa, berborak kosong dan bercakap benda yang kurang berfaedah. Ruang makan bilik kaca KSP itu seolah-olah seperti dipenuhi dengan hilai tawa kami. Cukup bising dan gamat.

Ramai yang keluar dan masuk dari ruang makan itu untuk mengambil nasi dan lauk pauk. Mereka semua pun tentu meluat mendengar suara kami. Maklumlah, suara kami cukup kuat dan boleh mengganggu orang sekeliling. Ramai di situ yang memandang kami dengan pandangan sinis,tapi kami buat tidak peduli. Kami tetap bergurau senda dan ketawa.

Sehinggalah ada dua orang akhawat bertudung labuh ni masuk ke dalam bilik kaca itu, dan duduk di meja sebelah kami. Pada mulanya, kami terus berbual seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Kemudian, aku dapat lihat air muka kedua-dua akhawat tu berubah, mungkin rasa kurang selesa dengan suara kami yang kuat dan berbual benda mengarut. Mereka pun berpindah dari dalam bilik kaca itu ke meja kosong yang terdapat di luar bilik kaca.

Sedar akan hal itu, S, satu-satunya perempuan yang duduk semeja dengan kami yang tadi bergelak tawa terus senyap. Semua rakan yang lain di meja itu menjadi pelik termasuk aku.Aku fikir, mungkin dia segan dengan mereka kerana duduk semeja dengan kami yang lelaki ni. Lagipun memang nampak kurang manis kerana hanya dia seorang sahaja perempuan yang duduk dalam kalangan orang lelaki dan boleh berborak sekali.

Tindakan S yang tiba-tiba senyap membuat kami turut jadi diam. Aku bertanya kenapa, S cakap....

Macam mana nak jadi baik macam tu ye? Kalau boleh aku nak jadi macam mereka yang senyap, baik, bersopan santun, tak bercakap benda kosong, menundukkan pandangan dan menjaga pergaulan. Mereka nampak manis. Kalau boleh aku pun nak jadi baik macam tu.

Aku dan yang lain hanya diam. Memang apa yang S kata itu benar. S menyambung lagi.

Kalau aku nak berubah, mesti ramai orang pelik dan cakap aku hipokrit. Kalau aku yang bising ni tiba-tiba senyap, mesti orang kata aku buang tabiat. Kalau aku yang selama ni tak jaga pergaulan tiba-tiba jaga pergaulan dan tiba-tiba jauhkan diri dari budak laki, nanti mesti budak laki ramai terasa dengan aku terutamanya kawan rapat. Aku takut jika mereka fikir aku dah tak nak kawan dengan diorang. Sedangkan aku cuma nak menjaga pergaulan, bukan nak memutuskan talian persahabatan!

Panjang S menerangkannya kepada kami. S kata faktor sekeliling bagaikan menghalangnya untuk berpatah balik. Dalam erti kata lain, dia rasa dia dah tak boleh nak jadi baik. Aku pun terpaku di situ. Air teh o ais yang masih penuh di dalam cawan belum lagi aku minum. Terkesima, terdiam kerana apa yang S katakan tu memang benar. Aku pun turut terkena tempiasnya. Aku pun tak pandai menjaga pergaulan.

Kami memandang ke arah dua akhawat bertudung labuh itu tadi. Memang benar. Gaya mereka nampak lembut dan bersopan santun. Makanan disuap ke dalam mulut perlahan-lahan, makan tanpa bercakap benda lagha. Tidak seperti kami yang boleh bergurau senda gelak ketawa sambil makan. Apabila mereka menyedari yang mereka diperhati, kami mengalihkan pandangan. Bimbang jika mereka rasa tak selesa.

S yang tadi ceria dan banyak cakap jadi diam. S bangun dari meja dan pergi ke kaunter untuk bayar. S pulang terlebih dahulu meninggalkan kami yang masih berada di meja itu, yang masih berfikir mengenai perkara itu. Aku pun mengaku, kalau boleh aku pun nak jadi baik, nak jadi lelaki yang soleh. Dahulu waktu zaman sekolah aku agak berbeza, tak seperti sekarang.

Perangai aku di sini jauh berbeza dengan di sekolah dulu. Di sekolah aku sentiasa solat jemaah di surau walaupun solat subuh. Jarang sekali aku solat sendirian di dorm. Di sekolah sentiasa baca Al-Quran setiap kali solat dan sebelum tidur. Selalu berpuasa sunat isnin dan khamis. Setiap hari sebelum maghrib pergi ke surau lebih awal untuk tadarus. Sungguh manis waktu itu, bila kita menjaga dan membetulkan bacaan Al-Quran sesama sendiri.

Dulu aku tak pandai pakai pakaian mahal-mahal, tak pandai bergaya sangat, sentiasa bersederhana. Aku mula pakai seluar jeans pun selepas SPM. Dulu tak pernah keluar sekali dengan perempuan, maklumlah aku bersekolah di sekolah yang semua pelajarnya lelaki. Kalau nak tengok perempuan pun, cuma boleh tengok muka guru, penyelia asrama dan mak cik dewan makan. Mungkin bila tiba di sini, campur lelaki perempuan itu sesuatu yang baru barangkali. Tapi sekarang aku keluar dengan kawan-kawan geng handasah pun bukan dengan niat buruk. Cuma orang salah faham dan fikir bukan-bukan.

Sekarang ni solat banyak tertinggal, Quran pun jarang baca, solat jemaah aku tak jaga. Jauh berbeza dengan waktu sekolah dulu. Aku pun terfikir nak berpatah balik, tapi rasa kurang yakin. Macam S cakap, faktor sekeliling bagaikan menghalang aku untuk berpatah balik.

p/s : Mati tak mengenal usia. Baik berpatah balik sementara sempat. Tapi.....Boleh ke aku berpatah balik?

Tuesday, January 18, 2011

Bukan Semua Orang Suka

Ada orang tanya, "kenapa kau delete post bertajuk Bunga Bukan Sekuntum Part 3 tu?"

Well, apa yang aku boleh jawab ialah...

"Blog aku ni ramai gila yang tak suka. Ramai sangat yang benci dengan blog ni"

Post hari tu mungkin menyebabkan mereka terasa atau mungkin buat mereka rasa menyampah.
Mungkin mereka rasa maruah orang perempuan ni jatuh sebab aku tulis macam tu. Walhal tak terlintas langsung di hati aku ni hendak memburukkan kaum Hawa.

Kita tak boleh hendak buat semua orang suka kita.
Aku pun tak boleh nak harapkan supaya semua orang suka aku.
Tu hak dan kehendak mereka. Biarlah~
Aku pun tak mahu juga dengar orang cakap belakang pasal aku post benda tu.

Setiap perkara ada baik ada buruknya
Setiap orang ada kawan ada lawannya
Setiap orang ada yang suka dan ada yang tidak


p/s : Bukan semua orang boleh terima kritikan dan gurauan. Bukan semua orang boleh hadapi kenyataan.

Friday, January 14, 2011

Kenapa Ha?

Banyak sangat physio yang aku belum baca sampai dah malas nak baca.
Bila tengok page yang banyak tu rasa macam nak muntah
Baca tak masuk dalam kepala, susah nak ingat,
jadi aku cuma baca, tak hafal pun.
Kenapa ha?


Sekarang otak dah fokus pada 31 Januari.

Erk~ Bukan fikir MTC , tapi fikir.................

CUTI !!

p/s : Habis je exam aku nak keluar dari Alex nih. Lalala...Can't wait~

Hujan Tak Menghalang Dari Masuk Neraka

Aku pernah terbaca dalam iluvislam.com pasal ni. Sinopsis :

Mengisahkan bapa dan anak yang selalu sebar risalah keagamaan kat orang ramai. Suatu hari, hari hujan. Bapa dia tak pergi sebar risalah sebab hujan tapi anak dia yang pergi sebar risalah tu. Akhirnya, usaha anak dia dalam hujan tadi berjaya buat seseorang peluk Islam.

Ha...Tadi sejurus sebelum solat jumaat, hari tiba-tiba hujan dengan lebatnya. Memang sedap kalau tarik selimut waktu ni. Masjid dari rumah aku ni agak jauh juga lah. Jadi kalau nak pergi masjid tu mesti basah kena hujan dalam perjalanan.

Tadi housemate tanya, "Alamak, hujanlah! Macam mana nak pergi solat jumaat ni?"

Aku pun buntu tadi. Tapi aku cuba ingat balik cerita ni. Hujan tak menghalang seseorang itu dari masuk neraka. Kalau disoal kat akhirat/kubur nanti, takkan lah nak jawab "Aku tak pergi solat jumaat sebab hujan". Haih..Nanti tak pasal-pasal kena rotan dengan malaikat hingga terbenam ke tujuh petala bumi sebab jawab macam tu. Nauzubillah~

Lagipun bila fikir balik, hujan tu bukan boleh buat aku cedera pun. Hujan tu kan air, bukannya mata pedang ataupun api yang boleh buat aku cedera kot. Habis teruk pun cuma boleh buat demam. Dan kalau demam sebab menempuh hujan nak pergi solat pun rasanya ada hikmah ; dosa kecil diampunkan ketika kita sakit.

Akhirnya, pergi juga masjid sampai habis basah kuyup pakaian tadi. Dan dalam masjid, nampak ramai lagi orang yang pakaiannya basah malah ada lebih teruk dari aku. Alhamdulillah, diorang tak terhalang nak ke masjid sebab hujan.

Ok, just a miscellaneous post. Samalah juga, busy dengan study tak menghalang kita untuk tunaikan solat. Ni peringatan untuk diri sendiri. Hujan tak menghalang seseorang itu dari masuk neraka.

p/s : Hujan itu rahmat

Thursday, January 13, 2011

Berlagak!

Aku tak suka orang yang kononnya budget dia dah baca habis, lepas tu dia sibuk soal-soal orang lain. Lepas tu bila kita tak dapat jawab ataupun kita beritahu yang kita tak habis baca lagi, dia cakap...

"Ala..Senang je kot jawapannya. Takkan lah tak tahu? Boleh fikir logik kot!"

Entah apa-apa orang macam ni. Dia dah baca benda tu & dah dapat idea untuk jawapan tu, memanglah boleh fikir logik kalau dah baca. Aku ni yang tak baca lagi ni nak fikir logik dari tengkorak hanyut mana pulak kan?

Kalau kau dah habis baca tu, duduk senyap-senyap sudah. ajar orang ke.

Aku nyampah engko~ Bwek!!!

1. Jangan soal orang yang belum bersedia/ belum habis baca.
2. Kalau nak soal, cari org yg dah habis baca/ sukarela untuk ditanya. jgn soal orang yang tak nak ditanya.
3. Kalau nak share info, bagi soalan dan jawapan serta penerangannya sekali. Jangan beri soalan je.
4. Kalau nak soal, kumpul beberapa kawan buat sesi soal jawab.
5. Kalau nak bertanya sebab kau pun tak faham, sila tanya orang yang faham dan dah baca part tu.

TQ.

p/s : Jangan soal aku sebab aku belum habis baca~

Wednesday, January 12, 2011

Jangan Tinggal Kertas Jawapan Kosong

Dah delete post lagi. Yeay! Tahniah buat diriku. Post ni panjang, tapi sila baca sampai habis. Kejap je. Antara tips exam ialah :

Jangan tinggal kosong. Walaupun kau memang tak tahu langsung apa jawapan dia, walaupun kau tak dapat gambaran langsung tentang jawapan untuk soalan tu, tapi TOLONG JANGAN TINGGAL KOSONG tanpa jawapan. Kau jawab je apa-apa yang macam logik dan nampak macam berkait dengan benda tu.

Ni bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi nak naik lif tekan sendiri. Quote ni aku dapat dari adik Shauki iaitu Farhan First Year. Suka peribahasa baru ni walaupun aku tak paham maksud dia apa.

Jujur aku cakap, sejak dari Tahun 1, aku TAK PERNAH dapat B untuk subjek Pathology. Asyik dapat C je memanjang. Nak dapat A tu jauh sekali. Tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah gagal lagi.

Nak tahu sebab apa aku dapat C je memanjang? Sebab aku selalu tinggal kosong! Setiap kali exam esei pathology, mesti aku tak habis baca dan mesti akan ada soalan yang aku tak jawab.
Pasti akan ada, mustahillah tak ada.

Tapi entah kenapa semester lepas aku banyak sangat tak tahu jawapan kpd soalan esei pathology. Banyak gila soalan yang aku tak tahu. Lebih banyak dari semester yg lepas2. Lepas tu aku fikir balik, "isy, kalau aku tinggal banyak macam ni nanti gagal pulak aku".

Aku fikir, kalau tinggal dua atau tiga soalan tu ok lah. Tapi waktu sem lepas tu aku memang banyak giler tak tahu, takkan nak tinggal semua yang aku tak tau tu kan? Tak pasal-pasal kena balik waktu summer nak repeat exam dan secara x langsung jadi Ajk PSMB.

AJK PSMB?? Itu sangat pahit, cuma satu je kenangan manis. Ustazah Zakiah cakap suara aku sedap masa jadi pengerusi majlis. Haha..Ok, sila jangan budget ye Khairi. Ustazah Zakiah ambik hati kau je tu.

Back to story. Jadi, aku pun hentam je jawapan esei tu walapun aku banyak tak tahu. Boleh kata dalam sepuluh soalan, lapan soalan esei aku hentam dan jawab semua. Tak ada tinggal satu pun. Aku pun tak pasti jawapan tu betul ke salah. Last-last waktu keputusan keluar tu pathology aku dapat B- !! Pergh, first time nampak huruf B untuk pathology.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Kalau beruk nampak aku waktu tu pun dia pun mesti cakap aku ni terkejut mengalahkan dia. Jadi kepada sesiapa yang nak exam, tolong jangan tinggal kosong kertas jawapan anda. Walaupun anda tak tahu, jawab je ok?

Abang Kudin cakap, kita tak tahu apa Allah SWT buat dengan kertas jawapan kita sejurus kita letak pensel bila prof cakap, "TIME'S UP!". Allah boleh je nak tukar jawapan kita, boleh je nak buat kita gagal kepada lulus.

Mungkin markah kita 47 je , tapi sebab orang yang masukkan markah dalam komputer tu tulis terbalik (maklumlah, huruf jawi kan terbalik dengan huruf rumi), mungkin dia tertulis 74, so kita lulus secara automatik. Subhanallah, besarnya kuasa Allah kan?

Kalau kita study tapi tak ikut suruhan Allah? Allah boleh je nak balas kat kita. Markah kita sebenar 74, tapi Allah buat orang tu silap tulis 47. Ha..Takut tak? So, study tu study juga tapi jangan lupa Allah SWT.

Ok, la kawan-kawan. Good luck for the next paper. Ingat, jangan tinggal kosong!

p/s: Cikgu aku tak suka perkataan 'hentam'. Dia suruh tukar dengan perkataan 'teka'

Sunday, January 9, 2011

Exam Mode

Entering exam mode

1) always being with books 24 hour
2) nescafe addiction
3) deactivate facebook which I've spent so much time with it
4) no more hang out...Carrefour, San Stefano, Green Plaza etc (for a while)
5) having panda's eyebag. Less sleep
6) Lower anger and stress treshold
7) No mood to cook, ---> instant food or delivery~
8) Messy house (cos everybody is busy studying and feels like there's no time to tidy their home up)
9) Try not to hurt someone's feeling (although I already did that, really need to apology after the end of the exam)
10) Ask for forgiveness from everybody. Friends, seniors, juniors, bla bla bla..
11) daily phone calls to family in Malaysia
12 ) pray and keep praying to Allah SWT.

p/s : Study tu study juga tapi jangan lupa suruhan Allah kan? :D

Thursday, January 6, 2011

Masih Belum Terlambat~

"Wah, study leave sekejap je? Mana sempat study weyh!!!"

Haha..Aku tahu ramai je yang cakap macam tu sebab aku pun fikir macam tu. Aku ni lagilah, dah la histology of the eye aku tak baca apa-apa langsung. Dalam kelas boleh pulak berangan. Haih~ Ni baru nak start study.

Terima kasih sangat kat Nisa Hashim dari section 5 yang sudi tolong list tajuk embryology yang kita dah belajar. Dah la aku tak study apa-apa langsung subjek embryology untuk semester ni sebab dulu sibuk dengan exam lain. Terima kasih sangat-sangat kat Nisa, groupmate aku waktu BOOM first year dulu. Haih~ Teringat plak kenangan dulu-dulu waktu BOOM I. Ok, cukup! Tak nak cakap pasal zaman muda-muda.

Ok, kepada kawan-kawan yang mungkin rasa "down" sebab rasa macam tak ada harapan, sila fikir positif! Whoa..Bukan senang aku nak fikir positif macam Anas Kamarudin nih. Haha..Cikgu Kaunseling kat sekolah aku dulu pernah cakap,

"Selagi kamu tak masuk ke dalam dewan exam, masih BELUM terlambat untuk kamu belajar dan usaha. Malam exam tu sebenarnya banyak lagi usaha yang kamu boleh buat."

Memang aku akan ingat kata-kata cikgu aku tu sampai bila-bila. Terima kasih cikgu!

p/s : Good luck kawan-kawan. Doctors of 2014, Zero Failure~