Thursday, April 19, 2012

Kita Tak Tahu....

Dalam hidup ni, ada banyak perkara yang kita tak tahu. Bak kata Ustaz time Kursus Pengurusan Jenazah hari tu, antara perkara yang kita tak akan tahu ialah...

1) Mati
2) Rezeki
3) Jodoh

Okay, pernah tak ada perasaan macam ni? Kita suka kat seseorang tu, tapi orang tu kelihatan seperti sudah ada pakwe? So, are you going to give up easily? Suka memang seharusnya dalam diam, tapi diam-diam bukan diam semata tapi berdoalah supaya Allah tetapkan jodoh kita dengan dia.

My sister told me this story when I was 18. Tentang seorang kawan dia yang menyukai seorang lelaki ni. Dia memang suka dah lama tapi lelaki ni dah ada makwe. Kawan kakak aku pula seorang yang pendiam dan pemalu. Dia cuma sukakan lelaki tu dalam diam.

Beberapa tahun berlalu, lelaki yang dia minat tu mula rapat dengan dia. Last-last kawen jugak dorang dua orang.

Kawan akak aku tu tanya kat suami dia, apa yg terjadi kat makwe dia dulu? Suami dia cakap makwe dia tinggalkan dia sebab nak cari orang yang lebih kaya. Cis~! Suami dia sambung lagi, sebenarnya waktu dia couple dengan bekas makwe dia dulu pun dia memang dah start suka kat kawan akak aku tu.

See? We don't know who we will marry! Semuanya ketentuan Tuhan. So, kalau suka kat seseorang, suka diam-diam dan berdoalah.

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Tapi kalau dia bukan jodoh kita nak buat macam mana. InshaAllah Allah tetapkan yang sesuai untuk kita. Kita tak tahu kan?

It is sometimes said LOVE ends with marriage
but in ISLAM,, we believe true LOVE begins with marriage..
That's why kena terus kan taaruf walaupun lepas kawen.

p/s : musim bunga spring menimbulkan hati berbunga-bunga. Ceh~ Geli plak aku.

1 comment:

mieza said...

waaa.. untunglaaa dpt org yg dy suke diam2..
rse mcm dlm drama plak..
selalu doa mudah2an dpt suami yg baik2..
amin~