Friday, February 3, 2012

Ada Hikmahnya

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Mula-mula, aku rasa agak tertekan bila aku dapat penyakit reflux oesophagitis ni. Maklumlah, banyak makanan kegemaran yang aku tak boleh makan. Makan ini tak boleh, itu tak boleh.

Tapi hari ini, aku rasa ada hikmahnya. Duit aku pun tak cepat habis dek kerana membeli makanan segera macam McD, KFC dan sebagainya tu. Aku ni boros orangnya. Selalunya dalam masa dua minggu tak cukup LE 200 untuk aku belanjakan. Tapi hari ni aku check balik duit aku. Alhamdulillah, tak sampai LE 100 lagi yang aku guna dalam masa dua minggu ni untuk makan.

Lagi satu, semenjak dah tak minum minuman berkafein ni, aku rasa macam segar sikit. Rasa macam lebih sihat. Tak tahu nak terangkan bagaimana sebab bukan semua perasaan boleh digambarkan dengan kata-kata. Tapi aku cuma rasa sihat. Kalau minum nescafe, selalu ada rasa withdrawal symptom lah, palpitation lah, very fine tremors lah. Tapi sekarang alhamdulillah la...

Isy, bodoh sungguh aku selama ni sebab mengeluh bila dapat sakit ni. Padahal Allah nak bantu aku untuk dapatkan benda yang lebih baik. Aku yakin itu. Bersyukur aku dapat sakit ni, sekurang-kurangnya aku sedar untuk menjaga kesihatan aku dan aku sedar untuk berjimat-cermat. Ya Allah, terima kasih ya Allah!

Kita meminta rama-rama, tapi Allah beri ulat
Kita meminta bunga, tapi Allah beri kaktus berduri
Kita meminta cuaca yang baik, tapi Allah berikan hujan
Kita mengeluh
Padahal kita tak nampak apa sebenarnya yang Allah nak beri
Ulat akan menjadi rerama, kaktus berduri mengeluarkan bunga berseri dan panas selepas hujan datang bersama pelangi yang menyinar. :)

p/s : Semoga aku menjadi hambaMu yang selalu bersyukur. Amin~

2 comments:

Zawani said...

suke post ni..
segala apa yg berlaku ada hikmahnya...^_^

Khairi Malik said...

kan? every cloud has its silver lining.