Thursday, April 12, 2012

Nasib Baik Tahi Burung

Alhamdulillah, hari ni berjaya juga puasa sunat hari khamis walaupun perut lapar bukan main siap berbunyi lagi dalam kelas.

Tadi dalam perjalanan pulang dari Mustashfa Nareman menuju ke Convention Centre, aku berjalan melalui kawasan yang berpokok. Tiba-tiba lengan aku rasa macam melekit, panas je rasa..Bila aku tengok....Ya Allah, tahi burung rupanya!

Sabar je la...Habis dari lengan sehingga ke tangan aku kena. Baju pun terkena sikit. Waktu tu memang aku nak menyumpah seranah. Kenapa la dugaan macam ni kena kat aku time aku puasa? Kenapa tak hari lain? Adus~!

Waktu tu fikir nak tukar baju je. Dah la ada exam arab kejap lagi ni. Last-last aku tetap juga ke Convention Centre tanpa menukar baju yang bersih. Dalam perjalanan tu tak habis-habis aku menyumpah burung tu.

Bila aku sampai di Academic Building, kami melalui kawasan pembinaan (pengubahsuaian) untuk menuju ke Convention Centre. Semua orang yang lalu jalan laju-laju sambil melindungi kepala. Aku pelik. Bila aku pandang atas, rupanya kerja-kerja baik pulih sedang galak dilakukan kat atas sana dan banyak pasir-pasir, batu-bata yang jatuh ke bawah. Pekerja-pekerja kat situ pun siap pesan kepada orang yang melalui jalan tu supaya berhati-hati.

Ya Allah! Waktu tu aku baru perasan. Betapa bodohnya aku yang siap menyumpah seranah kerana ditimpa tahi burung. Itu mujur ditimpa tahi burung, kalau ditimpa batu-bata dari kerja-kerja pembaikan tu? Ya Allah, aku bersyukur sangat2x...Aku tak tahu sebenarnya Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk aku.

Nasib baik cuma tahi burung yang jatuh menimpa aku, kalau batu ke? Serpihan kayu ke? Tak ke naya? Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat dan menyesal betapa bodohnya aku sebab mengeluh ditimpa tahi. Aku rasa pahala puasa aku hari ni kurus sangat-sangat sebab dah banyak menyumpah. Aku rasa macam tak dapat je pahala puasa hari ni, entah-entah cuma dapat lapar dan dahaga.

Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal benda itu baik untuk kita. :)
Ya Allah, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas. Semoga aku sempat bertaubat. :)

p/s : Ditimpa tahi cuma berbau, tapi tidak berdarah dan berpatah riuk seperti ditimpa bebatu.

No comments: