Saturday, January 28, 2012

Stress ke Medical Student Syndrome?

Tajuk post ini sengaja dibiarkan tergantung untuk bagi nampak menarik kononnya. Padahal tidak pun. Aku cuma pelik kenapa semenjak dua menjak ni aku selalu jatuh sakit.

Waktu awal musim sejuk, aku kena demam panas. Kemudian chest pain; sakit dada yang sampai boleh membangunkan aku dari tidur. Selepas pergi berjumpa doktor, doktor cakap ada infection kat lung. Lepas tu ada kena mengena dengan GERD.

GERD → aspiration →infections

Okay, lepas makan ubat, Alhamdulillah lega~ Tapi kelmarin, aku kena diarrhea. Aku fikir, mungkin disebabkan oleh cheese cake yang aku makan hari sebelum tu. Hari ni, aku kena diarrhea lagi. Semalam aku makan satu bar coklat Cadbury. Lactose intolerance? Isy, takkan lah acquired kot. Sebelum ni berbagai-bagai produk susu aku dah makan takkan tetiba boleh dapat allergic to dairy products plak kan?

Tapi, semalam diarrhea yang aku kena lain sikit. Mula-mula aku kena retrosternal pain. Aku tak tau macam mana nak bagitau karakter pain tu, jadi aku assume dull aching lah kot. Pain tu buat aku terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi. Lepas tu ada rasa retching sikit, rasa macam nak muntah. Heart burn? Tapi tak ada burning sensation~ Kemudian, bila sakit dah reda, aku sambung tidur.

Pukul 5 lepas tu, aku terjaga semula dari tidur, tapi bukan sebab chest pain, tapi abdominal pain. Pain tu macam colicky pain kot. Honestly, aku pun tak tau sangat macam mana nak beza perasaan mengalami pelbagai character of pain ni. Sakitnya perut aku cuma Allah yang tahu. Baring salah, mengiring salah, duduk pun salah. Semua posisi serba tak kena.

Tak lama lepas tu, pada pukul 6, bermulalah episod diarrhea pada hari ini. Kesimpulannya, aku hanya tidur 3 jam sahaja dan aku sangat mengantuk sekarang. Hari ni, aku tak pergi ward training dan lecture, rasa sangat rugi.

Aku pelik kenapa sakit bertubi-tubi datang kat aku. Aku bukan mengeluh, tapi cuma pelik dan bimbang. Immune system aku ni suppressed ke? Aku ada contact dengan blood patient ke? Choi~! Isy, antara teori-teorinya:
Batni biturga3ni~

1) Afiq kata mungkin aku stress sangat sampai bermacam-macam penyakit datang. Tapi aku macam tak boleh terima alasan ni sebab aku tak stress pun. Bahagia je hidup aku ha...

2) Mungkin tandas kat haematology department tu kotor sangat, jadi makhluk-makhluk yang tersebar melalui faeco-oral route boleh terjangkit kat aku bila aku guna tandas tu. Isy, dah la semua penyakit berkaitan dengan darah, takut plak aku kalau-kalau aku terkena infeksi. Nauzubillah~

3) Mungkin kebetulan je sakit ni. Mula-mula demam sebab musim sejuk, chest pain pun sebab sejuk dan diarrhea sebab dairy products. Tapi there is no such thing as perfectly conincidence!

Dan yang paling tepat aku rasa ialah, sebenarnya Allah nak uji aku. Ya~ Itu dia, when Islam comes first, everything will be positive. Tapi macam ada underlying disease je aku rasa yang manifest simptom-simptom aku ni.
Is there any disease that manifests symptoms such as retrosternal pain, abdominal pain (umbilical region specifically), retching, diarrhea?? Are they related to my mild GERD? Baru je baca tajuk GERD hari tu tapi tak ingat. Haih~

Sekian sahaja post saya yang panjang ni. Saya pelik kenapa saya selalu sakit. Saya pun pelik kenapa sekejap aku tulis "aku" sekejap tulis "saya". Saya dah stress agaknya. Ada pendapat tentang masalah saya?

p/s: Kadang-kadang kena headache which not respond to paracetamol. Tumour kah? or meningocele?

4 comments:

ijA said...

no comment..

hannaraz said...

dlm islam kata .... "kifarah dosa" ...

ms said...

how about appendicitis?

Khairi Malik said...

ija =
try la komen :P

hannaraz =
harap-harap gugur dosa-dosa yang lalu

ms =
nope! for sure~!