Monday, March 19, 2012

Jangan Hancurkan Harapan

Salam...Tiba-tiba post kali ni ada beri salam kan? Selalunya terus masuk je.

Okay, cuma saja nak menulis bosan-bosan di samping membuang masa seminit dua...Atau sejam dua. :P

Pagi tadi, aku rasa macam malas sangat bangun untuk ke kuliah. Sungguh! Malas betul pagi tadi. Jam 6 penggera telefon berbunyi. Tapi aku matikan; sambung tidur. Beberapa minit lepas tu telefon aku berbunyi lagi. Tapi kali ini bukan bunyi nada penggera, tapi bunyi nada dering panggilan.

Di skrin Nokia 5200 aku tertera nama "Abah". Abah telefon dari Malaysia rupanya. Awal sungguh dia telefon. Dalam keadaan separuh sedar, aku menjawab telefon.

Abah : Dah bangun tidur ke?
Aku : Baru nak bangun.
Abah : Hari ni kelas pukul berapa?
Aku : Pukul 8
Abah : Ha..Bangun la cepat pergi mandi, nanti lambat pulak.
Aku : Entah la bah, macam malas je nak pergi pagi ni. Lagipun rasa macam nak demam. (tipu)

Abah :Kalau demam tak pe la..Tak yah la pergi kalau tak sihat. Makan la panadol. Abah doa supaya cepat sembuh dan boleh pergi ke kelas. Belajar rajin-rajin bila dah sembuh nanti. Sebelum belajar jangan lupa baca doa, sedekah Al-Fatihah kat penulis buku bla bla bla

Nasihat yang abah bagi tu hampir kesemuanya berkaitan dengan belajar. Akhir sekali....

Abah : Abah kat sini tak pernah putus berdoa untuk kamu supaya kamu senang belajar dan tak ditimpa musibah.

Aduh! Aku kat sini boleh malas-malas sedangkan abah kat Malaysia TAK PERNAH PUTUS berdoa untuk aku supaya aku senang belajar dan tak ditimpa musibah. Kalaulah abah tahu yang aku kat sini berperangai teruk, mesti abah sedih.

Walaupun tekanan yang aku terima ni berat dek harapan abah yang terlalu tinggi, tapi tak sanggup untuk aku hancurkan harapan yang tinggi tu. Memang betul, semua nikmat dan kejayaan yang kita dapat ni pun bukannya atas usaha kita sendiri 100%, tapi juga dari doa ibu bapa untuk kita. Aku percaya doa ibu bapa tu lebih banyak menyumbang berbanding usaha aku sendiri.

Jadi, tolonglah jangan musnahkan harapan yang telah ibu bapa kita bina. Biarlah menerima tekanan sedikit asalkan tidak menjadi pemusnah harapan.

3 comments:

bobgp90 said...

agak terasa disitu.. bru lepas tepon mak, bnda yg sama happened

Khairi Malik said...

eh, jangan terasa. ni pasal diri aku. haha

Zawani said...

moga Allah permudahkan segala urusan..insyaAllah,amiinn.tak lama dah nak habis belajar kn..sabar sikiit je lagi.