Tuesday, November 29, 2011

Rasa Hina

Tadi berlaku peristiwa yang menyentuh hati aku. Erm, mungkin peristiwa ni nampak biasa tapi aku yang tersentuh lebih.


Tadi, waktu nak solat Zohor di masjid, aku pun bergegas keluar dari perpustakaan nak pergi ke masjid di luar universiti. Aku pun tak tau nama masjid tu, tapi masjid tu dekat dengan gereja besar dan budak-budak melayu memang ramai solat kat situ.


Bila aku lalu depan kedai topap di sebelah farmasi tu, aku nampak ada seorang mak cik peminta sedekah berniqab di situ, sedang duduk bersila, meriba anaknya sambil mengharapkan ehsan orang ramai untuk memberinya sedikit wang.


Kemudian, ada seorang perempuan arab lalu di hadapan peminta sedekah tu. Tanpa dia sedari, duitnya tercicir (terkeluar dari poket) dan secara kebetulan duit perempuan tu jatuh tepat di hadapan peminta sedekah tu. Tanpa menyedari yang duitnya tercicir, perempuan tu terus berjalan.


Aku sangka, mak cik tu akan ambil duit tu. Iyalah kan, aku fikir tentunya dia bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Sudahlah dia inginkan duit, duit pula terjatuh di depan. Takkan tak mahu ambil benda yang diinginkan?


Tapi aku silap. Kemudian, mak cik tu panggil semula perempuan tadi yang sudah agak jauh di depan. Mak cik tu terus memanggil sampai perempuan tu menoleh ke belakang. Mak cik tu maklumkan kepada perempuan tu bahawa dia keciciran wang. Perempuan tu pun ambil semula duitnya yang terjatuh tu dan mengucapkan terima kasih kepada peminta sedekah tu.


Peminta sedekah tu dapat habuan tak dari perempuan tu? Jawapannya : TAK! Selepas mengambil kembali duit yang tercicir , perempuan itu terus pergi meninggalkan peminta sedekah tu tanpa memberi apa-apa pun kecuali sebuah ucapan terima kasih.


Mengucap panjang aku. Astaghfirullah~ Aku rasa sangat berdosa sebab buruk sangka kepada mak cik tu. Aku sangka, tentunya dia akan mengambil duit orang yang tercicir tu. Maklumlah, peminta sedekah mahu apa lagi selain duit?


Tapi hakikatnya? Mak cik tu dengan baik memanggil semula perempuan tu untuk memberitahu bahawa duitnya tercicir. Mak cik tu tak ambil pun duit tu. Aku puji sikap mak cik peminta sedekah tu. Pendapat aku ; kalau orang bagi ,mungkin baru dia terima. Cuma menerima apabila diberi, tapi tidak memaksa supaya diberi. Mak cik tu cuma mahu rezeki yang halal. Dia juga tahu duit curi itu haram.


Aku tersentuh.....
Aku rasa aku sangat teruk kerana menilai orang terlalu cepat.
Aku rasa aku bodoh kerana menilai orang melalui luaran.
Aku rasa aku hina sebab pandang rendah kepada mak cik tu sedangkan dia jauh lebih mulia dari aku.
Aku rasa jahil sebab memandang rendah kepada makhluk Allah sedangkan siapalah aku untuk mengkritik ciptaan Allah yang semuanya sempurna.
Aku rasa aku sangat berdosa.


Sedangkan mak cik itu ingin mencari rezeki yang halal. Cuma mengambil wang yang orang beri sahaja, tapi tidak mengambil wang orang tercicir.Subhanallah~

Insaf sikit, Khairi!Jangan cepat judge orang. Kena malu dengan mak cik tu. Bersyukurlah~!

P/S : Aku rasa aku lebih hina dari peminta sedekah. Aku buruk sangka dengan dia, sedangkan dia lebih baik dari aku. Sangat tersentuh~

Monday, November 28, 2011

Surgery


Saya takut, senior kata ramai yang fail surgery.
Hampir separuh katanya.
Saya dah la tak pandai dalam topik surgery ni
Kalau dalam kelas, banyak soalan saya tak dapat jawab.


Senior kata exam surgery susah.
Saya dah la cepat cuak
Saya baca buku, terlampau banyak sangat perlu dibaca
macam tak sempat rasanya


Senior kata, kalau nak survive kena study group
Saya tak selesa kalau study group
Saya suka study sorang-sorang,
tapi kalau saya tak tau, saya tanya je orang.
Tak leh survive ke saya?



Exam surgery dah dekat,
Apa yang saya tahu? Entah, tak tahu~!
Saya banyak post tentang motivasi, tapi hakikatnya, saya sendiri yang lemah motivasi diri


p/s : Ya Allah, jauhi aku dari sikap lemah dan malas.

Saturday, November 26, 2011

Jangan Lemah! Keep Going~

Aku rasa stress.

Homesick + bengang dengan orang + tak leh nak fokus study
Rasa macam diri ni lemah sangat, otak serabut
Kalau ada masalah, susah nak belajar
Rasa macam dada macam sesak dan sempit

Bila muhasabah balik....

(Surah Al-Fatihah 1:5)

"Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan"


(Surah Al-Mu'min 40:60)

" Dan Tuhan kamu berfirman : berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa kamu"


Allah Maha Mendengar. Kalau ada masalah, tak perlu sebenarnya untuk aku rasa stress. Kerana Allah sentiasa ada untuk kita setiap masa.

Sepatutnya cuma perlu mengadu kepada Allah dan mohon kekuatan. Doa itu kan senjata mukmin.

Jadi, kalau kawan-kawan yang baca blog ni rasa "down" , ada banyak masalah sampai rasa tak ada semangat, ingat dua ayat Quran kat atas ni ye? :-)


p/s : When you feel like there is no way out, let God in.Let Allah be in your heart. Then you'll find the way.


Wednesday, November 23, 2011

Jangan Cepat Menilai

Okay, aku tahu ramai sangat yang sakit hati dengan blog ni. Sampai kat luar pun perli-perli aku. Tapi memang padan muka aku lah kan, siapa suruh tulis sesuka hati sampai buat orang lain terasa hati. Kalau orang lain perli-perli kat luar, tu memang aku berhak lah kena macam tu. Kira macam balasan lah tu.


"Eh, jangan bergurau dengan dia ni. Nanti masuk blog."

" Jangan buat benda bukan-bukan depan dia ni, nanti dia tulis dalam blog dia"


Okay, aku rasa macam stress juga bila dengar orang cakap macam tu. Aku tahu, they really mean it lagipun diorang mungkin sakit hati sebab diorang ingat apa yang aku tulis tu, aku tujukan kat diorang.


Aku mengaku aku manusia biasa yang cepat menilai dan suka bertindak terburu-buru. Jadi, kalau orang perli-perli aku macam tu pun, aku dah tak kisah. Sebab aku tahu tu salah aku. Aku pun redha je lah, salah aku jugak kan yang tulis bukan-bukan sebelum ni. Jadi, padan lah muka bila kena ejek macam tu. Pandai-pandai lah face the music, tanggung risiko sendiri.


Allah SWT sendiri menjelaskan dalam Surah al-Anbia 21 : 37 yang bermaksud

"Manusia memang makhluk yang diciptakan suka tergesa-gesa dalam segala perkaranya"


Aku manusia lemah, jadi tak terlepas dari sikap tergesa-gesa ni. Aku pun sesal sebab ikut nafsu yang cepat sangat menilai sesuatu keadaan.


What can I say is, aku memang menyesal tulis benda yang aku tak kaji dulu sebelum ni. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah lepas bukan boleh buat apa pun. Aku cuma mampu padam balik je apa yang aku tulis tu. Tapi masih belum mampu hapuskan rasa sakit hati orang yang "kena" tu. Jadi, aku memang deserved lah kena perli dengan korang pun. Do as you like! Nak perli, perli lah. Nak kutuk, suka hati lah.


Tapi inshaAllah, aku try lah elak dari buat benda yang sama lagi. Aku cuba elak dari tulis benda menyakitkan hati. Dan kalau aku terlupa, masih buat benda yang sama, kalian tolonglah ingatkan aku. Aku pun manusia biasa yang banyak lupa.

mohon maaf sesangat~

p/s : "Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan."

Monday, November 21, 2011

Parts of Growing Up


Winter and cold breeze
My home as if surrounded by moat
I want a warm hug from my mother
But what I can get only an old blue blanket


Problems and messy life
Feel like there's no point of keep holding on
I want to share my problems with my father
But what I've found only a folded praying mat


Study and stress
Exams are just around the corner
I want to hear the magic words from my sisters
But what I've found only a dusty Quran


That's true
I can't put everything on them
I have to learn by myself under guidance of Allah
I have to learn to cope the stress, solve the problem, and have a little patience!


Just be grateful with the old blanket coz some other people are less fortunate
Use the praying mat and ask for some magic from Allah
And open the dusty Quran and wash some dirts and hard stains on my heart


Ya Allah, please give me strength!

Friday, November 18, 2011

Rain


Baby, it's cold outside.

Hujan masih belum berhenti, macam mana demam nak kebah kalau hujan masih turun?
This non stop raining worsens my fever and sore throat.

Waiting for this fever to go away, is just like waiting for this rain to stop.
Pointless and disappointing.

That's why I never wish to go to any country which snow is falling.

Thursday, November 17, 2011

Sakit ke Malas?

Orang kata, kalau nak tengok kawan tu kawan sejati atau tak, tengok dia waktu kita susah. Aku rasa terharu bila aku tengah sakit terbaring atas katil tadi, kawan-kawan groupmate datang ziarah siap bagi buah tangan lagi. Rasa macam diri ni dihargai jugak la~ :P


Alhamdulillah, sekarang ni dah tak teruk sangat panas ni, cuma ada incomfortable in swallowing, skin rash and dry mouth je kot. Aiceh, complaint tak boleh blah kan? Mentang-mentang la ambik medik.


Tadi tak pergi kuliah. Rasa rugi bila kawan-kawan kata hari ni belajar benda menarik pasal intubation. Siap ada buat praktikal lagi. Memang jealous rasanya tak dapat hadir. Bila tak pergi kuliah, rasa macam masa banyak terbuang, tak tau nak buat apa.


Aku buka buku, sakit kepala datang lagi. Tak boleh nak fokus sepenuhnya. Housemate suruh rehat, tak payah study nanti lagi exaggerate sakit kepala ni. Tapi bila baring, rasa macam kosong.

Rasa macam diri ni tak berfungsi. Tak boleh nak study. Bila study rasa sakit kepala. Nak rehat sampai betul-betul sembuh? Well, that sort of wasting time. Tapi kalau baca buku jugak walaupun demam, nanti tak masuk dalam kepala jugak.


Aku dah konpius. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Last-last aku tidur, tak study sebab tak larat + MALAS. :P

Wednesday, November 16, 2011

Kita Milik Allah

Semua benda yang kita ada ni sebenarnya pinjaman je dari Allah SWT. Memang rasa sedih bila dapat tahu tentang pemergian Dr.Haitham. Bagi aku, dia doktor anatomy paling best yang pernah aku ada. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.


Dan sekarang aku demam panas. Mungkin migrain sebab mata aku juga sakit. Mungkin demam dek dingin musim sejuk. Sudahlah demam dan sakit kepala, seluruh badan juga naik gatal-gatal macam "rash", "edema". Tak tahu kenapa. Sangat terseksa.


Tapi aku bersyukur satu benda walaupun sakit. Aku bersyukur sebab dengan rasa sakit ni, aku sedar yang aku ni cuma insan yang lemah, cuma boleh berharap kepada Allah swt untuk menyembuhkan sakit dan demam aku ni.


Dan bila sakit macam ni, aku rasa macam nak berada di samping keluarga. Aku rindukan mereka yang selalu menjaga aku bila sakit. Memang di waktu ini, rasa nak berada di sampin keluarga. Menangis bila aku teringatkan keluarga.


Bila sakit, aku sedar yang kalau Allah nak tarik nyawa aku, bila-bila je dia boleh ambil nyawa aku.



‎"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

Sunday, November 13, 2011

Semakin Dingin

Cuaca semakin dingin
Saratoga masih belum dihantar ke dobi
Kini masih lagi menggunakan selimut nipis zaman sekolah
Makan pun bertambah-tambah, badan tak naik-naik


Iskandariah semakin dingin
Semakin bnyak topik yang aku belajar di universiti
Sampai terkejar-kejar nak membaca
Namun masih belum dapat "cover" semua topic yang dipelajari
Jika Iskandariah semakin dingin, semakin banyak masa tidur
Jika makin banyak tidur, makin sikit masa belajar dalam sehari


Emosi semakin dingin
Selalu tak puas hati dengan orang, padahal salah aku sendiri
Selalu kecil hati dengan orang, padahal orang cuma bergurau
Selalu tulis post emo kat blog dek emosional keterlaluan


Sekarang kena study banyak, sebab cuaca semakin dingin
Sekarang kena makan banyak, sebab cuaca semakin dingin
Tidur tak boleh banyak, walaupun Iskandariah semakin dingin
Bersabar kena banyak, jangan ikutkan emosi yang dingin
Berdoa kena banyak, supaya Allah tenangkan hati yang dingin


Di waktu dingin, aku cuma mampu study dalam selimut. Begini lah rupa aku study di musim sejuk....
Study sambil berselimut...no matter what, cold winter or breeze, I must study!


Sejak kebelakangan ni, post aku makin mengarut. Aku pun menyampah bila baca balik. Korang redha je la ye?

Saturday, November 12, 2011

Aku Bukan Tunggul Kayu

Aku bukan batu
Yang tak ada perasaan dan tak kisah orang ejek, kena kan/ permainkan aku.
Aku pun tak akan biarkan diri dari terus kena palu

Aku bukan tugu
Yang kamu boleh buat kesalahan, minta maaf dan buat lagi kesalahan yang sama berulang kali.
Aku pun tak larat nak maafkan banyak kali.

Aku bukan tunggul kayu
Yang orang boleh buat sesuka hati, gurau secara kasar banyak kali
Aku pun tahu rasa kecil hati

Aku bukan tiang lampu
Yang bila kamu dalam gelap dan susah aku dicari,
bila kamu senang dan hari dah cerah aku kena pergi
Aku pun nak ada kawan sejati

Aku bukan ikan puyu
Yang boleh hidup atas darat lama-lama, yang boleh tahan dipermainkan/dibuli lama-lama

Aku adalah aku
dan aku memberi respons!

p/s : Kesabaran ada tahapnya, ada sampai di suatu tahap kita ingin meletup.
Tapi sebaliknya kita malas nak marah orang macam tu sebab memang dah tak ada guna.
Jadi baik anggap macam orang tu tak pernah wujud dalam hidup kita.

Thursday, November 10, 2011

Ziarah Makam di Pagi Raya

Pagi raya Aidiladha hari tu, sesudah makan , Ustaz Quddus mengajak aku untuk bersama-sama menziarahi makam Nabi Daniel dan makam Luqmanul Hakim. Pada mulanya aku keberatan untuk pergi sebab aku perlu bersiap ke seminar ibadah pesakit pula pada tengah hari.

Tapi tak tergamak pula untuk membiarkan Ustaz Quddus,Utz Khaidir dan Ustaz Fadhil berjalan-jalan tanpa ditemani sesiapa. Ustaz Quddus terkejut bila dapat tahu yang aku tak pernah menjejakkan kaki ke makam tu sebelum ni walaupun sudah hampir 4 tahun aku berada di bumi Alex ni!


"Enta dah 4 tahun kat Mesir ni tapi sekali pun tak pergi makam tu? Kan dekat je?"


Adus~! Malu sungguh rasanya bila disindir sebegitu. Bila sampainya kami di Syari' Nabi Daniel, kami lihat pintu pagar utama ke Masjid Nabi Daniel itu ditutup.Hampa. Seorang lelaki yang berniaga di situ mencadangkan kami untuk mengetuk sebuah pintu kecil di sebelah kanan masjid.
(Ruang dalam masjid Nabi Daniel)

Alhamdulillah, siak/penjaga masjid menyambut baik kedatangan kami. Pintu masjid dibuka dan kami dibawa ke ruang bawah tanah masjid yang menempatkan makam Nabi Daniel dan makam Luqmanul Hakim.

Rasanya lebih baik jika kita tahu serba sedikit kisah Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim ni. Kisah Luqmanul Hakim memang ada dalam Quran, malah siap ada Surah Luqman lagi. Tapi kisah Nabi Daniel ni susah sikit nak cari bak kata ustaz.

Jadi, aku try tengok info dari wikipedia, tapi wikipedia kita tak boleh percaya sangat sebab kita pun boleh edit. Cuma baca je lah. Baiklah, kepada pembaca blog ni kalau nak tahu kisah mereka berdua boleh la cari di Internet. Dan baca surah Luqman dan maknanya sekali.
(Di depan kami ialah makam Luqmanul Hakim, di belakang makam Nabi Daniel)

Alhamdulillah, memang ada hikmah aku ikut ustaz pada hari tu. Aku dapat tengok makam yang selama ni memang aku tak pernah jejak. Di pagi raya, selain menhayati kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s, aku juga berkesempatan untuk menziarahi makam Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim. Alhamdulillah...


p/s : Aku rasa macam nak pergi Sinai lagi sekali sebab hari tu aku pergi Sinai tapi tak ambil iktibar. Apa yang ustaz terang kat depan aku tak dengar, sebaliknya aku dengar mp3. Kalau dapat peluang pergi lagi sekali aku nak selami betul-betul kisah dan sejarah di sebalik Bukit Tursina, kisah Lembu Samiri dll.

Harap-harap PCI buat lagi jaulah ke Sinai. :P

Rujukan (boleh klik kat rujukan ni) :
4) Makam tak semestinya jasad ada di situ, tapi mungkin hanya tinggalan seperti kesan tapak kaki atau dll. Wallahu a'lam

Wednesday, November 9, 2011

Study Jom!

Hari ni buka blog-blog orang lain. Most of the topics are....Wordless Wednesday! Pelik ah! Kenapa mesti wordless Wednesday? Wordless sangat ke wednesday kau tu? Speechless sangat ke hari rabu ni? Hari lain tak wordless ke? Aiseh...Buat lah wonderful wednesday ke, weird wednesday ke..

Okay, itu mukadimah untuk hari ini. Baiklah, mari kita start study ye kawan-kawan. Exam sudah dekat. Kepada sesiapa yang ambil surgery macam aku ni, jangan ingat exam jauh lagi kita boleh relaks ye! Sila study! Chow~!

p/s : Masih tercari-cari macam mana nak study surgery. Ada cadangan?

Tuesday, November 8, 2011

Leadership

Salam...Okay, tajuk ni nampak serius tapi sebenarnya tak adalah serius mana pun. Alhamdulillah, seminar ibadah pesakit dah pun berakhir. Memang aku sangat berpuas hati dan berbaloi rasanya dengan bayaran LE 80 tu. Dewan mewah, makanan ok, pembentang hebat-hebat, ahli panel forum mantap-mantap dan persembahan nasyid sangat gempak.

Aku rasa team nasyid Alexandria ni dah boleh rakam album sendiri. Best sangat suara diorang ni. Okay, ini sudah lari dari topik pulak kan?

Okay, waktu dengar saudara Syafiq Hamdani jawab soalan panel tu, memang aku rasa kagum lah. Cara dia cakap tu relaks dan nampak santai tapi ada 'isi'. Tak adalah macam sesetengah orang yang cakap berapi-api tapi isi kadang-kadang diulang benda yang sama cuma olahan je yang berbeza.

Apa yang aku nak cakap ialah aku memang boleh nampak lah sifat kepimpinan yang ada kat Dr.Syafiq Hamdani ni. Waktu dia cakap memang aku diam je dengar satu-satu apa dia cakap. Sebutan jelas sebiji-sebiji perkataan keluar dan paling penting, dia cakap dalam keadaan tenang je. Tak adalah gelabah semacam atau tergagapp-gagap bila berada di hadapan orang ramai.


Okay, persoalannya ialah kita ni tak nak contohi beliau ke? Okay, memang aku kena belajar untuk mengambil nilai-nilai yang aku boleh nampak dari beliau tu dan cuma 'adopt' dalam diri. Bukan cuma sekadar tengok orang dengan rasa kagum sahaja, kenalah juga ambil pengajaran dan berazam nak jadi macam tu.


Baiklah, sekian sahaja post yang tidak penting dari saya. Akhir kata, selamat bercuti kepada kawan-kawan yang membaca blog yang tidak berilmiah ini. Selamat hari raya Aidiladha!

p/s : Tahniah siapa-siapa yang sama-sama menjayakan seminar tu. Cos the seminar was really damn great!

Thursday, November 3, 2011

It Hurts

Words can hurt!
Especially when someone who say those words is important to you

Ops~

Silence can hurt too!
Especially when someone who remains silent is important to you!

Tuesday, November 1, 2011

Analogi Seorang Menteri

Bayangkan ada seorang menteri. Contohnya menteri tu diberi duit dan diamanahkan untuk guna duit tu bagi membantu rakyat. Dan macam mana perasaan kalau menteri tu tak guna duit tu untuk rakyat, malah guna untuk diri sendiri, apa perasaan anda?


Mesti anda akan cakap, "menteri makan duit rakyat" lah, "menteri guna duit haram" lah apalah.

Okay, sekarang reflect kat kita sendiri. Bayangkan..... Ini adalah analogi

duit peruntukan diberi kepada menteri tu
duit tajaan kita/duit parents kita.

Menteri diamanahkan bantu rakyat dengan duit tu
kita diamanahkan study ke mesir dengan duit tu

Menteri tak guna untuk rakyat, guna kepentingan sendiri
Kita tak guna untuk study, pergi lecture. Malah lecture selalu ponteng sebab malas/main game, tapi duit tu digunakan untuk melancong, beli gadget mahal, makan restoran mewah, pergi gym dan buat benda lain.

Kita cakap menteri guna duit haram sebab duit peruntukan diguna untuk diri sendiri
Er...duit kita pakai ni tak haram ke kalau tak guna untuk pergi lecture dan study? Sebaliknya buat benda lain? Nak buat benda lain boleh, tapi jadikanlah benda tu sebagai sampingan!

I repeat...
Nak buat benda lain boleh tapi jadikanlah benda tu sebagai sampingan.


Aku tau kalian pandai kalau tak pergi lecture pun result flying colours. Aku jugak markah yang rendah dari korang. Kalau tak datang sebab injured/sakit/ ada hal penting yg tak dapat dielakkan tak apalah. Nak buat macam mana kan? Bukan kita minta pun nak jadi macam tu.

Jangan pergi gym hari-hari tapi kelas 4 hari seminggu.

p/s : Siapa makan cili, dia lah rasa best!