Tuesday, January 31, 2012

Cinta Thalassemia #2

Sambung semula entri sebelum ni. Doktor bawa masuk seorang pesakit Thalassemia. Kali ni seorang lelaki, 19, tapi sekali imbas rupa fizikal lelaki ini persis seorang kanak-kanak berumur 8-10 tahun.

Setelah mengambil data pesakit, doktor teruskan dengan pemeriksaan. Rasanya tak perlu tulis apa common finding yang dijumpai pada pesakit ni. Tapi yang pasti, ada beberapa perkara yang bukan dalam keadaan normal.

Kemudian, doktor berborak-borak dengan penjaga pesakit. Sementara itu, kami terus memeriksa pesakit.

Doktor beritahu kami serba sedikit tentang ibu bapa pesakit tu.

Doktor bilang, ibu dan bapa pesakit tu memang masing-masing mempunyai Thalassemia Minor. Bapanya berkahwin dengan sepupunya sendiri; ibu dan bapanya adalah sepupu! Tidak lama selepas anaknya (pesakit) menunjukkan simptom Thalassemia, ibu dan bapanya bercerai.

Dan sekarang, bapanya sudah mencari pengganti, seorang ibu tiri buat si pesakit. Ibu tiri yang mungkin bebas dari gene Thalassemia.

Jadi, persoalan aku terjawab. Adakah cinta pasangan Thalassemia terpaksa dikorbankan? Jawapannya : YA!

Mungkin kita dah pernah berjanji sama-sama nak mengecapi hari-hari bahagia bersama-sama. Tapi bahagia yang datang tu sekejap sahaja kerana kebahagiaan kita akan 'melahirkan' penderitaan seseorang. Kemudian, kebahagiaan kita juga akan bertukar menjadi satu keperitan. Dan mungkin akan menjadi suatu penyesalan.

Kadang-kadang kita kena berkorban untuk orang lain. Jangan cuma fikir tentang kepentingan diri, sebaliknya fikir juga tentang kepentingan orang lain dan apa kesan yang bakal diterima oleh anak yang bakal lahir nanti.


If you really love a person, and both of you are Thalassemia carriers, please do not be together.
You might think you're fated together. But you're wrong. Allah already had chosen the right person out there for you. Jadi, mungkin dia bukan jodoh kita yang sebenarnya. Allah lebih tahu~
Fikir tentang anak-anak yang bakal lahir~


1)Pada awalnya, mungkin mereka pun tak tahu yang mereka ada Thalasemia Minor.
2) Dan mungkin di Mesir ni kurang kesedaran screening untuk thalasemia.
3) Dan mungkin juga mereka tidak berkemampuan untuk buat screening test dan less educated tentang benda-benda macam ni.

Kita tak boleh salahkan ibu bapa yang membawa Thalassemia Minor secara terus. They are innocent! Setiap yang berlaku tu dengan kehendak dan keizinan-Nya.

Lagipun kita kena ingat yang ini adalah satu bentuk ujian dari Allah SWT. Penyakit, musibah, malapetaka, bencana alam, itu semua ujian dari Allah. Setiap perkara yang berlaku tentu ada hikmahnya. Allah lebih tahu~

Siapa tahu kalau-kalau Allah dah tetapkan tempat yang terbaik di akhirat untuk anak-anak yang menghidap Thalassemia major ini? Sakit itu kan kaffarah dosa~

Cinta memang memerlukan pengorbanan~ :-)


p/s : Aku rasa ayat aku tunggang langgang dan isi agak mengarut. Kalau faham baguslah, kalau tak sila buat-buat paham.

3 comments:

ijA said...

buat-buat faham....

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

Suka baca.. Teruskan menulis :-)

Khairi Malik said...

ija = hehe..kena faham ni~ penting. :P

kak nisah = kak nisah!!! lama x dengar berita~