Sunday, April 22, 2012

Kenapa Baik Sangat??

"Orang buat baik kita balas baik, orang buat jahat kita balas baik juga"

Semalam semasa clinical round (orthopedic), doktor ada beritahu yang ada banyak tujuan kita rawat pesakit ni. Antaranya ialah for legal purpose! Kiranya something yang berkaitan dengan undang-undang mungkin. Itu pendapat aku la...

Aku kurang faham apa contoh 'legal purpose' tu? Ada kawan beri pendapat dia...Legal purpose tu contohnya pencuri/perompak/penjahat yang injured atau cedera semasa melarikan diri dari polis. Jadi, walaupun dia buat benda yang salah di sisi undang-undang, kita sebagai doktor yang mematuhi medical ethic tetap kena rawat dia sebelum dia menerima hukuman.

Aku kurang berpuas hati. Kenapa kita kena rawat orang yang jahat? Itu bukan seperti melepaskan anjing tersepit ke? Macam buat baik tak bertempat je? Kenapa tak anggap kecederaan tu sebagai 'balasan' terhadap perkara buruk yang dia telah buat?  Kenapa mesti kena rawat dia supaya sihat dulu baru boleh jatuhkan hukuman kepada dia? Kenapa tak terus dijatuhkan hukuman?

Aku ada juga dengar bahawa kalau pesalah tidak sihat, hukuman terpaksa ditangguhkan sehinggalah pesalah tu sihat seperti sediakala. Tapi nak buat macam mana kan? Medical ethic dah tetapkan macam tu. Terpaksa lah kena ikut juga. Teringat Lecturer yang mengajar Ethics ada cakap yang doktor-doktor Islam still kena rawat askar-askar Israel kalau mereka injured walaupun mereka menganiayai saudara-saudara kita di Palestin.

Isyh, why so kind? They bombed , killed and did many bad things to our brothers and sisters there! Why don't we just let them suffer from the injuries and die, so that they know what our brothers and sisters feel? Why we still treat them? Aiyo~

I know, in Islam there is no such thing as having grudge to others. Even our prophet Muhammad SAW teaches us (Moslems) to be good to everyone despite of their religion and beliefs. Eh, pehal aku tulis omputih plak ni? Kalau pandai tak pe jugak ni grammar dengan vocab pun habis tunggang langgang. Haha~

Kalau aku tengok movie atau drama, aku tak suka antagonis insaf di akhir cerita. Aku tetap nak antagonis dapat balasan atau hukuman walaumacam mana pun. Kalau tak movie tu tak best bagi aku. Muahaha~

Sekian~
p/s : It's easy for you to apologize, but it's hard for me to forgive and so much harder to forget!

No comments: