Thursday, March 24, 2011

Hospital Management Result

To those who took Hospital Management as elective course in the last semester, I would like to tell you that our results had came out! May be some of you already knew about this but if you don't, you can check your result in alexmed.edu.eg.

First, you have to sign in with your account (as usual). Then, go to "my course" and click "Hospital Management".

There, you can see at the top left it's written User Profile/ Administration (If I not mistaken~ haha).

Below the title, there are "Profile" and "Grades". Click on the "Grades" and you can see your whole user's report. To see your total marks, find something written like this 'Aggregation Course Total' at the bottom of the page (if I not mistaken). You can see your total marks is already being sum up there.

Besides that, you can see comments, opinions and advices from Dr. Tarek. He already examined our works and gave some comments on them.

I guess, total mark (full marks) is 100. So, you can see how much you've got over 100. I completely have no idea on how many marks we have to get to pass, but I think it is 60%.

Ok, I hope all of you pass with flying colours~ Salam!

p/s : Don't forget to be grateful and praise to Allah~

Sunday, March 20, 2011

Buat Jahat Balas Baik

Kalau orang buat baik kat kita, kita pun kena buat baik kat orang. Kalau orang buat jahat, kita tetap kena buat baik. Ok, in this case, I was the antagonist!

During the curfew, I got a call from Ustaz Asri, Timb. YDP BKMIP. He asked me to do some favour. What was that? Permintaan dia senang sangat iaitu ;

Minta aku tolong kira berapa orang semua pelajar Pahang yang belajar di Alexandria!

It might sound simple but at that time I was busy packing and preparing myself for evacuation.
I just kept thinking of the alluring, astounding moment ; returning to Malaysia!!

Ustaz tu cakap, kalau aku dah kira bilangannya, dia minta aku telefon dia balik dan maklumkan kat dia. Huh? Aku pun bukannya rajin sangat nak buat "kerja amal" macam ni. Then, what did I do?
I switched off my mobile phone so that the ustaz never could call me back. My instinct (not my conscience perhaps) said, "Alah, ramai lagi orang. Tanyalah orang lain"

Bila aku di Malaysia, dan ada masalah pasal pasport dan tiket, ustaz tu pula tolong aku buat visa, bincang masalah tiket aku dengan pegawai Yayasan Pahang, pergi pejabat Yayasan Pahang jauh-jauh. Kalau nak difikirkan balik, apa aku kisah kan? Dah memang kerja dia sebagai timbalan YDP. Kena lah buat semua benda tu.

Tapi rasa kasihan pula sebab tak pasal-pasal masalah aku ni dia nak uruskan. Rasa bersalah dan malu. Aku tak tolong dia dulu, tapi sekarang dia tolong aku.

This may sound like 'cerekarama' thingy or a little bit of drama. In fact, it is karma!

Wait~! There is another thing which makes me feel guiltier. The day before yesterday, I called him and asked him,

" Ustaz, dari airport Cairo jauh tak dengan Ramsis? Sebab saya nak balik Alex tapi turun kat Cairo"

Ustaz tu jawab,

Ustaz :Oh, takpe. Nanti ana ambik enta kat airport Cairo. Ana selalu free jer. Nanti enta call lah ana kalau dah sampai, boleh ana dengan kawan ana pergi ambik.

Aku : Er..tak nyusahkan ustaz ke?

Ustaz : Eh, tak ade lah. Ana dah biase ambik orang kat airport ni.

Wachaa! Hambik ko! Rasa bersalah tak? Aku kalau boleh nak minta kawan-kawan dari Alex untuk datang Cairo ambil aku. Tapi, waktu aku sampai tu diorang ada kuliah, aku akan sampai airport bukan hari cuti. Eh? Tapi aku sampai petang kan? So, tak leh ke ambik aku? Haha...Ala, aku balik sorang-sorang pun bole~ Lagi adventure! Kelas gitu~

Ok la, sekian sahaja post saya yang rasa bersalah ni. Kesimpulan, sila buat baik pada semua orang.

p/s : Tapi aku pendendam orangnya. Kalau orang buat jahat sekali je, tapi aku ingat sampai mati. Inikan pula orang buat jahat banyak kali.

Thursday, March 17, 2011

Masalah Tiket Bhg 3

Tadi pergi pejabat Yayasan Pahang, ambil pasport. Yayasan Pahang tak dapat hantar aku pulang ke Mesir. Walaubagaimana pun, aku mungkin boleh tuntut semula duit (claim) dengan buat surat. Tapi itu letak tepi dulu. Nak claim tu, nanti pun boleh. Sekarang ni, nak cari tiket. Itu lebih penting!

Alhamdulillah, abah pun izinkan aku guna duit sendiri. Lalala...Tadi juga aku beli tiket aku pulang ke Mesir. Kuwait airways, depart 0315, arrival 1425. Ini bukan nombor ekor. Haha...Harga tiket? Itu biarlah rahsia. Tapi aku boleh bagi klu. Atas dari seribu, bawah dari seribu tujuh ratus. Sila jangan teka!

Sekarang ni tiket dah beli. Masalah yang tinggal ialah; aku turun di lapangan terbang Kaherah. Jadi, aku mesti balik ke Iskandariah sendiri seorang! Duit Mesir pun aku tak ada langsung sekarang ni. Itu masalah yang bermain bola sepak di fikiran ku sekarang.

Dalam perjalanan pulang dari Kuantan tadi, Baem telefon dan beritahu keputusan peperiksaan aku. Alhamdulillah, lulus semua. Tak ada gagal itu pun aku dah cukup bersyukur. Jadi sekarang, aku nak kemas barang dan bersiap untuk ke Mesir. Haha..

Terima kasih sangat kat individu-induvidu terbabit sebab :

1) Baem : beri info-info terbaru dari internet
2) Nadiah Izzati : Tolong jelaskan masalah yang aku hadapi kepada pegawai Mara yang bertugas
3) Areqa : Beri nasihat dan idea
4) Irna : Nasihat, idea, dan tenangkan aku. In cakap, "cool je".
5) Ammar Afi : Tolong dapatkan bantuan dari pihak Mara
6) Mastura : Tawarkan bantuan tentang "claim" tiket.
7) Hur : Cadangan siapa yang patut aku hubungi
8) Anis : Komen blog aku dengan nasihat apa yg patut aku buat
9) Ustaz Asri : Turun naik yayasan Pahang sebab nak bantu aku. Ok, lepas ni ada post khas pasal Ustaz Asri.

Dan kawan-kawan yang lain macam Anas, Syahmi dan kanak-kanak riang ribena yang lain.

p/s : Selamat pengantin baru Abang Zainal, Kak Sarah, Niktaufik, Qarafi, Nusaibah. Semoga ikatan berkekalan selamanya. Amin~

Tuesday, March 15, 2011

Masalah Tiket Bhg 2

Dalam entri yang lepas, ada aku beritahu yang aku sepatutnya naik flight kedua terawal ke Mesir. Tapi disebabkan oleh masalah pasport, aku terpaksa batalkan penerbangan aku pada hari tersebut. Ok, nak tahu bila tarikh penerbangan aku yang sebenarnya?

12 Mac 2011 !!

Tapi aku terpaksa batalkan. Nak minta tangguh? Tak boleh! Orang Mara tu dah cakap yang dia tak akan tukar dan masih terngiang-ngiang di telinga aku suara orang yang jawab call tu, "Siapa suruh tak refer kami dulu sebelum hantar pasport? Refer kawan buat apa? "

Aku cuba untuk call Mara untuk batalkan penerbangan aku, tapi tiada yang menjawab panggilan aku. Hari itu hari Sabtu (12 Mac), memang pejabat tutup. Tapi tak silap aku, talian hotline akan terus dibuka. Namun, sampai ke petang masih tiada jawapan. Aku buntu. Akhirnya, aku minta jasa baik kawan aku, Nadiah Izzati untuk memberitahu pegawai Mara akan masalah aku. Alhamdulillah, Nad sudi menolong aku dan memang aku berterima kasih tak terkira!

Penerbangan dah dibatalkan, bukan ditangguhkan. Jadi, sememangnya aku dah tak boleh nak balik dengan Mara gamaknya. Aku pun bercadang untuk beli tiket sendiri. Tapi abah halang. Abah cakap, nanti rugi kalau tak tunggu info-info terbaru. Manalah tahu kalau-kalau ada bantuan lain. Aku sampai bertekak dengan abah untuk beli tiket sendiri. Duit tu bukan masalah utama, masalahnya RUGI ! Er...What's the different then? Maksud aku rugi kalau dah beli tiket, lepas tu tup-tup ada pihak sudah tanggung tiket.

Beberapa hari kemudian, ada seorang dari pihak Yayasan Pahang telefon aku. Dia minta nombor telefon, nombor IC dan nombor pasport. Katanya, dia nak bantu aku. Aku pun pelik kenapa dia tiba-tiba call. Mana pula dia dapat nombor aku ni?

Kemudian, Ustaz Asri Mansor (timbalan YDP BKMIP) yang kutip pasport aku tu telefon aku. Ustaz cakap sebenarnya dia yang ceritakan masalah aku kat pihak yayasan Pahang, sebab tu pihak Yayasan Pahang tu cuba nak tolong aku. Aku rasa bersalah pula kat Ustaz Asri. Banyak dia dah tolong aku, sampaikan cerita masalah flight aku ni dia tahu A hingga Z. Semua masalah aku cerita kat ustaz Asri. Sedangkan kat Mesir dulu, dia minta tolong aku satu benda, tapi aku tak nak tolong. Haha..Hambik ko Khairi! Kan dah rasa bersalah gila~

Pihak Yayasan kata, hari Isnin dia akan call aku. Tapi hari ni dah hari Selasa. Aku cuba call nombor dia, tapi dia tak angkat. Busy agaknya. Aku pun dah putus asa, tapi abah suruh aku tunggu beberapa hari lagi. Aku nak beli tiket sendiri, nak guna duit sendiri. Tapi abah tak bagi! Haih~ Susah lah. Kalau langgar cakap abah, nanti jadi anak derhaka pulak aku.

Sekarang, aku tak tahu macam mana aku nak balik Mesir. Walau macam mana pun, aku dah terhutang budi banyak dengan Ustaz Asri.....dan Nadiah Izzati!

bersambung....................

Monday, March 14, 2011

Masalah Tiket

Internet sangat lembab. Itu mukadimah kepada post saya pada hari ini. Kalau sesiapa yang lihat wall facebook saya, mesti akan ternampak saya mengomel tentang masalah tiket. Eh,kenapa saya guna kata ganti diri pertama yang sungguh sopan ni? Ok, back to "aku"

Ni che' nak habaq mai sikit. Mula-mula pihak Yayasan Pahang kata YP akan tanggung kos penghantaran pulang pelajar negeri Pahang samada pelajar tajaan YP sendiri, pelajar tajaan, mahupun persendirian. Kemudian, aku lihat di web Mara. Laman sesawang Mara tulis bahawa kalau kita ditanggung oleh kerajaan negeri, jadi tak perlulah letak nama di borang Mara.


Jadi, aku pun tak daftar nama dengan Mara sebab aku ingatkan dapat balik dengan YP. Ada sesetengah pihak kata, visa mesti dibuat walaupun Mara cakap tak payah buat (sebab boleh buat di Mesir). Jadi, aku pun hantar tiket aku kat seorang Ustaz ni untuk buat visa.

Beberapa hari lepas tu, aku diberitahu yang pihak YP tak akan tanggung pelajar tajaan samada MARA atau JPA. What? Aku nak menangis dah bila dapat berita tu. Di atas nasihat kawan-kawan yang aku sayang, aku pun hubungi Mara buat rayuan. Aku merayu dengan buat suara sedih serak-serak nak nangis supaya diorang simpati dengan aku. Haha..ok, tu tipu! Lepas tu, Mara cakap nama aku masuk dalam waitinglist.

Beberapa hari lepas tu, nama aku ada dalam flight kedua terawal ke Mesir. Aku tak kisah pasal pulang awal ke Mesir tu. Masalahnya, PASPORT AKU TAK ADA KAT AKU SEKARANG! Aku dah hantar untuk dibuat visa, macam mana aku nak dapatkan pasport aku balik?

Aku pun call Ustaz tu. Ustaz tu cakap, pasport tu dapat minggu seterusnya. Ustaz cakap, aku tak boleh dapatkan pasport aku balik sebab kalau ustaz tu ambik pasport aku, dia kena ambil pasport semua orang sekali. Senang cakap, kalau hantar secara pukal, ambil pun secara pukal! Jadi, ustaz tu tak boleh nak ambil pasport aku secara individu.

Aku pun nak nangis da. (Dari tadi nak nanges, padahal x nanges gak!) Aku pun call Mara nak tukar tarikh. Mara cakap yang tarikh tiket flight memang sudah tak boleh ditukar. Aku pun cerita kat dia pasal masalah pasport aku. Lepas tu, pegawai Mara tu cakap, "Itu masalah awak. Kan kami dah cakap, tak perlu buat visa."

Ok, aku tahu yang itu masalah aku yang memandai hantar pasport untuk dibuat visa! Tapi aku dah terhantar so nak buat macam mana? Aku buntu giler~

Tiket flight aku dengan Mara beberapa hari saja lagi.
Tapi pasport tiada di tangan aku sekarang.
Pasport akan aku dapat minggu depan.
Mara pula dah tak nak tukar tarikh tiket aku.
Macam mana ni?

bersambung...................

Tuesday, March 8, 2011

Gambar Kenangan...Cewah~!

Kawan sekelas 5 Gamma 2007 (aku takde sebab aku yg tangkap gambar)
Muka-muka suci waktu Form 4. Muka baby lagi
Kalau masuk dalam pintu pagar sekolah, mesti nampak bangunan pentadbiran ni
Betapa semangatnya ex-Saserian from FIRST batch hingga LAST batch menukar profil pic mereka kepada badge sekolah! Baru je lagi ditangkap. Thanks kepada siapa yg ambil gambar ni.
Dinding khas untuk kami conteng lepas habis SPM. Untuk hilangkan stress katanya. Masing-masing tinggalkan nama. Tapi sekarang dah dicat putih.
Kek yang ditempah khas oleh junior-junior untuk diberi kepada guru-guru SASER yang kiut-miut dan hensem ganteng serta sporting dan best!

Ok, untuk lagu latar belakang, sila dengar lagu Sekolahku yang dinyanyikan oleh Kump Nasyid Unic. Sekian~

p/s : Sains Tunku Munawir? Sekolah siapa tu?

Sunday, March 6, 2011

Selamat Tinggal SASER!





Walaupun cuma dua tahun berada di SASER, tetapi semua kenangan pahit dan manis bagi aku semuanya indah. Bersusah payah kami dari generasi pertama hingga ke generasi ke-sembilan berusaha untuk menaikkan nama dan gred sekolah. SASER pernah jadi sekolah no 1 di Negeri Sembilan, kemudian nombor satu dalam kalangan SBP dan pernah juga dapat nombor satu di Malaysia.

Tapi sekarang, SASER akan tidak lagi dikenali, tidak lagi disebut-sebut dan TIDAK LAGI WUJUD! Sekolah Menengah Sains Seremban itu akan diganti dengan Kolej Tunku Mukriz. Tiada lagi lagu Putera Harapan dinyanyikan oleh pelajar pada hari Isnin, tiada lagi lencana biru hijau sekolah yang menjadi kebanggaan kakitangan sekolah, tidak lagi seperti dahulu.
Seremban Science School is :

* All boys boarding school (Sekolah Berasrama Penuh)

*Established in February 2002 and will be closed 8 Mac 2011. This school just operated for 8 years.

* Cuma ada 8 Batch SASER. Batch ke-9 tidak termasuk kerana sudah menjadi pelajar Kolej Tunku Mukhriz.

*Was awarded as the best school in Malaysia for the 2009 Sijil Pelajaran Malaysia result achievement!

* This school is widely known as SASER.

* All students and ex-students of this school are called/known as Putera SASER or Saserian. But I like Putera SASER more!

*Asalnya sekolah SDAR, terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

* Dewan makan kami panggil DM. Perhimpunan hari Isnin di Dewan Putera

*There are 10 classes : Alfa, Beta, Delta, Epsilon, Gamma, Iota, Omega, Theta, Sigma, Zeta

* There are four houses : Lekir (Blue), Tuah (Red), Kasturi (Yellow), and Jebat (Green)

* Ada 4 blok bangunan asrama dan penghuninya mengikut rumah (Lekir, Tuah, Jebat, Kasturi) dan yang menariknya, setiap bangunan dicat dengan warna rumah. Cth : Blok Jebat dicat dengan warna hijau.
Guru-guru dan kakitangan sekolah semuanya baik.

There are too many memories there. I DO remember it all but I CAN'T write all of them here. Biarlah semuanya dalam ingatan aku sahaja.

Slogan sekolah :

SASER namamu teratas!
Takkan SASER hilang takhta!

Mulai 8 Mac, SASER sudah tiada lagi. :(

p/s : SASER was the best school I had ever been. Kawan-kawan SASER pun yang terbaik, jauh lebih baik dari kawan di universiti!

Tuesday, March 1, 2011

Ouh, Tak Ada Orang Beritahu Pun!

Susah rumah tak ada internet ni. Maklumat susah nak dapat. Sudahlah kita kena sentiasa alert dengan berita terkini terutamanya pasal kepulangan ke Mesir. Kalau nak buka emel je, mesti kena pergi ke cc. Padahal dah banyak sms yang aku beri kepada kawan-kawan sekuliah yang juga belajar di Mesir ; untuk beritahu aku maklumat terbaru. Tapi tak banyak berita yang aku dapat.

Kalau dimarah nanti, mesti diorang marah aku balik. "Ada aku kisah rumah kau ada internet ke tak ada? Kau tu yang kena sentiasa alert!". Isy, susah la macam tu. Ni aku baru buka internet dan baru tahu yang aku ada masalah visa. Bila buka web yayasan negeri, dia cuma cakap yang pihak yayasan akan menguruskan visa di bawah tajaannya. Bagi tajaan lain dan persendirian macam mana pula?

Menyesal pula tak isi borang untuk balik sekali dengan Mara. Tapi apa nak buat, tarik tempoh untuk isi borang dah tamat. Aku rasa, ada juga aku tersekat kat Malaysia ; tak dapat pulang ke Mesir. Bak kata Sayuti, maklumat secara online, jadi nak dapat maklumat pun kena lah online juga. Erm..Betul tu, tapi susah juga kalau nak ke cyber cafe setiap masa.Ok, AKU MENGAKU NI SEMUA SALAH AKU yang tak alert pasal ni.

Mesti ada yang cakap, " Masukkan lah internet kat rumah ko". Tapi, aku bukannya dari keluarga yang berada. Aku bukan orang senang nak pasang-pasang internet ni. Astro pun tak ada. Nak kena bayar pulak bulan-bulan. Haih~

Aku tak marah dan salahkan sesiapa sebab aku tahu ni salah aku yang tak sentiasa ambil tahu berita terkini. Aku cuma rasa sedih sikit dengan orang yang aku percaya, dengan orang yang aku minta tolong untuk beritahu maklumat terkini.

Ok, kepada kawan-kawan yang baik hati, aku nak minta tolong informkan aku pasal latest news ye pasal mesir. Rumah aku xde internet, so tolong inform via mobile.

Celcom = 0145211857

Kerjasama anda semua sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

p/s : Ni dah dapat nombor telefon aku ni, jangan tanya aku pasal politik kat Kerdau pulak. Mentang-mentang aku duduk area Jengka.