Friday, March 23, 2012

Bukan Perempuan Saja...

Salam...cuma saje nak tulis pasal bab kebersihan sikit. Bukanlah nak cakap tapi aku memang tak boleh nampak benda berselerak atau bersepah, rasa sakit mata. Lagipun dari kecil lagi arwah mak dah ajar supaya sentiasa kemaskan barang. Kalau tak kemas atau pun mainan bersepah, siaplah kejap lagi tentu ada paha yang merah kena cubit ataupun mainan yang kena bakar.

Waktu di asrama dulu, aku pernah masuk dorm kawan aku sorang ni, lepas tu aku tak sengaja cakap...

"Ya Allah, bersepahnya bilik~!"

Pastu kawan aku cakap,

Rilek ar...standard ah lelaki bilik bersepah. Bukan macam bilik kau, bilik perempuan!

Aku pelik. Kebersihan tu bukan perempuan je kena jaga. Aku tahu la aku pun tak ada lah pembersih mana, tapi sekurang-kurangnya janganlah biarkan barang-barang berada di tempat yang tak sepatutnya. Contohnya barang kat dapur ada kat ruang tamu, barang kat bilik tidur ada kat tandas, logik ke macam tu? Kalau nak bersepah pun, biarlah barang yang "kena" dengan tempat tu. Haih~

Kebersihan kan sebahagian dari iman. Kalau macam tu perempuan je lah yang dapat sebahagian iman tu? Lelaki tak dapat la ye?

Lepas tu lagi satu pasal kerja-kerja di rumah. Kat rumah aku memang standard family aku kena buat kerja-kerja rumah. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Pernah waktu cuti sekolah, aku mencakar sampah di halaman rumah. Lepas tu kawan sebaya aku ronda-ronda naik motor lalu depan rumah aku dan nampak aku.

"Woi, tu keje orang perempuan la...Pehal ko buat? Haha..."

Lorh...Rumah duduk sama-sama, kerja bersih membersih pun kena la sama-sama. Takkanlah rumah duduk bersama tapi kerja dibuat seorang? Entahlah..mungkin keluarga aku je kot yang pelik sikit. Kalau kat rumah aku, pinggan cawan memang kena basuh sendiri selepas makan. Tak kira siapa baik aku ke, abang aku ke, adik aku ke semua kena basuh pinggan sendiri selepas makan. Kalau tak ingat nak basuh siap la abah atau kakak aku jerit,

"Ko ingat rumah ni ada orang gaji tukang basuh pinggan kau?"

Standard la duduk kampung, kerja-kerja cakar sampah, gali longkang tersumbat, baiki reban ayam, potong rumput, cantas dahan pokok, cat dinding rumah , kerja lelaki ke kerja perempuan semua kena buat. Malah kadang-kadang abang aku dan aku kena siang ikan atau potong ayam, kemudian baru kakak aku masak. Tapi aku tak rasa terseksa atau tak puas hati, sebaliknya aku bersyukur aku diajar dan dididik sebegitu. Sekurang-kurangnya aku tak adalah rasa janggal nak buat-buat kerja rumah.

Sampai aku pelik tengok kenapalah ada yang malas nak basuh pinggan sendiri atau kemas rumah. Keluarga mereka tak diajar seperti yang keluarga aku buat kah? Atau rumah mereka cuma perempuan yang buat kerja? Lelaki cuma duduk goyang kaki? Haih...

Ada alasan mereka,
"Ala...tu kan kerja orang perempuan. Nanti kalau aku dah kawen, bini aku buat semua benda tu. Jadi, tak yah susah-susah. "

Tak kan nak harap isteri 100%? Kalau bini sakit ke? Mengandung ke? Kau nak suruh diorang jugak buat kerja-kerja tu?

Ada yang memberi alasan "sibuk". Sibuk sangat ke? Rasanya kalau kemas benda yang bersepah tu setengah jam pun tak sampai. Entah la..pemikiran setiap orang lain. Ni siap ada yang panggil aku obsessive compulsive disorder pun ada jugak. Haih~

Kesimpulannya, jagalah kebersihan bersama kerana kebersihan itu sebahagian dari iman. Pengotor itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Allah. SWT.

p/s : Kalau tinggal bersama, buat kerja pun mesti kena bersama. Tak ada istilah kerja lelaki atau kerja perempuan :)

4 comments:

Anonymous said...

terbaik!!

Anonymous said...

terbaik

Zawani said...

setuju dgn post nihh..~hihi.

paahdentist said...

setuju. kalau ada adik laki mcm ni kan best. ni x,harapkan kak dia ja nak buat semua :P

xpaham jugak org y boleh hidup dalam kesemakan dan kekotoran T__T