Monday, January 30, 2012

Cinta Thalassemia #1

Tadi dalam klinikal round, dapat pesakit menghidap Thalassemia. Memang boleh nampak apparent character features kat patient ni. Thalassemia ni penyakit darah; darah abnormal.

Tadi doktor aku ceritakan bahawa ada seorang pesakit ni, dia menghidap Thalassemia. Arwah kakak kepada pesakit ni juga menghidapi penyakit yang sama dan penyakit ni membawa dia kepada ajalnya (dengan izin Allah).

Doktor menimbulkan persoalan. Doktor kata, ini semua salah ibu bapanya. Kalau dah tahu anak yang pertama lahir ke dunia itu menghidap Thalassemia, kenapa masih mahu mengandung buat kali kedua? Sudah kemungkinan besar anak yang seterusnya juga menghidap penyakit yang sama!


Doktor kata,

"There's nothing we can do to treat this patient. We just delay the time of death and treat some symptoms. Sooner or later, she will die as her sister did!"

Aku terkedu. Memang tak ada cara ke untuk rawat penyakit ni? Doktor kata,

"If we do not treat the patient, the patient will die because of the complications.
And even if we treat them, they will die because of the treatment"

Kenapa mati melalui rawatan? Iyalah, pesakit ni perlu buat blood tranfusion secara kerap. Mungkin satu paket darah setiap bulan, atau setiap dua minggu ataupun satu untuk setiap minggu.

The transfused blood; most of them will undergo haemolysis and cause haemochromatosis. Deposition of iron to pancreas cause depletion of B cells which cause inhibition of insulin release. This leads to Bronzed Diabetes and then the complications of diabetes occur.
Betulkan kalau saya salah, tambahkan kalau saya kurang.

Jadi, doktor kata ibu bapa kena tahu status darah mereka dulu sebelum berkahwin atau ingin mempunyai anak. Kalau kedua-dua mereka menghidap Thalassemia Minor, mereka tak boleh mempunyai anak atau kemungkinan besar anak yang lahir akan menghidap Thalassemia Major.

Aku pelik. Kenapa begitu? Aku cuma tertanya-tanya.Bagaimana KALAU kita sudah sayangkan seseorang itu, dan telah memasang impian untuk berkahwin dengannya dan ingin mempunyai anak dengannya, adakah kita terpaksa membatalkan hasrat itu bila kita dapat tahu kedua-dua kita mempunyai Thalassemia Minor?

Adakah perasaan cinta tu terpaksa dikorbankan?

p/s : Post ni panjang sangat. Sampai kena sambung next post. :P

8 comments:

kepalakotak said...

cinta itu kan pengorbanan.

TomYaM bAsi said...

huhu.. bila kata cinta thalassemia teringat cerita kakak ipar.. dia keje kat HKL.. ader sepasang kekasih ni jatuh cinta mase sama buat blood transfusion... pastu nak kahwin.. puas doc dengan nurse nasihat .. diorg tetap nak kahwin..dah terjatuh cinta nak buat macam mane... huhu

Syafinaz Alizaini said...

at the first place pon dorang tak tahu pon dorang akan jatuh cinta kot. dorang tak tahu pon dorang ada thalasemia minor. and maybe kat mesir tak de screening untuk thalasemia.maybe they're poor& less educated psl bnda2 ni.

aku caya dorang tak nak pon anak dorang ada penyakit n mati mcm tu.because of them.
tapi skrg benda da jadi. mungkin ni la ujian Allah tuk dorang.

one the three children wouldnt be affected. may be they rely on that.

"dont the blame the sick for the sick"

;)

Khairi Malik said...

Aminh = kalau macam tu, cinta tak menjanji kebahagiaan.

Kak Mardhati Najwa=
erm, kahwin okay tapi kena ambil anak angkat la kot. Ke tak? huhu

Irna =
Itu la...jadi macam mana ye? kesian kan? Harap-harap pasangan ni tabah.

abu said...

cintak muka bulu

Anonymous said...

percaya tau tidak bukan itu yg parents nak...even diorng thu anak mereka berpenyakit kenapa diorang tak usahakan untuk dpatkan another children yg normal kan??sebelum tu ketika mereka kahwin xde smua bnda nie still lgi x wujud atau tiada pendedahan...jatuh cinta sesama talasemik perlu dielakkan..tpi klau semua pndang serong pada pskit tlasemia mcm mna??then langsung tiada org nk mendekati diorng??depressed bukan??thasemik juga manusia biasa yang mengharapkan normal life like other people..to all please open ur mind pesakit thalasemia boleh melakukan ap sahaja... :D

Anonymous said...

*sorry mksud sya ujian saringan tlasemia still lgi tidak wujud atau tiada pendedahan...

Din said...

Pesakit Thalassemia boleh hidup lama la. Bukan saja bergantung pada blood transfussion, tapi juga Iron Chelation.

Read more:
http://www.thalassemiapatientsandfriends.com/index.php?topic=1643.0;highlight=life+span