Tuesday, April 24, 2012

Status Perkahwinan [Ortopedik]

Bismillahirrahmanirrahim...
Tadi sewaktu self learning, doktor ada ajar tentang history taking; specifically on how to take history from orthopedic patient. Basically, there are 5 most important questions to be asked. They are....

1) Age of the patient
2) Medical History
3) Mechanism of injury
4) Duration
5) Site of trauma

Itu antara yang paling penting. Walaumacam mana pun, ada beberapa point lain yang tak sepatutnya diambil mudah. Contohnya jantina, tempat tinggal dan sebagainya. Kemudian, doktor bertanya satu soalan..

"Do you think marital status is important in orthopedic?"

Doktor kata, in term of treatment it may be not so important. Tapi status perkahwinan ni penting untuk jangka masa panjang; masa hadapan pesakit. Iyalah, cuba bayangkan jika kaki/tangan pesakit terpaksa dipotong (amputate limbs), adakah pesakit tu dapat menguruskan diri sendiri? 

Doctor said  that if the patient is single, who will take good care of him? That's true! Who will feed him if his both hands are amputated, and who will help him to walk if his both legs are amputated? Doctor told us a sad story. An amputated patient found dead due to dehydration. Why he got dehydrated? Because there was no one gives him water or any drink; no one cares for him!

Kalau pesakit tu ada pasangan, pasangannya sedikit sebanyak boleh membantu menguruskan hidup dia. Kalau pesakit itu mempunyai pasangan, ada juga yang boleh tolong suapkan makanan, tolong dia untuk mudah bergerak ke sana ke mari dan tolong menguruskan makan pakai si pesakit. Kalau seorang diri; duda, bujang atau anak yatim? Siapa yang mahu menjaga? Jika pesakit yang bakal dipotong kaki/tangannya itu masih bujang, siapa pula yang akan sudi menjadi isteri untuk sehidup semati? Ada ke yang sanggup terima bila melihat bakal suami tiada tangan atau kaki?

Jadi, pengajarannya kat sini ialah silalah berkahwin supaya ada orang menjaga anda suatu hari nanti kelak. Cewah~ Ke situ pulak! Pengajarannya ialah setiap point dalam history taking itu amat penting. Kalau terlepas pandang, mungkin boleh menjejaskan diagnosis, prognosis atau management pesakit itu nanti. Wallahu'alam~

p/s : Sebelum kahwin nanti, memang aku kena tanya bakal isteri "Awak sanggup terima saya walau suatu hari nanti saya mungkin tiada tangan atau tiada kaki? Awak sanggup bersama saya sehingga ke akhir hayat saya?"

4 comments:

NurAfiqahMohdGhazali said...

jiwang weh post ni :)) :P

Khairi Malik said...

haha...kiut kan? mcm nk kena penampar kan? hihi

Pza Ngah said...

post terhebat~

Khairi Malik said...

haha...akak, mostly post saya pun akak cakap terhebat. mana satu paling hebat ni? hehe...gurau2