Monday, January 16, 2012

Main-Main Mati

Gurau senda itu ibarat garam dalam masakan
Kalau kurang, jadi tak berapa enak
Kalau berlebihan, jadi tak elok malah boleh mendatangkan bahaya


Aku selalu tak faham kenapa sesetengah orang boleh bergurau tentang mati. Mungkin bagi mereka mati tu boleh dibawa main-main. Sedangkan mereka tahu yang kita akan pergi ke alam lain selepas mati. Kalau masih tidak cukup amalan, adakah mati itu dalam keadaan sempat bertaubat?

Ini ada yang cakap...

"Eh, kau nak pergi mana tu? Pergi mati ke?"
"Oo...Kau demam ke? Ingatkan nak mati dah tadi"

Kalau orang cakap kat aku macam ni, aku tak kisah sangat. Lagipun aku harap aku tak menjadi orang dalam golongan yang berpenyakit wahan; cintakan dunia tetapi takutkan mati. Aku tidak takutkan mati, cuma bimbang sekiranya aku tak sempat bertaubat sebelum aku mati.

Kalau kawan-kawan sekeliling sebut "mati" berulang-ulang kali, seolah-olah mendoakan aku untuk cepat mati, dan sekiranya itu berlaku, adakah aku akan sempat bertaubat?

Bagaimanapun, itu pengajaran untuk aku.

Jangan pernah melengahkan taubat!

Aku rasa, orang yang main-main tentang perkara mati ni pun perlu sedar apa yang mereka buat. Mungkin mereka perlu merasakan kehilangan orang yang tersayang terlebih dahulu baru mereka sedar. Aku rasa mereka perlukan itu.

p/s : Use you brain before using your mouth!

No comments: