Thursday, April 5, 2012

Keluh Kesah

Sudah seminggu demam. Tak pernah aku demam lama-lama macam ni. Paling lama pun selalunya 2-3 hari je, tak adalah sampai seminggu macam ni.

Aku sampaikan mengeluh semalam, "kenapalah aku kena demam time-time nak exam? Kenapa tak lepas exam je? Haih~"

Astaghfirullah~ Aku pun baru terfikir betapa bodohnya aku mengeluh macam tu. Padahal tau je yang demam tu penghapus dosa.

Hari ni, aku rasa beberapa persoalan aku terjawab. Antaranya....

1) Aku pelik kenapa aku kerap demam?
Jawapan : Bukan aku je orang yang Allah bagi ujian macam ni. Ramai je lagi orang yang demam malah ada tu suhu badan dia jauh lebih panas dari aku, tapi diorang boleh je kuatkan diri menjalankan aktiviti seharian. Ni semua sebab peralihan musim. Jadi, jangan ingat ujian kita ni paling berat sebab ada lagi yang jauh lebih berat.


2) Kenapa kalau aku demam je mesti time-time nak exam?
Tadi dalam lecture hall duduk sebelah Azri. Bila Azri tahu aku demam, dia kata "Tak apa, demam tu penghapus dosa. Allah nak hapuskan dulu dosa-dosa tu supaya time exam nanti boleh jawab; tak ada dosa yang menghalang hijab"
Terkedu aku, sepatutnya aku bersyukur. Siapa tahu kalau-kalau apa yang Azri cakap tu betul? :P hihi....


3) Kenapalah aku tak demam lepas exam je? Kenapa time-time ni jugak nak kena demam ni? haih~

1 comment:

Zawani said...

sy kerap jgk demam time2 exam. demam musim nk exam ni rase lebih semngat pulak rasenya..hihi. seminggu demam + sakit mata masa jwb exam final sampai nk baca soalan pun pedih mata. Alhamdulillah rupanya Allah nk bg 4 flat. B'sangka baik dgn Allah..^_^