Monday, January 9, 2012

Pernah Tak?

Pernah tak korang rasa sometimes dugaan tu tak adalah berat mana, cuma diri yang tak nak mujahadah. Iman lemah. Pernah tak?

Contoh : Nak bangun subuh awal. Padahal selalunya boleh je bangun awal, tapi malas nak bangun dari selimut. Last-last subuh gajah jadinya.

Contoh lagi, awalnya memang niat nak pergi solat jemaah, tapi kononnya sejuk kat luar tak sanggup nak rempuh angin pergi masjid. Padahal boleh je nak pakai baju tebal, boleh je nak ambik wudhu di rumah guna air panas. Cuma diri yang tak nak mujahadah.


Pernah tak korang dah nekad nak tinggal sesuatu tabiat buruk, tapi tak berjaya juga? Bukan sebab dugaan berat, tapi diri yang tak nak mujahadah?

Contoh : Awalnya dah niat tak nak tulis pasal benda buruk lagi tentang orang lain di blog, tapi sebab dek perasaan marah dan geram sangat, terhasillah satu post yang mendatangkan dosa kerana mengutuk orang.

Contoh lagi, kononnya mula dah nekad tak nak mengumpat ke apa, tapi sebab rasa bosan tak ada benda nak cakap, last-last aib orang terbuka disebabkan kita. Pernah tak?


Korang pernah ke jadi macam ni? Aku tak pernah. Tapi SELALU je~!

p/s : Ya Allah, kuatkanlah iman ku. Jadikanlah aku sebagai seorang muslim yang beriman. Amin~

2 comments:

ijA said...

selalu sangat buat ....

hUr said...

takpe khairi. teruskan bermujahadah. kheir insyaAllah :)