Monday, January 2, 2012

Di Sebalik Senyuman Itu....

Tadi sewaktu sesi ward training, aku buat glucocheck. Aku pergi kat seorang pak cik ni, pesakit yang aku perlu lukakan sedikit jarinya dengan sebilah lancet semata-mata untuk ambil setitik darah. Cewah~ Ayat macam drama.

Aku tengok air muka pak cik tu tenang. Senyum je~ Aku yang pada mulanya bad mood sebab bengang dengan sorang budak ni, jadi tenang bila tengok pak cik tu senyum. Aku minta izin untuk cucuk jarum di ibu jarinya. Aku cucuk sekali, tapi tak ada darah yang keluar. Ibu jarinya aku picit, supaya darahnya keluar. Aku mohon untuk cucuk lagi sekali, mungkin aku cucuk tak kena di capillary pak cik ni agaknya.

Aku buat skin puncture lagi sekali di ibu jari yang sama, namun tetap sama; tiada darah yang keluar. Aku bimbang kalau pak cik tu marah aku cucuk ibu jari dia banyak kali. Tapi sebaliknya, pak cik tu tak marah. Sebaliknya dia cuma senyum. Kemudian, dia hulurkan jarinya yang lain untuk aku cucuk. Alhamdulillah, setelah tiga kali mencuba, akhirnya dapat juga aku buat glucose check untuk pak cik tu.


Result? 243!!! Normal ke tidak? Anda rasa? Whether he was fasting or not, his blood glucose level is high!! Rasa sayu bila tengok pak cik tu. Bila aku tengok dari senyuman dia, seolah-olah dia tak ada masalah yang hendak difikirkan. Dia nampak macam gembira. Tapi, rupa-rupanya ada masalah kencing manis.

Itu lah orang cakap,
"Di sebalik senyuman, kita tak tahu ada luka yang tersembunyi"

Dan sewaktu aku habis clinical round, bila aku turun tangga, aku nampak pak cik tu berdiri di tingkap merenung jauh ke luar. Tak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Aku pun tertanya-tanya, pak cik ni tak ada keluarga yang datang menziarah ke? Bila aku keluar dari bangunan hospital, aku menoleh ke tingkap itu. Dan pak cik itu masih lagi termenung jauh memandang ke luar tingkap.

Aku rasa tersentuh. Aku mengaku aku sangat mudah tersentuh. Aku tersentuh sebab aku teringatkan abah di Malaysia. Sebab abah pun sama, sentiasa senyum sampaikan orang pun tak percaya yang abah menghidap Ischemic Heart Disease. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan kepada abah, dan semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit pak cik tu. Amin~

4 comments:

Anonymous said...

pakcik pakai kopiah tu kan..hehe pakcik tu slalu snyum je..tk pnah tgk sdey..ak pn suke tgk pakcik tu..haha.

-azim-

Anonymous said...

aku penah buat, dpt 299

ijA said...

xpernah buat glucose check....all the best..jadi doktor muda..

ijA said...

dulu-dulu teringin jadi doktor..rezekiku di bidang kejuruteraan..alhamdulilah..