Saturday, February 18, 2012

Mimpi : Aku Perlu Percaya atau Tidak?

Tadi baru habis exam internal medicine. Aku rasa aku sangat bersyukur kalau aku lulus. Susah sangat exam tadi. Okay, itu mukadimah post ini.

Kelmarin aku telefon kakak, nak minta kata-kata semangat darinya. Tapi lain pula yang aku dapat. Aku rasa lebih tak bersemangat dan sedih. Nak tahu kenapa, sebab akak aku cakap....

"Dik, nak tahu tak? Semalam akak mimpi gigi akak patah".

Gulp! Aku terkedu. Mimpi gigi patah tu bukan sesuatu yang baik.

"Eh, mainan tidur je tu. Jangan dilayankan sangat", kata aku memujuk walaupun sebenarnya aku sendiri bagai nak luruh jantung mendengar apa yang baru sahaja akak aku katakan.

Aku ada terbaca, tafsiran mimpi ni orang-orang alim yang tafsirkan, jadi kemungkinan tafsiran-tafsiran tu betul. Jadi, aku tak tahu samada aku patut menafikan atau pun bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku.
Aku sayang keluarga aku~

Aku lupa pula nak tanya gigi mana yang patah. Tapi bukan itu persoalannya, masalahnya sekarang ialah aku tak tenang selepas mendengar apa yang akak aku beritahu. Aku rasa macam nak nangis. Aku ke yang bakal pergi dahulu? Semoga aku sempat bertaubat sebelum Allah menarik nyawa aku (sekiranya aku yang Dia pilih untuk pergi dulu). Tapi aku mohon, tolonglah jangan lagi ambil nyawa ahli keluarga aku yang lain. Aku masih teringat keadaan ketika arwah mak meninggal dulu. Ya Allah, mohon jauhkanlah...

Alham menyedapkan hati aku

"Aku dulu pun pernah juga mimpi macam tu. Tapi Alhamdulillah tak ada apa pun yang berlaku".

Aku baca buku internal medicine pun tak fokus. Pusing kepala memikirkan. Ditambah pula dengan mata belah kiri aku selalu bekerdip. Orang kata, kalau mata belah kanan bekerdip itu bermakna ada sesuatu yang elok bakal berlaku. Tapi kalau mata sebelah kiri yang bekerdip, itu petanda tak baik. Okay, yang ini mungkin tahyul atau pun side effect eye twitches sebab ambil kafein. Tapi bagaimana dengan mimpi gigi patah tu?

Aku cuma berharap supaya Allah memanjangkan umur ahli keluarga aku yang lain. Sekurang-kurangnya biarlah aku sempat membalas jasa mereka dulu. Kalau aku yang ditakdirkan untuk pergi dulu, aku mohon supaya aku sempat bertaubat. Haih~ Ajal tak mengenal waktu dan tiada ketukan di muka pintu. Tak tahu bila masanya.

Aku tak tahu samada patut percaya tafsir mimpi atau pun tidak. Kalau tak nak percaya, tapi tafsir tu orang alim ulama yang tafsir jadi takkan tak mahu percaya? Ya Allah, tenangkan hati ini~

p/s : Ya Allah, tenangkan hati ini. Jadikanlah aku manusia yang selalu bertaubat. Amin~

3 comments:

Zawani said...

mimpi gigi patah ni ada mcm2 keadaan..mksudnye cara mimpi tu mcm mane? tak semua mimpi gigi patah tu ptnda buruk yg akn berlaku.. *arwah atok dulu tau srbe skit pasal tfsir mimpi ni.

jgn terlalu risau, just fokus exam di samping b'doa supaya xde perkara buruk yg berlaku.

Anonymous said...

we do what we have to do now, the rest leave it to Allah

:)

ps : byak kali mimpi patah gigi

Khairi Malik said...

zawani = harap2 begitulah,..kena fokus exam ni. btw, good luck juga exam.

anon = yup~ sort of motivating.