Wednesday, June 29, 2011

Miscellaneous

Exam kali ni menyakitkan hati
Sebab ada seorang mak cik yang suka buat bising time exam
Bengang sungguh patik dengan beliau.


Jasad di sini, fikiran melayang-layang entah ke mana.
Esok exam anatomy, dan aku mengalami phobia of anatomy sebab pernah ada sejarah hitam
Untuk anatomy ni, tak join study group pun...InshaAllah lepas ni join balik.


Pergi library, jumpa senior 5th year
Saya senyum, tapi senior tu tak senyum pun. Tarik muka lagi ada
Ok, lepas ni jangan harap saya nak senyum dah. Tak ambil kira walaupun anda seorang senior.


Call family, minta restu nak exam dan halalkan makan minum
Tapi lain pulak yang keluarga tanya, kakak tanya aku, "tahun ni nak baju raya warna apa?"
Aku tak tahu...kawan-kawan ada cadangan? Boleh jugak kalau kita pakai baju sedondon nanti. :P


Musim exam, mood selalu tak elok.
Kalau saya marah kamu, kamu jangan berkecil hati
Sebab mulut saya hanya menyebut, tapi hati saya tak bermaksud


Good luck exam kawan-kawan. Kalau mak cik tu buat bising esok, kita redha je.

p/s : Ada orang cabar saya. Dia nak bagi saya LE 100 kalau saya berjaya deactivate fesbuk selama seminggu. Ok, sila berpegang pada janji anda. Orang yang mungkir janji sifat munafik.

Monday, June 27, 2011

Terkilan

Assalamualaikum...Jarang sekali post kat blog ni aku mulakan dengan memberi salam. Ok, kali ni jadi baik sikit. Lepas ni kita jadi baik banyak ok?

Pernah tak korang rasa terkilan sebab tak dapat jawab beberapa soalan dalam exam?
Aku bukan pernah, tapi SELALU je rasa macam tu.
Kalau soalan tu memang aku tak tahu jawapannya, aku memang tak berapa kisah sangat kalau tak boleh jawab pun.
Tapi kalau soalan tu sebenarnya aku tahu jawapannya, tapi still boleh silap dan tak dapat jawab, itu memang memberikan aku kesengalan yang nyata.

Kita tahu jawapannya, tapi still silap sebab :

1) Tak ada confident
Kadang-kadang tu kita dah bulatkan satu jawapan tu dan sebenarnya jawapan tu betul. Lepas tu tangal gatal dan gedik nak ubah jawapan lain yang salah. Sebab kita rasa macam jawapan tu lebih betul. Memang gatal tangan ni, cepuk kang. Haih~


2) Overconfident
Kalau ada soalan, kita mesti terus baca pilihan jawapan dan terus bulatkan jawapan yang nampak macam betul. Budget je dapat markah fullmark kan? Ceh, perasan! Nyampah aku. Kadang-kadang kita lupa nak BACA SEMUA PILIHAN JAWAPAN. Mungkin jawapan A betul, mungkin C pun betul. Tapi kita bulatkan A. Last-last jawapan dia ialah D ; All the above.



3) Careless mistake
Quite same with overconfident. Berlaku bila kita tak baca soalan sampai habis ataupun baca soalan sekali imbas. Budget macam mesin fotostat je boleh scan laju-laju without salah. Careless mistake selalu dikaitkan dengan kekeliruan ; dua jawapan yang hampir sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh :

Renal lobule kita sangkakan renal lobe. Lalu aku jawab " medullary pyramid + mass of cortical area"..Padahal jawapan dia "medullary ray + mass of cortical area". Soalan ni hari tu aku salah. Ok, aku nak nangis sekarang.

Keliru juxtamedullary nephron dan medullary nephron. Perkataan hampir sama menyebabkan kita keliru. Juxtamedullary dan medullary.



4) Struktur ayat
Kadang-kadang, struktur ayat tu je dia ubah sikit. Contohnya, myelinated dia jadikan unmyelinated. Sikit sangat dia ubah sampai kita tak perasan. Kadang-kadang dia tambah perkataan "not". tapi kita tak perasan. Jadi, tak apa kalau kita selalu perasan. Biarlah orang cakap kita ni perasan. Perasan tu bagus sebenarnya. Haha..Ape aku merepek ni? Ya Allah~



5) Tak faham kehendak soalan
Tahu jawapan tapi tak faham sebenarnya apa yang soalan nak. Last-last salah juga. Haih~

Contoh : Differentiate between cells of corpus luteum. Sebenarnya yang dia nak adalah beza granulosa lutein dan theca lutein. Bukannya corpus luteum of menstruation dan corpus luteum of pregnancy!
jangan berhenti berjuang!! menuntut ilmu itu satu perjuangan

Harap-harap kawan-kawan tak melakukan kesengalan alam seperti yang telah dilakukan saya. Jadi lepas ni, no more rasa terkilan okeh bebeh? No more careless mistake keh? Lalala~ Ok adios kawan-kawan. Good luck exam anatomy.

Patik nak study betul-betul untuk anatomy ni sebab patik dan serik kena repeat time first year dulu. Tapi kalau kena repeat, dapat dedication khas dari Abang Rahim lagi tak?. Muahahah...Ok, Khairi! Stop mengarut and start studying! Selamat study kawan-kawan.Salam~
Minta maaf kalau ada salah silap =)

p/s : Bila tak dapat jawab soalan, jangan menyesal. Ingat balik yang Allah dah menetapkan rezeki masing-masing. Kalau tak dapat jawab, maknanya tak ada rezeki lah tu. Allah Maha Pemurah, InshaAllah nanti pasti ada rezeki kita kat mana-mana. =D

Sunday, June 26, 2011

SLE & Amyloidosis

Alhamdulillah, dah dapat tahu keputusan MultiSystem Disorders hari tu dan gembira bila section 3 dapat tempat antara yang terbaik. Tumpang gembira untuk Akmal, Farhana dan Alia. See? Setiap perkara ada hikmah. Orang mungkin kutuk kita, yang penting kita menang.

Bila aku ingat balik waktu pembentangan hari tu, aku tersenyum sendiri. Tu rasanya kali pertama aku bercakap di depan kawan-kawan satu batch. Jadi, lepas ni harap-harap tak adalah orang cakap aku tak pernah pergi depan bagi talk. Kelas gitu~

Hari aku bentang tu, aku bersyukur sangat sebab tak takut sangat. Gemuruh tu still ada, tapi tak exaggerate sebab :

1) Time aku present tu, aku tak pakai cermin mata. So, aku tak nampak aku bentang depan siapa. Aku tak nampak pun siapa yang tengah tengok aku bentang. Aku cuma nampak bayang-bayang orang.

2) Waktu tu cuma kawan-kawan lecture A je yang tengok aku bentang sebab kawan-kawan lecture B ada kuliah waktu tu. Bilangan orang yang tengok tak berapa ramai, jadi tak adalah takut sangat. Kawan-kawan lecture B pun ada yang tak pernah tahu pun aku bentang hari tu.

Sebenarnya, persoalan sekarang bukannya siapa menang atau kalah. Tapi,

Kalian faham tak apa yang dibentang?
Adakah kalian cuma datang kerana terpaksa?
Datang semata-mata support kawan?
Datang sebab suka tengok kawan bentang?
Atau pun memang ikhlas datang untuk ilmu/info?

Kalian betul-betul faham tak tajuk SLE yang aku bentang? Tahu apa itu SLE dan mekanisme dia?

SLE is type 3 hypersensitivity. Caused by autoimmune complex ....form thrombi .....accumulate in small blood vessel and obstruct it .......endothelial necrosis.......cause autoimmune reaction

titik (......) to stand for "leads to".Ok, kalau nak faham tajuk SLE ni, boleh la tanya kawan-kawan section 3 Group B dan D. InshaAllah kami boleh beritahu sedikit sebanyak pasal SLE. Penting untuk tahun klinikal, kelas skill hari tu baru je kitorang tengok patient dengan SLE. Jadi, take note that SLE ni penting. Ok, good luck exam kawan2. Salam~

p/s : Untuk tajuk Amyloidosis, boleh tanya Alia, Farhana, Alham dan Iqbal untuk lebih lanjut. :D

Saturday, June 18, 2011

Kucing Syndrome

Bukan Cushing ye. Tapi kucing..ngahaha...

Klik pada gambar untuk tumbesaran. Internet rumah aku lembab gile macam nak kena penampar je. Kalau physio praktikal kan, kalau baca buku je tanpa tengok slide revision, agak2 selamat tak? Hurm~

Thanks to Afiq Faiz for the idea~ :P Sorry, I know it was someone's idea but I forgot who was he.
Melukis untuk melepaskan stress. Good luck exam physio semua~

p/s : Tak baca lagi slide revision. Baca buku teks je.

Friday, June 17, 2011

Facebook Deactivated

Facebook is just like morphine. Addicting.
Hope it does not cause withdrawal symptoms.
Anggap ni sebagai cabaran : Nyahaktif akaun sepanjang musim peperiksaan
Fokus ye kita..Fokus!

Pernah terbaca status Nisa' Hashim
"Tak mati pun tak ada facebook"

Good luck exam kawan-kawan!

Thursday, June 16, 2011

Study Awal

Post kali ni ditulis untuk share sesuatu pengalaman waktu aku bekerja jadi fasilitator di SMK Jengka 2 dulu. Ok, sebelum tu kenapa aku tulis pasal ni tetibe kan? Ha..Sebab selalu dengar perkara ni..
"Buat apa study awal-awal, nanti nak exam lupa gak. Nanti kena baca balik. Sama je"

Erm..Aku tak adalah bagus sangat nak tulis pengalaman ni lagipun aku bukanlah seorang fasilitator yang baik. Cuma teringat yang ada sekali tu, aku kena ajar Matematik form 3 kat budak kelas hujung. Ok, take note the phrase "kelas hujung". Maksudnya kelas yang dihuni oleh pelajar yang agak lemah dalam akademik dan perlu diberi perhatian lebih.

Ada seorang pelajar ni, dia tak putus asa. Dia buat semua soalan yang aku bagi dan tekun dengar apa yang aku cakap ketika berada dalam kelas. Kerjanya tak pernah tak siap walaupun hasil jawapannya banyak salah. Kadang-kadang tu, dia cuma berjaya jawab kurang dari sepuluh soalan daripada 40 soalan objektif kesemuanya. Dan bila aku nampak dia tekun belajar dalam kelas, aku akan tanya "awak faham tak?". Dia selalunya akan jawab "tak faham". Dia tekun dengar apa aku cakap kat depan tapi dia tetap tak faham. Aku pun ulang ajar banyak kali, dia pun tekun dengar tiap kali aku ulang. Seronok mengajar orang macam tu.



Kalau kalian nak tahu, aku pernah terfikir kenapa Allah tak bagi kepandaian kat orang yang kuat usaha macam tu? Dia usaha bersungguh tapi tetap tak dapat kuasai subjek tu. Tapi Allah SWT Maha Bijaksana. Mungkin Dia nak tengok ketekunan pelajar tu dan Allah mungkin nak menguji keimanan pelajar-pelajar macam tu. Aku yakin, segala usaha yang budak tu buat mesti akan dapat ganjaran dari Allah SWT.

Dan aku pernah ajar budak kelas paling pandai. Bila kita ajar, mereka tak tumpukan perhatian. Bila ditanya mengapa, mereka akan cakap.."Dah belajar dah pasal benda ni. Asyik benda yang sama je." Secara jujur, aku selalu terfikir kenapa Allah SWT berikan kepandaian kat budak-budak sombong macam tu? Mentang-mentang Allah kurniakan kepandaian, dia buat malas pulak dengan study last minute, menyombong dengan guru dan belajar main-main. Tapi bila fikir balik, mungkin Allah nak uji mereka. Allah nak tengok samada mereka tahu bersyukur atau pun tidak.


Jadi, aku terfikir semula. Cuma ubah situasi tu dengan situasi kita di sini. Bukan semua orang yang dapat study di Mesir. Bukan semua orang dapat pinjaman Mara. Tapi kita sombong. Mentang-mentanglah dapat study di Mesir, dapat pinjaman, study pun main-main je. Ye lah kan, study last minute pun cemerlang jugak. Malah lebih cemerlang dari orang yang study awal! Kita sombong. Mentang-mentang Allah SWT bagi kepandaian sedikit kat kita, kita buat endah tak endah je pasal pelajaran.

Sedangkan kawan kita yang tak bernasib baik kat Malaysia, berhempas pulas nak dapatkan pinjaman, bersungguh-sungguh belajar dalam program asasi dan matrikulasi untuk dapatkan pointer yang baik supaya dapat ambik medik. Kita tak ada kesungguhan sebab "kita rasa kita dah dapat yang kita nak". Kita rasa kita dah dapat pinjaman, dan dah dapat study abroad. Sebab tu belajar pun senang lenang je.

Memang study last minute tu boleh cemerlang juga. Tapi study dari awal tu dapat pahala lebih la sebab usaha lebih awal. Jadi, kalau orang tu study awal tapi result rendah dari kita, janganlah kita hina dia. Mana tahu kalau pahala dia dapat lebih banyak dari kita walaupun result dia lebih kurang sama dengan kita. Sebab apa lebih banyak pahala? sebab dia usaha lebih! Jadi, jangan tanya,

"Eh, kau bukan selalu study awal ke? Takkan lah exam tak boleh jawab?"

Kita kena tahu yang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Dan Allah seringkali menguji hamba-hambanya. Dia memberi ujian kesusahan untuk melihat kesabaran kita. Dia memberi ujian kesenangan untuk menguji kita samada tahu bersyukur ataupun tidak. Ok la kawan-kawan, selamat study semua~

p/s : Suka ayat walid. Kalau pelajar malas belajar, lepas tu fail, pihak kami pun malas la nak runding terlebih dahulu bila Mara nak tarik biasiswa.

Tuesday, June 14, 2011

Apa Guna Pandai Tapi....

Beberapa hari yang lalu, aku study lebih masa sedikit. Sampai pukul 2 lebih, kemudian baru tidur. Padahal nak dekat subuh dah waktu tu, tapi aku tetap tidur.

Kemudian, keesokan paginya aku terjaga pukul 7 lebih. Astaghfirullah, terlepas solat subuh aku. Sedang aku bersiap-siap, abah telefon. Macam biasa, kalau abah telefon, dia akan bertanya khabar, pelajaran aku, makan minum aku dan solat aku. Abah tanya,

Abah : Solat ada tinggal tak? Jangan tinggal solat. Berdosa~

Aku : Tadi subuh terlajak la abah. Sebab study sampai lewat malam.

Kemudian, memang terkedu juga bila abah cakap...

"Apa gunanya kalau kita pandai, tapi kita tak buat apa yang Allah suruh? Kalau mu (loghat T'ganu) dapat banyak A pun, abah tak bangga kalau mu tak solat"

Haih,..sangat sedih di situ. Ye, memang betul cakap abah, Apa guna kita study sampai lewat malam tetapi tak buat benda yang wajib dan tersenarai dalam rukun Islam?

Abah kalau dah beri teguran, memang biasanya meleret-leret. Abah sambung lagi,
"Apa guna pandai kalau kita menyombong dengan orang. Apa gunanya pandai tapi kita selalu kurang ajar dengan orang. bla bla bla..."

Isy, memang sedih kena marah. Tapi marah tu baja. Marah tu tandanya sayang. Jadi, kesimpulannya sila letakkan agama anda di tempat pertama dan perkara yang lain-lainnya di bawah! Letakkan prioriti anda kepada agama ye kawan-kawan. Pentingkan agama dulu, baru pentingkan benda lain macam pelajaran.

p/s : Harap-harap kawan-kawan pun dapat pengajaran dari post ni. Salam~

Monday, June 13, 2011

Aku Tak Jaga Ukhuwah?

Sebenarnya dah lama aku nak tulis benda ni. Tapi berat rasanya nak tulis, bimbang jika ada antara rakan-rakan yang marah. Tapi, rasanya baik tulis daripada terpendam dalam hati macam ni.

Secara jujurnya, aku memang puji sangat batch doctors of 2014 ni sebab buat banyak program. Macam aktiviti sukan, jamuan dan macam-macam lagilah.Bagus sangat sebab selalu buat pertandingan macam rugby, futsal, bola tampar sesama batch dan macam-macam lagi. Dan ada antara yang ajak aku main, tapi aku tolak sebab aku tak pandai main. Memang aku tak pandai bersukan, bukannya sahaja mahu menolak.

Tapi tak enak pula bila ada yang kata aku sombong, kata aku tak pandai jaga ukhuwah, tak support batch dan macam-macam lagilah. Aku pelik. Takkanlah cuma sebab aku tak sertai program-program yang dibuat, aku terus dicop sebagai "sombong?". Bukankah banyak lagi perkara yang boleh aku buat untuk jaga ukhuwah dan mengeratkan silaturahim ni?

Aku rasa, pergi kuliah pun boleh erat hubungan. Tiap-tiap hari kita ke kuliah, tiap-tiap hari juga kita jumpa dan bertegur sapa kawan-kawan kita. Aku rasa, pergi program lain macam tafaquh ke apa pun boleh erat hubungan juga. Kat kelas tu nanti boleh berjumpa dan tegur menegur. Makan sama-sama di warung KSP lepas habis kelas pun boleh erat silaturahim. Jadi, rasanya tak eloklah kalau aku dicop sebagai sombong sebab aku tak pergi bersukan.

Ada juga yang cakap,

"Khairi, turunlah padang petang ni. Kita main suka-suka je. Bukan untuk menang. Kalau tak pandai main pun tak apa."

Senang dia cakap. Kalau aku salah main, korang memanglah suka-suka (ketawa) terbahak tengok aku tak pandai main. Tapi aku yang tak pandai main ni yang tak 'suka'. (bengang kena gelak nanti). Semua orang ada perkara yang dia suka, dan ada yang dia tak suka. Everyone has their own specialty. Sport may stimulate your centre of excitement, but sport stimulates my punishment centre.

Apa perasaan kalian kalau aku ajak korang buat benda yang aku suka, tapi korang pulak tak suka benda tu? Korang ikut tak? Mesti korang pun tolak kan? The same goes to me! Macam mana kalau tetibe aku ajak korang menari endang ke,nyanyi karaoke ke? So, janganlah memaksa orang buat benda yang dia tak suka.

Ada yang cakap,
Aku tak pernah tengok kau turun riadah.

Kalau kita nak buat sesuatu, kita tak perlu nak menunjuk kat orang. Aku selalu je jogging petang-petang dari Sporting ke Syatby. Kalau kalian tak pernah nampak orang tu riadah, jangan terus assume yang orang tu tak pernah riadah. Nak buat macam mana kalau kebetulan time aku riadah tu korang tak nampak. Takkan lah nak call pulak bagitau semata-mata yang kita nak riadah. Ok, nanti aku nak try call lah. Aku nak cakap..

"Hello, weyh. Aku nak riadah ni. Jom la tengok aku riadah. Nanti cakap aku tak pernah riadah pulak."

Bole ke cakap macam tu? Haih..kalau kita buat sesuatu, tak perlu nak menunjuk kat orang! Lagi satu, jangan sebab orang tak sertai sukan yang batch buat, terus kita cop orang tu sebagai sombong! Dan setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Everyone has something which he/she is good at. Jadi, please respect each other!

p/s : Bukan jenis minta perhatian dengan buat kontroversi.

Friday, June 10, 2011

Bayangkan JIKA Malaysia dijajahi Israel

This post title is terrifying huh?

Bayangkan kalau ada ahli keluarga anda yang tersayang sakit tenat,
dan perlu dibawa ke hospital dengan segera, tapi ditahan oleh askar yang jahat tu
Anda sanggup lihat keluarga anda meninggal dunia dalam perjalanan?
Yes, you may save their life if you're a doctor. But, do you have enough equipment and devices to save them?



Kadang-kadang diri ini terfikir, jika aku dipanggil untuk menentang pasukan yang kejam itu, adakah aku akan undur diri dari medan perang sebagai seorang pengecut? Nauzubillah~

p/s : Ya Allah, selamatkanlah saudara kami di Palestin. Amin~

Tuesday, June 7, 2011

Post Emosional Itu Aku Padam

Ada yang bertanya, kenapa kalau tulis sesuatu yang emosional, pasti akan aku padam tak lama kemudian? Mereka tanya, "Kau tak penat ke tulis panjang-panjang, lepas tu padam terus?"

Ok....Bila aku tak ada mood, samada baru lepas gaduh, sakit hati atau marah,

1) Aku tulis dalam blog untuk lepaskan geram. Kalau tak lepaskan geram, rasa macam terpendam.

2) Aku akan padam balik post emosi tu sebab aku tak nak ingat balik perkara yang buat aku marah tu. Kalau aku baca semula post emo aku tu di pada masa akan datang, aku akan teringat balik, nanti rasa sakit hati tu akan datang semula. Tak elok marah-marah ni, baik lupakan.

So,

Aku tulis untuk meluahkan
Aku padam untuk melupakan

Bukankah melupakan sesuatu yang boleh buat kita marah tu sesuatu benda yang bagus?
Bila pergaduhan tu berlaku dari salah faham, itu bermaksud tiada siapa pun yang bersalah~

p/s :Sekarang pun tengah marah. Marah sebab banyak benda. Marah kat ramai orang. Cuma boleh pendam dan buat senyap. Tak sabar nak balik Malaysia, nak lupakan semua tu.

Friday, June 3, 2011

Synthesis of Digimon

Tak sia-sia aku tengok Digimon. Boleh berimaginasi untuk subjek biochemistry nih. Haha...

Contoh : V-mon boleh pilih, samada dia nak bertukar jadi Fladramon ataupun Lightdramon.


Ini veemon!
Kalau Veemon nak bertukar jadi Fladramon, dia kena guna Crest of Courage.
This is egg of Courage. And if Veemon use this egg, it will become.....

Fladramon!

Tapi, kalau dia tak nak tukar jadi Fladramon, dia boleh guna Egg of Friendship untuk evolusi jadi benda lain.
This is egg of Friendship, and it will become...

Lighdramon!!

Ok, same goes to Inosine Monophosphate in the purine biosynthesis. IMP can become AMP or GMP.

If IMP undergo oxidation by degydrogenase, it will become XMP, and then being transaminased and lastly be GMP!

If IMP is added with aspartate and helped by AMPS (adenylosuccinate) synthase, it will become AMPS and then need adenylosuccinase to release fumarate and then become AMP!

Ok, sekian sahaja imaginasi saya pada hari ini. If you imagine the subject as something interesting, you will enjoy studying it! Ok, nak sambung study! Lepas exam nak sambung tengok digimon.

p/s : Good luck kawan-kawan untuk exam biochem esok!