Wednesday, January 11, 2012

Kenapa Malu? Geli?

Tadi habis kelas arab, balik naik tram. Kalau naik tram yang lembap tu, mula lah kenangan-kenangan lama datang balik sepanjang 4 tahun berada di Mesir ni.

Teringat satu peristiwa ni, aku naik tram baru balik dari tafaquh. Waktu tu tafaquh masih lagi dibuat di asrama MARA. Mungkin waktu aku tahun 2 kot? Aku pun tak pasti.

Kemudian, ada seorang pak cik ni nampak macam salafi sikit. Terlebih pulak ramahnya pak cik ni, sampai excited jumpa bebudak melayu sampai nak peluk-peluk siap cium pipi lagi.

Mula-mula, pak cik ni "greet" seorang ni dengan style typical arab lah; peluk dan cium pipi lagi. Aku pun macam dah risau dah.

"Isy, ni apa siap cium-cium pipi ni? Pelik ah lelaki kalau buat macam tu"

Rasanya pak cik tu buat macam tu kat semua budak melayu dalam tram tu (tak de ramai sangat, time tu ada la 3-4 budak melayu termasuk aku). Then, bila sampai kat aku, pak cik tu peluk dan nak cium pipi. Aku pun buat muka "awkward" bila pak cik tu buat macam tu.

Mungkin pak cik tu perasan aku buat muka geli macam tu. Kemudian pak cik tu tanya, (aku translate balik)

"Kenapa buat macam tu? Takut dengan aku ke?"

Aku senyap. Tak menjawab sepatah pun. Kemudian pak cik tu macam tahu apa yang aku fikirkan...kemudian pak cik tu cakap,

"Ke kau malu aku buat macam ni sebab kita sama-sama lelaki?"

Aku pulak time tu tetibe ter-"angguk" plak kan? Huh~ Apa lagi, kena ceramah la dengan pak cik tu. Pak cik tu cakap la yang Rasulullah pun dulu peluk dan cium kawan-kawan dia sebab Rasulullah kasihkan sahabat-sahabat dia. Bla bla bla...

Air muka pak cik tu terus berubah. Pak cik tu mengeluh,

"Budak-budak sekarang ni kalau lelaki cium perempuan di tempat awam orang dah tak kisah. Tapi kalau lelaki sama lelaki berpegang tangan orang mula pandang pelik"

Selesai sahaja pak cik tu habis bagi ceramah yang aku pun tak ada lah faham mana,( itu pun aku faham sebab ada budak melayu sebelah aku ni tolong translate), tetibe tram sampai di stesen Syubun Muslimin. Kemudian, pak cik tu turun di situ meninggalkan aku yang terkebil-kebil kena ceramah.

Betul juga apa pak cik tu cakap. Kita buat macam tu (peluk-peluk sesama jantina) sebab ukhuwah, bukan sebab nafsu songsang ke apa kebenda. Jadi, niat tu penting....kot?

Haih~ Kalau naik tram, mesti banyak memori-memori terimbas kembali. Cewah~!

p/s : Honestly, korang tak rasa pelik ke kalau orang sesama jantina rapat semacam? :P

1 comment:

TomYaM bAsi said...

haha.. budak pompuan nampak biasa jer laga2 pipi bila salam..
kalau budak laki nampak macam pelik pon ader,, sebab tak dibudaya kan kat mlysia kot..