Saturday, February 26, 2011

Usyar Baik Punya~

Sekarang aku ada kat cyber cafe. Maklumlah, rumah tidak ada internet. Susah untuk aku dapat tahu berita terkini. Tadi waktu mula-mula sampai, cc ni penuh dengan pelajar asrama. Hari ni hari sabtu, mereka boleh keluar outing. Itu yang ramai pergi cc tu.

Tapi, cari punya cari, aku dapat la tempat di sebelah sekumpulan budak perempuan ni. Diorang tu budak-budak asrama yang tengah berkumpul ramai-ramai di hadapan satu pc. Aku malas nak ambil tahu. Aku pun terus buka emel dan tidak dilupa, buka fesbuk!
Budak-budak perempuan sebelah aku ni bising betul. Rupa-rupanya diorang tengah tengok fesbuk sambil buka profil orang lain. Lepas tu gelak-gelak, bising jugak lah. Lepas tu ada salah seorang dari sekumpulan pelajar tu, sibuk tengok pc yang aku tengah guna sekarang. Lepas tu, aku curi-curi dengar la..

"Tengok kat part atas tu, atas profil pic!"

Aku pun malas nak fikir sebab aku fikir mereka tak kacau hidup aku pun. Tiba-tiba, satu notification datang dari fesbuk aku. Oh, ada friend request! Bila aku buka, aku tengok nama orang yang aku tak kenal. Aku tengok profil pic pula. Memang sah! Memang budak yang gune pc sebelah aku tadi.Rupanya tadi diorang sibuk dok usyar display name aku. Aku pun ignore dulu request tu.

Lepas tu diorang mengomel sesama diorang ; berbisik. Macam tak puas hati. Ah, lantak ah. Lepas tu diorang pun blah, balik asrama kot. Bila diorang dah blah, aku tengok mutual friends. Manalah tahu kalau ada orang aku kenal. Tapi cuma ada satu je mutual friend. Ceh, nak approve ke tak eh? Last-last aku approve la jugak. Tapi bukan senang aku nak approve orang aku tak kenal. Cewah~

Tapi aku pelik. Macam mana lah diorang tu boleh "add" orang sesuka hati aje? Kenapa tak add orang yang memang mereka kenal je? Ini tidak, orang yang tak dikenali pun habis dia add. Dia tak takut ke zaman cyber macam ni banyak penjenayah cyber yang curi identiti? Sudah lah tu, kalau ramai mutual friends tak apalah juga. Ini? Mutual friends pun dua tiga orang je. Ada kadang-kadang tu, mutual friends pun tak ada tapi terus add orang.

Alamak dik. Lepas ni tolonglah add orang yang adik kenal je. Approve pun appr0ve orang yang adik kenal je ye? Tapi tadi aku approve jugak la sebab kesian. Hahah! Bak kata nik taufik. Facebook friends are not our true friend. Lebih kurang macam tu lah kot.

Aku bukannya perasan yang orang ramai nak add aku. Demi Allah, tak terfikir pun macam tu. Tapi aku bimbang kalau kita terlibat dalam kes-kes yang tak diingini. Aku tahu, siapalah aku ni untuk orang kenal. Tapi kena pandai memilih kawan sebab kawan lebih banyak mempengaruhi hidup kita berbanding ahli keluarga sendiri. No doubt! Semoga kita dijauhi dari kes jenayah cyber. Amin~

p/s : Selalu rasa facebook ni tak selamat!

Thursday, February 24, 2011

Hantu Tumpang Motor

Hari tu aku ade tulis yang aku baru je belajar motor. Bodoh-bodoh alang lagi dalam dunia permotoran ni. Haha..Jadi, aku balik ni pun practice la sekerap mungkin supaya tidak terjatuh di masa akan datang.

Ada satu malam hari tu, dah nak dekat pukul sepuluh da. Tetibe akak aku buat perangai mengada dia nak makan biskut pulak malam-malam buta nih. Lepas tu dia suruh aku pergi beli. Aku pun cakap la..

"Kedai semua nak tutup dah malam-malam macam ni!"

Lepas tu akak aku jawab ape tau?

" Ala..Ade kedai baru buka dekat dengan jalan nak pergi kubur tu. Kedai dia selalu tutup lewat!"

Aku terkejut dengar. What? Kedai baru bukak? DEKAT DENGAN KUBUR? AKU KENA PERGI BELI MALAM-MALAM MACAM NI? SORANG SORANG???!! Aku ajak anak sedara aku pergi sekali tapi mereka pemalas amat. Memang anak saudara tak leh diharap, jangan harap aku nak bagi duit raya dah lepas ni. Haha..

Aku pun pergi la kedai tu. Dalam perjalanan aku menyumpah sorang-sorang. Giler ape kedai bukak sebelah kubur. Ko dah tak de tempat lain ke nak bukak kedai? Kat kubur jugak ko nak bukak kedai kan>? Dah tu siapa nak beli kat kedai kau malam-malam macam ni? HANT*??!!

Gulp~ Apehal la aku tetibe terfikir pasal tu. Serta merta aku teringat kes pocong yang hangat kat kampung aku tak berapa lama dulu. Ok, aku tinggal di jengka empat. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pocong di kampung aku (jengka 4) ni, sila klik di sini.

Pendek citer, aku pun sampai kedai tu. Kedai tu dah nak tutup, padahal akak aku kata kedai tu tutup lewat. "Awal tutup kedai?"

Mak cik kedai cakap, "Malam ni mengantuk awal".

Aku pun angguk je lah. Malas nak berborak banyak. Sebelum aku balik, mak cik tu cakap.

"Tak takut ke bawak motor sorang-sorang?"

Cis~ Kata-kata mak cik itu sungguh menduga keberanian aku. Hampeh betul. Nasib baik mak cik dah tua, kalau tak saya suruh mak cik teman saya balik rumah. Haha..Pastu aku pun balik.

Dalam perjalanan balik, dah nak dekat dengan rumah dah pun, aku nak pecut la kononnya. Lepas tu, bila aku tekan gear, tetibe motor aku jadi berat. Berat giler...Aku try bawak laju, tapi tetap lembap macam ade yang menumpang. Waktu tu memang aku tak berani pandang belakang la..Gile kau nak pandang belakang? Buatnya tetibe "dia" cakap 'hai' kat aku dengan taring panjang dan menyeringai aku nak jawap apa?

Bila nak masuk simpang rumah aku, aku pun nak tukar gear rendah. Tapi, bila aku tekan gear, tetibe motor aku terhenti. Berhenti sendiri! Ah sudah, kok ngapain sih? Waktu tu peluh jantan peluh betina semua keluar. Takut giler..Lepas tu, aku terperasan sesuatu kat motor aku. Kemudian, aku tergelak sendirian. Ngahaha...Aku pusing belakang, tengok tak ada pape pun. Tak ada pun hantu, pocong, or apa-apa.

Rupa-rupanya, waktu aku nak pecut tu, aku buat silap besar gajah!~ Aku nak masuk gear tinggi, tapi aku tertekan gear lebih rendah! Sebab tu motor rasa berat je. Bila kat simpang tu pulak aku already guna gear satu. Bila aku nak tukar gear lebih rendah, aku dah lepaskan semua gear sampai free gear dah. Tu yang tetibe berhenti sendiri tak boleh jalan tu.

ok, sekian sahaja cerita seram saya pada hari ni. Salam

p/s : Malu tidak berbau. haha~

Saturday, February 19, 2011

Hurm~

Ada orang tu, X, dia delete blog. Tak tahu lah delete ke private blog dia. Dia cakap dia tak private blog. Bila saya bukak blog dia, tak boleh.

Ada orang tu, Y, dia cakap dia single. Lepas desak, dia cakap tunang. Oh, rupanya dah nikah. Tahniah!

Ada orang tu, Z, dia nak minta persetujuan tentang sesuatu, tapi dia sendiri tak beritahu apakah "sesuatu" itu. So, macam mana nak setuju?

Ada orang tu, A, dia kata nak online. Tapi saya tunggu punya tunggu, buzz dia tapi dia offline. Tak tahulah pulak kalau dia invisible kan, tapi sengaja tak nak balas.

Ada orang tu, B, saya buat dia kecil hati. Lepas tu saya cakap, "jangan ambil hati dengan apa yg saya cakap." Lepas tu B cakap, "Eh, hati aku dah ada orang lain ambik!". Haha...Saya sangat ingin tahu siapakah pencuri hati B. Hehe~ Jangan mare~

Ada orang tu, W, tema kawen dia semua warna kuning.Pengantin kuning, khemah kuning, hiasan kuning, semua kuning. Cantik sangat~ Silau mata saya dibuatnya. Selamat pengantin baru ye~

p/s : Ok, tema kawen kita nanti warna pink! Semua datang pakai baju pink ye.

Friday, February 18, 2011

Rindu

Aku baru delete dua entri. Bukan sebab entri berunsurkan emosional atau bimbang menyinggung perasaan sesiapa, tapi kalau boleh aku cuma nak letak post berbahasa Melayu je kat blog ni. Post BI nak letak jugak, tapi sikit-sikit je lah kot.

Semenjak ada di Malaysia ni (padahal baru je balik Malaysia), aku rasa kosong. Aktiviti yang nak dibuat tu memang ada, tapi maksud aku; rasa kehilangan. Abah sengaja menimbulkan persoalan ni,

"Andai MARA bagi awak pilihan samada mahu menyambung pengajian yang selebihnya di Mesir atau di Malaysia, yang mana akan awak pilih?"

Aku jawab, "Tak kisah bah. Mana-mana pun ok je."

Lepas tu abah cakap, "Abah kalau boleh nak awak belajar kat Malaysia je. Kalau boleh, lepas ni jangan pergi Mesir dah!"

Terkejut bila dengar abah cakap macam tu. Sebelum ni, aku selalu merungut bila ada di Mesir. Sikit-sikit rasa nak balik Malaysia, sikit-sikit bengang dengan Arab Mesir. Pendek kata, rasa macam tak nak duduk Mesir. Tapi, bila aku dah ada di Malaysia ni, aku sangat rindukan Mesir. Baru perasan, selama ni aku tak tahu bersyukur.

Kalau ditakdirkan aku tidak lagi ke Mesir, aku akan rasa terkilan sebab "tak sempat ucap selamat tinggal" kat Mesir. Rasa rindu kawan-kawan di Alex. Dulu bila jumpa rasa menyampah, bila jauh sekarang rasa rindu pulak. Aku pun fikir, kalau belajar di Malaysia, agaknya dapat tak lagi kita berjumpa dengan kawan-kawan? Kalau jumpa pun seorang dua je gamaknya.

Secara jujur, AKU TAK TAHU APA YANG AKU RINDU sangat kat Mesir tu. Aku cuma boleh cakap, aku rindu suasana belajar di Mesir. Rindu berada dalam kelompok pelajar Melayu di Mesir. Bila di Mesir, di negara asing, hubungan sesama sendiri jadi rapat mungkin sebab kita jauh dari mak bapak. Tapi kalau di Malaysia, ramai saudara mara, ramai kenalan, membuatkan hubungan dengan rakan sekelas tidak begitu intim.

Post ni agak emosional dan membangkitkan rasa menyampah lagi nak muntah dalam kalangan pembaca. "Hek eleh, touching la plak post mamat ni!" Ok, anda dibenarkan untuk muntah di kawasan berdekatan asalkan tempiasnya tidak terkena komputer anda.

Maulidur rasul dah lepas. Cuma nak tulis sikit. Walaupun kita tak hidup dalam zaman rasulullah SAW, tapi kesannya jelas terasa. Kita tetap rindukan rasulullah. Tanpa baginda, siapalah kita hari ini.

Walau tidak dibasahi hujan, tempiasnya cukup menyegarkan
Walau bulan tidak di ribaan, namun cahayanya


p/s : Harap-harap tiket balik Mesir akan ada yang tanggung. AMIN~ Ngeh ngeh