Monday, May 30, 2011

Hati Yang Hilang

Astaghfirullah, diri ini aku rasakan begitu jahat. Banyak kekurangan yang ada, dan banyak dosa yang telah aku lakukan. Selalu emosional, menceritakan keburukan orang dan sebagainya. Rasa macam hati ni dah penuh dengan titik hitam. Aku ada terbaca ni,

Pesan Imam Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Bila aku baca Al-Quran, rasa keinsafan tu hadir cuma seketika. Lepas habis baca Al-Quran, sikap jahat menguasai diri kembali.

Bila mengerjakan solat pula, sukar sekali diri ini hendak khusyuk. Masakan aku temui hati dalam solat aku yang tidak khusyuk?

Baru-baru ini, aku solat zuhur berjemaah di masjid berdekatan dengan universiti di Mowassah. Sudah lama aku tidak solat berjemaah di masjid. Selesai solat, imam mengajak makmum untuk solat jenazah bersama. Sewaktu mereka mengangkat jenazah ke hadapan, mereka melintas di hadapan aku. Memang aku nampak jelas sekujur tubuh kaku yang telah dikafankan itu. Rasa keinsafan mula muncul dalam diri. Bimbang jika masa aku pula akan tiba tak lama lagi tanpa sempat bertaubat.

Tapi, selesai sahaja solat jenazah, aku terus jadi lupa. Lupa untuk mengingati mati. Aku masih lagi berfoya-foya, hanyut dalam duniawi dan biarkan aku dikuasai nafsu. Aku cuba cari hati ketika baca Quran, mengerjakan solat, dan mengingati mati. Tapi semuanya aku jumpa hanya sementara.

Aku rasa, hati aku telah hilang. Aku tidak mempunyai hati sekarang. Kosong. Dan aku perlu memohon kepada Allah SWT agar memberi aku hati yang baru. Mencari hati yang baru~

p/s : Ya Allah, ampunilah dosa kami semua.

Saturday, May 28, 2011

Palestine Evergreen

Entah betul entah tak aku eja tajuk post aku ni. Tak kisah la tu. The most important thing, maksud tersampai. Ok, untuk muqaddimah post saya pada hari ini ialah...dah baca PO? Pasal pelajar nyaris ditikam pemandu teksi? Seram wooo~ Aku ni baru je balik dari Carrefour sorang-sorang, pergi pun sorang-sorang naik teksi. Alhamdulillah selamat sebab dua-dua pemandu teksi tu baik. (Baik ke?)
Kesimpulan : Jangan pergi tempat dekat dengan menaiki teksi! Haha..Satu kesimpulan yang salah.

Ok, let us proceed to the main point. InshaAllah, pada hari esok tanggal 29 Mei, akan diadakan sebuah majlis pelancaran WARM dan Palestine Evergreen di aras 3 Asrama Mara (ASMARA - cewah, sesuka hati aku je kan?). Semua ahli Perubatan PCI dijemput hadir. Ok, malas cakap banyak...Kat bawah ni konon-kononnya Q dan A untuk esok la...Konon-konon, hahah! Baca je wokeyh!

Q : Tak tahu pun pasal ni?
A : Eh, kan tengah bagitau ni? Cube check emel alexmed, fesbuk dan tanya kawan-kawan.


Q : Untuk ahli Perubatan PCI? Budak dentist dengan farmasi tak yah pergi la eh? Budak medik je?
A : Sila jangan jadi lurus ye anak-anak. Perubatan PCI itu adalah persatuan, bukannya course. Ahli Perubatan tu terdiri dari student medik, dentist dan farmasi. Kesimpulan, SEMUA dijemput hadir. (No matter what your course is)


Q: Ala..kalau semua pergi nanti, penuh la pulak asrama MARA. Tingkat 3 tu kecik je..Mana muat nak masuk ramai-ramai.
A : Bagusnya pemikiran anda. Kalau semua ahli PCI berfikir macam anda, last-last kosong majlis tu esok. Apa salahnya kalau kita ramai-ramai memeriahkan majlis. Dapat erat silaturahim, dapat ilmu. Apalah salahnya kalau berhimpit sedikit. Jangan lah sentiasa nak berada di zon selesa. Saudara kita kat Palestin tu hidup tak selesa, kita pulak nak selesa nak space banyak-banyak & tak nak berhimpit? Zaman nabi dulu, sampai lutut bertemu lutut kan? So, sila datang!


Q : Apa pekdah kalau saya pergi ni? Baik study kat rumah.
A : Adakah anda sayang Palestin? Nak tolong Palestin secara direct (pergi berperang) kita tak mampu, jadi ni salah satu cara untuk menunjukkan anda concern dengan saudara kita di Palestin tu. Anda dapat tahu serba sedikit pasal Palestin, dapat kenal Dr. Azhan dari Tanta dan dapat tengok kawan-kawan PCI kita beri talk.


Q : Hek ele~..Banyak lagi cara lain boleh buat untuk tunjuk rasa sayang kat Palestin selain dari pergi majlis tu.
A : Oo..ye ke? Apa yang anda buat? Boikot? Anda boikot seratus peratus ke? Memang tak guna barangan Israel LANGSUNG ke? Ke anda derma sebanyak berjuta kepada Palestin? Ke anda tolong diorang berperang lawan Israel? Bagusnya anda....Nak tahu juga apa cara lain yang anda buat untuk Palestin selain dari pergi majlis tu. Ke anda just duduk rumah dan dengan lagu Untukmu Palestin berulang-ulang kali? Membantu ke anda? By going to this event, at least you show ur concern!

Q : Saya busy la esok. Nanti penat.
A : Saudara kita kat Palestin lagi penat. Tiap-tiap hari lari dari peluru. Cuba bandingkan, kita dengan diorang mana lagi penat?

Q : Ala..setakat nak tahu info pasal Palestin tu, dalam internet pun banyak.
A : Ouh, mungkin anda tak faham apa hukum belajar tanpa guru. Ataupun mungkin anda tak tahu faedah kalau berjemaah. Internet tu bukan betul 100%, wikipedia pun kita boleh edit.

Q : Best sangat ke program tu? Ada apa esok?
A : Sila lihat tentatif di emel. Ada tayangan video, Talk dari saudara Azhan dari Tanta dan pidato dari kawan-kawan dari setiap batch. Kalau datang awal, inshaAllah ada sedikit permainan di booth dan ada pameran disediakan. Sila datang awal.

Q : Esok saya habis kelas lewat. Mana sempat nak pergi.
A : Nak seribu daya, tak nak banyak pulak la cekadak kau! AJK program pun ada kelas jugak esok sama macam korang, tapi boleh je pergi majlis tu siap buat kerja dan urus itu ini lagi. Korang just datang je dan pakai baju hijau. Tak kan itu pun berat?

Q : Ala..baru nak pergi. Bila tahu kena pakai baju hijau terus tak jadi nak pergi. Saya tak de baju hijau.
A : Kawan-kawan kan ada? Pinjamlah untuk sehari je. Takkan lah kawan tak sanggup berkorban sikit. Kalau dia tak sanggup pinjamkan kat anda, anda tak payah kawan la orang macam tu. Cari kawan lain. Ngahaha..Pakai je apa-apa yang nampak macam hijau.

Q : Ouh, saya tak pergi majlis-majlis macam ni. Tafaquh pun saya tak pergi. Nanti apa pulak orang lain kata.
A : Kenapa mesti kira apa orang lain kata? Sebab anda tak pergi tafaquh la anda kena pergi majlis ni. Dah la tafaquh tak pergi, tak kan la majlis ni tak pergi jugak? Kalau memang anda tak minat program rohani macam ni, saya nasihatkan anda muhasabah diri semula dan cari hati anda semula. Penuh titik hitam kot tu.

Q : Saya bukan orang kuat Perubatan. Ni apa pakai baju hijau ni? Macam parti politik je?
A : Majlis ini terbuka untuk SEMUA AHLI PCI, bukan kepada ORANG KUAT PCI. Harap anda lulus bahasa Melayu dan dapat membezakan kedua-dua frasa di atas. Ni apa fikir politik pulak ni? Tak ada kena mengena dengan politik langsung benda ni. Korang je yang fikir negatif macam tu.

Ok la..itu sahaja. Selamat pakai baju hijau pada malam 29 MEI. Jangan lupa hadir ke majlis tu. :D

p/s : Siapa tak datang maksudnya dia tak cakna Palestin. :P (gurau!)

Thursday, May 26, 2011

Panik!

Antara sikap unik lagi hampeh yang aku ada ialah, aku ni cepat panik. Gelabah semacam. Aku pun nyampah tapi nak buat macam mana, susah nak kawal benda ni.

Tadi waktu exam ICDL (exam berkomputer), aku pun jawab soalan ICDL dengan tenang dan berhati-hati (bajet). Kemudian, ada tiga soalan yang aku tak dapat jawab. Jadi, aku skip lah dulu sebab dia bagi skip.

Lepas tu bila dah habis jawab 33 soalan (tak termasuk 3 soalan yang aku skip tadi), kat skrin aku terpapar benda ni hah

You have skipped 3 questions.
Do you would like to attempt it now?

Dan ada dua pilihan. YES dan NO. Aku dengan yakinnya menjawab NO! Cewah, kalau ada orang tengok aku waktu tu, mesti dia cakap, "Budget gila budak ni tak nak dah jawab soalan yang dia tinggal tadi". Tapi sebenarnya waktu tu fikiran aku kurang waras seketika. Aku just tekan je perkataan NO tu dengan jayanya dan penuh schizophrenia. Aku tak sengaja tertekan NO okay!!

Lepas aku dah submit NO tu, baru aku dapat kewarasan aku balik. "Eh, apa aku buat ni? Gila apa aku tak jawab habis semua soalan?" Waktu tu aku dah gelabah sakan. Untuk menampakkan lebih drama, proses dia nak bagi markah tu cukup lama loading nya. Suasana waktu tu sungguh suspens dan genting, lebih genting dari Genting Highland.

Kemudian, result keluar. Jeng jeng jeng! Alhamdulillah, lulus. Tak caya sungguh aku lulus. Aku dah la buta IT. Terkejut beruk aku time dapat result tu. Kalau beruk tengok aku waktu tu pun, mesti dia cakap yang aku terkejut mengalahkan dia. Tak caya dapat 86 walaupun aku ada skip tiga soalan (tiada unsur riak di sini, sekian terima kasih!). Nasib baik aku cuma skip 3 soalan. Kalau 13 soalan? Apa agaknya result aku nanti eh? Mau tercirit aku agaknya kalau tertekan NO tanpa jawab soalan yang di skip tu semula.

Aku tersenyum sorang-sorang memikirkan kebodohan aku yang panik bagai nak rak. Kemudian, aku pun bangun dari kerusi tempat aku exam tu dan pusing belakang. Guess what? Rupanya ada pengawas peperiksaan tu sibuk memerhati gelagat aku dari tadi. Bila aku pandang muka dia, dia gelak sambil senyum-senyum. Maksudnya dia nampak lah kegelabahan aku tadi. Ok, waktu tu aku dah malu. Rasa macam nak flush muka dalam mangkuk toilet pun ada.

Tapi aku cool je beb. Aku keluar dengan penuh rasa malu tapi pandai cover. Balik rumah lewat, tak pergi tafaquh. Haih..Dah tiga minggu dah ponteng ni. Tapi tadi sempat merayap-rayap dengan Hazim & Aiman Khalifah kat Wich Mac. Ada jugak la teman berborak. Isy, ni yang start sayang Hazim dengan Aiman ni. Hahah. Saya sayang kamu kerana Allah SWT. Ukhuwah la katakan.

Ok la..Saya sayang semua orang. Kalau saya tak bercakap dengan anda, kamu dan awak. Tu maksudnya saya bad mood/emo/marah dengan kalian. Tapi saya tak benci. Saya still sayang. Marah kan tandanya sayang. Tapi it takes time untuk aku kembali tegur sapa dengan korang macam mula-mula. Buat masa ni, rasa annoyed sikit kalau jumpa. Haih~

Ok lah, sekian sahaja post mengarut dan tak-akan-ada-orang-baca dari saya. Sekian~ Lalala

p/s: I love you, but I do not mention it face to face. I keep it inside my heart!

Tuesday, May 24, 2011

Simple Eyes?

Alhamdulillah, pihak MARA dah bersetuju untuk membayar balik duit tiket aku hari tu. Hari tu waktu balik Mesir aku tercicir, tak dapat ikut flight dengan student Mara yang lain. So, aku beli sendiri, dan Alhamdulillah sekarang aku bakal dapat bayaran balik.

Ok, sekian sahaja diari kehidupan saya pada hari ini. Tadi waktu revision praktikal Parasitology, kami tengok pelbagai jenis arthropod. Antaranya ialah kutu a.k.a flea. Antara karakter flea ni ialah, it has simple eyes. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan simple eyes. So, aku pun tanya lah kawan-kawan sectionmate ku.

Soalan aku : Weh, apa yang dimaksudkan dengan simple eyes?

Jawapan kawan-kawan :

Akhtar Zafar : Maksudnya flea tu tak pakai spek mata. Simple je mata dia.

Acap Jamaludin : Flea tu takde pupil, tak boleh nak jeling-jeling. So, kalau nak pandang belakang, dia kena pusing leher dia terus.

Ain Afiqah : Maksudnya flea tu tak ada eye brows dan eye lashes. (Kata adik kepada mentor SC ku itu a.k.a Abg Hanif Yb sambil mengelip-ngelipkan eye lashes nya)


Aku rasa simple eyes tu sebab mata dia just macam titik. Dot like! Anda rasa, kenapa simple eyes?

p/s : Good luck kepada sesiapa yang bakal menjawab ICDL dan Parasitology Exam!

Sunday, May 22, 2011

Selamat Pengantin Baru, Najwa!

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, siang waktu Malaysia tadi, seorang kawan yang sekampung dengan aku telah selamat diijabkabulkan.

Macam tak percaya. Teringat lagi waktu zaman sekolah rendah dulu. Perangai kebudak-budakan lagi, main kejar-kejar, nangis-nangis. Tiba-tiba sekarang ni dah kawin dah ha. Dan dah selamat jadi isteri orang dah pun. Tahniah ye Najwa. Lepas ni kalau kami nak jumpa kau, terpaksa lah minta kebenaran dari suami tercinta dahulu iaitu si Bob.

Minta maaf sebab tak dapat datang. Hanya ucapan selamat je yang aku boleh kirim. Cewah~ Ayat aku sungguh tidak boleh blah.

Ni bila dah jadi isteri orang, perangai kena behave. Huhu..Dengar cakap suami, jangan lawan cakap beliau sebab syurga isteri kan kat bawah kaki suami. Kalau tak caya cuba check. Haha..
Najwa, kau nampak cantik! Tak tipu! Seriously~


Selamat pengantin baru Najwa dan Bob
Semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu~ :D

p/s : Kawan-kawan sekampung yang lain mantain bujang ye? Haha..Kalau nak kawen pun tunggu aku balik Msia. Nak juga tengok korang atas pelamin. :P

Saturday, May 21, 2011

Dah Penat

Ini entri yang ada unsur emosional. Tak kisah la tu. Aku cuma nak cakap yang aku dah penat dengan orang yang selalu tak puas hati dengan aku.

Kadang-kadang kalau aku buat silap, dia tengking aku habis-habisan

Bila dia buat silap, dia putar belit cerita lepas tu salahkan kita balik

Lepas tu nak perli-perli dan berkecil hati

Ada juga yang main sedap mulut cakap macam-macam tanpa tahu hal sebenar

Ada yang kalau dia kenakan kita takpe, tapi kita nak kenakan dia tak boleh.

Entah la...dah penat dah. Kita jaga hati orang, tapi orang jaga tak hati kita? Lantaklah nak terasa hati dengan aku ke, nak marah aku ke, aku dah tak nak fikir apa-apa. I will not going to apologize, and I'm not going to feel depressed. Just do like nothing happened and let keep the ball rolling lah!

Just thinking of returning Malaysia and meeting family
Forget those annoying people here!

p/s : Keep quiet and you'll see everything!

Thursday, May 19, 2011

Demam Lagi~

Hari Sabtu ni, aku akan menduduki ujian midterm untuk Reproductive System. Tapi sekarang ni aku ditimpa musibah demam. Sudah 2 hari, tapi masih belum kebah. Bila dah sakit ni, sukar nak beri tumpuan pada pelajaran. Apa yang dibaca pun, susah nak masuk. Aku cuma banyak rehat dan tidur.

Bimbang kalau perkara dahulu berulang lagi. Waktu aku berada di tahun satu dahulu, aku kena demam campak sehari sebelum exam Anatomy. Pada malam exam, aku cuma berehat setelah pulang dari hospital. Aku cuma menyelak helaian-helaian buku tanpa memaham apa yang tertulis dalam buku itu. Akibatnya, aku tidak dapat menjawab exam Anatomy dengan baik, kemudian gagal dalam subjek tersebut dan terpaksa pulang semula ke Mesir dengan lebih awal untuk mengambil peperiksaan ulangan.

Tapi aku tidak menyalahkan demam. Itu adalah salah aku sendiri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Lagipun, memang aku lemah subjek anatomy waktu tu, tiada kena mengena dengan demam pun. Aku baru terbaca satu blog ni dalam post terbaru yang bertajuk, "Sakit Itu Kafarah Dosa". Antara isi yang aku dapat, terutamanya tiga perkara.

Yang pertama : Ada pahala yang kita dapat ketika sakit
Yang kedua : Rasulullah melarang kita dari mencela penyakit
Yang ketiga : Ada hikmah yang Allah beri ketika kita sakit, tapi kita tak nampak. Kita cuma tahu merungut.

* Ada pahala yang kita dapat ketika sakit

Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.

“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

* Rasulullah melarang kita dari mencela penyakit.

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.

"Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

* Hikmah
Ada banyak hikmah ketika sakit. Tapi aku nak tulis satu je. Antara hikmahnya ialah,

Sakit merupakan satu peringatan kepada manusia supaya bersyukur

Mungkin sebelum ni aku sombong dan tak tahu bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat sihat yang Allah kurniakan sebelum ni. Waktu sihat, aku jauh dari Allah SWT, tapi waktu sakit barulah aku berdoa dan memohon kepada Allah agar menyembuhkan aku. Allah menyedarkan aku bahawa aku ni seorang insan yang lemah, tak mampu berbuat apa-apa tanpa pertolongan dari Allah. Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa atas setiap perkara.

Harap-harap, demam aku ni tak memberi kesan buruk terhadap peperiksaan yang bakal aku duduki ni. Sesungguhnya, Allah tak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Jadi, demam ini tentu ada hikmahnya.

p/s : Patut bersyukur ditimpa musibah sakit kerana gugur dari seseorang itu dosa-dosa kecil. Alhamdulillah

Wednesday, May 18, 2011

Kubur Memang Masing-masing, Tapi....

Kena tukar bahasa Melayu semula sebab nak tulis pasal Palestin. Cewah, semangat tu kena ada ye kawan-kawan. Semua orang pun boleh post pasal Palestin kat blog dia. Tak semestinya kita kena jadi AJK Palestine Evergreen dulu baru boleh post. Semua orang boleh tulis, tak ada masalah! Kita pun boleh share info kan?

Tapi kali ni nak tulis pasal lain. Tentang orang yang tak berapa nak dengar kata atau dalam bahasa kasarnya dipanggil bebal. Contohnya, kita nasihat orang tu buat sesuatu yang baik tapi orang tu tak nak. Ha...Itu bebal lah tu. Kita ni pun kena pandai menjawab dengan orang-orang yang macam ni. Jangan biar diorang teruskan buat jahat, kalau tak kita pun dapat dosa. Aiceh, alim pulak aku malam ni.

Kes 1

(Bagi nasihat) : Eh, kau ni aku tengok kau ni tak solat pun? Er...dah solat dah?

(Tak nak nasihat) : Ala...suka hati lah nak solat ke tak. Kubur masing-masing okay! So, kau tak yah sibuk.

Ok..jawapan yang wajar diberi kepada orang macam ni ialah...

Option 1
Sebab kubur masing-masing la aku suruh kau solat. Kalau kita satu kubur, senanglah aku nak back up kau kalau kau tak dapat jawab soalan malaikat!

Option 2
Kubur memang masing-masing, tapi yang nak kena urus jenazah kau tu nanti orang lain jugak. Kalau kau mati tapi boleh masuk sendiri dalam kubur, dan tak menyusahkan orang lain tak pe jugak. Ni orang lain gak yang kena kafan, mandi dan kebumikan. Sebab tu aku nasihat kau suruh solat ni.

ok, kes yang lain bersambung di post yang akan datang. Salam~

Tuesday, May 17, 2011

Alhamdulillah~

Alhamdulillah...

Today, I just did my Parasitology presentation. One down, seven more to go.
Recently, I went to Majlis Ramah Mesra at Hayyu Asyir and I got 100 US dollar! Alhamdulillah~

Today, I tried to find ticket to Malaysia and fortunately, I found and bought one!. Seriously, I paid the ticket only for LE 3655 and will depart on August 2.

There are many good things in life that Allah give us. But we are too blind to raise our hand and say Alhamdulillah~ We are too concern with the test and hardness given by Allah, until we forget to praise Him and show our thank you for the good things.

Well, we will only see the black dot on a white paper, but we won't see the white, plain background. So does what is given by Allah! Let say the tests given by Allah is the black dot, and the good things (rezeki) given by Allah is the white part. Of course we'll see how hard the test is, but we do not see how many good things that He gave us.

Oo Allah, thank you for everything!

Friday, May 13, 2011

Anak-Anak Pahang di Iskandariah, Mesir!

Salam...in this case, I have to write in Malay. Haih~

Kepada anak-anak pahang/warga Pahang kat bumi Alex ni, harap anda tahu bahawa pada 15 Mei ni akan diadakan majlis ramah mesra bersama Timb YDP Muip di KAHERAH. (Bukan di Alex ye)

Jadi, siapa yang nak pergi, sila check nama anda samada nama anda tersenarai sebagai penerima zakat atau pun tidak. Sekiranya nama anda tiada, sila hantarkan maklumat diri anda kepada saya. Semakan nama boleh dibuat di blog BKMIP di bkmip65.blogspot.com. Ataupun kepada sesiapa yang ada fesbuk, boleh la buka page BKMIP Mesir dan check nama anda di situ.

Sekiranya nama anda ada, tetapi anda TAK DAPAT MENGHADIRI majlis tersebut, anda diminta untuk memberitahu saya akan pengesahan ketidakhadiran anda. Supaya zakat tu boleh kita berikan kepada orang lain.

Sekiranya anda ingin pergi, tetapi MASIH BELUM BERDAFTAR DI BAWAH BKAN PAHANG, sila hantarkan maklumat anda kepada saya supaya nama anda dapat pihak BKMIP daftarkan sebagai ahli (macam keling ayat aku yg ni kan? Ah, peduli ah!)

Sekiranya anda INGIN PERGI KE MAJLIS TERSEBUT, sila beritahu saya juga supaya kita boleh tahu berapa orang yang akan hadir, dan kita boleh bermusafir bersama-sama lebih-lebih lagi kepada akhawat yang memerlukan khidmat musyrif.

kalau ada apa-apa pertanyaan, bolehlah bertanya kepada saya secara terus. Tak yah malu-malu, call je atau hantar emel. saya tak makan orang ok! Tapi kalau orang buat saya marah saya makan lah kot. Haha kidding!

emel saya : khairimalik@yahoo.com / kecik_saser@yahoo.com (kedua-dua emel patik adalah aktif)

ataupun call patik di nombor 011-5813614. Tolong lah beri kerjasama, ini sangat penting. Hoho~

p/s : Kepada siapa yg tak pergi, tak boleh wakilkan orang lain untuk ambilkan zakat.
Kepada yang tiada tajaan (persendirian), lebih baik datang ke majlis tersebut untuk ambil zakat. :P

Tuesday, May 10, 2011

Focus


Less facebook, more books!
Sleep less, study more
Eat less, fasting more
Doing sin less, doing ibadah more!

p/s : Blogging more or blogging less? It depends. If I want to write good things, I'll write more.

Taking Taxi or Cab in Egypt

I am very sure that most of you (foreigner students) who are studying in Egypt have problem of taking taxi or cab. To be exact, it is not the availability of the taxi that being the issue, but the problem is : How much we do have to pay for a ride?

Most of the taxi drivers here (not all of them) are being too selfish and they use to take opportunities on foreigner like us. They may double the fee because they think that we do not know how much the actual price is. Ouch, watch out! If you are unlucky enough, they may make you to pay TRIPLE of the actual price! (or more! :P)

That is why learning Egyptian language is essential when traveling/studying/being in Egypt so that you won't be cheated by some of them. Another factor which lead them to cheat on us is :

We are being too gentle and polite to them. Sometimes we refuse to pay more and try to make a deal with them, but when they raise their voice (scolding tone) to force us to pay more, some of us will become afraid of them and just obey what they say and give them how much they want. What is in their head is...foreigner is too afraid of them and they can do whatever they want.

So, some these may help you when taking taxi/cab:

1) Deal with the taxi driver first. If they want us to pay more, just ignore them and do not take a ride with him. Just go away from him and find another taxi.

2) If you do not want to deal, just take the cab. When you reach the destination, come out from the taxi first and just pay reasonably. Then, keep on walking where you're heading to WITHOUT LOOKING BACK! If the driver call you, just pretend that you do not hear them. :P

3) In the taxi, please avoid yourselves from showing off/taking out your camera, luxurious mobile phone, Ipod, Ipad, mp3 player and something that makes them to think that you are rich and have many moneys. Avoid from using those things while you are still in the taxi. Just keep them in your bag or your pocket and do not let them to see your expensive gadgets.

4) If they ask you, "Enta minin?" (Where are you come from?)...or they may ask you, "Enta malizi wala eh? (means you're Malaysian right?). Please do not answer that you come from any developed country or any "rich" country. Just answer that you are coming from a developing country.

Example :

Q : Enta Malizi, sah?
A : La', ana musy malizi. Ana Indonesi.

Why do I pretend to be an Indonesian? It is simple! If you're saying so, they will think that you are just like them; do not have much money. Furthermore, there are some of the Indonesian ladies come here for a job and most of them are working as maid. So, they'll think that you're poorer than them. Haha...

Ok, that's all for today. Why do I write this? Guess what? Recently, I was cheated by one of them. I just take a ride to somewhere which just few kilometers long, but I was charged for LE 15. (fifteen Egyptian Pound). The actual price is just LE 5-LE 7. They were really mean!

p/s : Being in Egypt, you have to learn to be patient and get use of being cheated!

Saturday, May 7, 2011

If My Mother Is Still Alive~

I logged into my facebook account and saw many friends of mine wished Happy Mothers' Day to their mother. I felt a little bit jealous. I still remember the day when my mother left me. She left me forever when I was seven, when I was still young and still need her to raise me up.

On the day that my mother was gone, I was too young until I just felt nothing & even confused why my other family members were crying and being sad. For me, I thought that my mother just taking a sleep; without knowing that she will take a very very long, deep sleep and never open her eyes again.

She died from having hypertension (high blood pressure). I was still remember that she ate too much salty food at the kenduri. When she returned home, she said that she got an extreme headache, and after that she fainted. When she was fainted, my sisters can't stop crying and my father kept on splashing water on my mother's face to wake her up. How about me? I just sat on my uncle's lap and was not allowed to get my unconscious mother. Then she was sent to hospital.

At night, and I really forgot what time it was, my oldest sister who was still crying answered a phone call from my father. I was sure that she is hoping good news from the hospital. After receiving call from my father, she cried loudly (louder than before) and almost shouting. Mak Cik Siti, my neighbor asked her why. Then, my sister said that, my mother is gone. After that, I could see everyone in my house, including Mak Cik Siti crying and sobbing. And I was still in blur not knowing what was exactly happened.

At the midnight, my mother's body was sent home. And I still remembered that I jumped happily and shouted "Yeay, mak dah balik!" without realizing that it was only my dead mother's body was sent home, not her soul. I could see my sisters cried louder when they saw I was happy seeing my mother was home. My mother was buried on the next day. Everyone kissed her before they closed her face with the kain kafan except me. They asked me to do so but I refused coz I was shy to kiss her in front of others. I can't kiss her with all eyes watching me! But, if I knew that my mother will leave me, I will kiss her and give my hug for her.

I followed them to the cemetery and seriously, I wondered why they buried my mother in the ground. I thought that my mother was playing a game; hide and seek perhaps, so I just ignored it. Guess what? I also cried there, but not because my mother was gone. But I cried because I can't stand to see my other family members were not stop crying from the last night and they even did not took any sleep. I felt pity on them till made me to started crying.

At the night, when villagers came to my house to recite the tahlil, I kept on searching for my mother. I kept on calling her name again and again. I searched all the house, every rooms, toilet, bathroom. I kept on "lalu-lalang" in front of the people that were reciting the tahlil to look for my mother but I can not find her. When I asked my sisters where my mother is, they did not answer me and just started crying.

Tired of searching, I sat on my uncle's lap. I could see my father was crying when he saw me searching for my mother. When I tried to reach my father, my uncle hugged me tight and I can not escape. My uncle said that my father is sad and should not be disturbed. On that night, when the villagers returned to their home, before everybody getting to sleep, I searched my mother for once again. Then, my father hugged me and said,

"Adik, mak dah tak ada. Dah tak ada buat selama-lamanya. Adik tak payah la cari mak lagi. Abah kan ada"

I just could not understand. Cos he said, "mak dah tak ada". For me, if she is "tak ada", it means that she went to somewhere and will returned home soon.

Then, my sister who can not stand to see me searching for my late mother, she scolded me severely!

"Ko ni tak paham ke? Mak dah tak de! Mak dah MATI!"

When I heard the word MATI, I just got the meaning. At that time, I just knew what exactly happened, I knew why my family members cried and I knew everything that I should know earlier. When I asked everyone, they just said my mother is gone. But, they didn't said that my mother is dead. But my sister, 5 years older than me, she did. She told me my mother was dead, not was gone as everybody else did.

Then, tears started streaming down my cheeks and I start shouting and calling for my mother. I begged my father to bring my mother home and I even insisted to go to the cemetery. If I would know that my mother is dead earlier, I will cry as everybody did, I will be sad as everybody did, I will kiss her for the last time as everybody did. And until now, I am still regret for not kissing her.

And now, my mother was gone for 14 years. Although I have a new mother (stepmother), and no doubt she is very kind. She is not like the other bad stepmother in the fairy tales. But what can I say is...step mother, although how much kind she is, will not replace my mother in heart. There is no one can replace my mother.

If my mother was still alive, I wish I can tell her,

Happy Mothers' Day~

Al-Fatihah! Fatimah binti Salleh. Still remember the date she was gone. February 15, 1997.

p/s : Of course I can't remember all what happened by myself as I was to young at that time. But, when I growing up, my father and sisters told me back on what happened. They tell me the story back so that I won't forget my mother. My father and sisters told me on what did I do when my mother was gone. That's why I know although I could not remember. But, I can imagine how. So, be grateful of having nice mother. :)