Thursday, May 17, 2012

Kalau Buat Jahat, Jangan Ajak Orang

Pernah aku lepak di gerai makan dengan kawan-kawan, dan ada seorang dua kawan aku mula mengeluarkan kotak rokok dari poket mereka. Memang perkara yang agak biasa, lepas makan kita akan tengok orang hisap rokok kan?

Aku cuma memandang. Nak kata tak pernah nasihat, selalu je nasihat sebelum ni. Lagipun semua orang sedia maklum akan bahaya merokok ,tak perlu nak diperjelas dengan menggunakan terma-terma saintifik.Aku cuma memandang dan sesekali aku tersenyum sinis. Aku pun cuba fikir positif, mungkin mereka dalam proses nak berhenti; walaupun masih belum berhenti at least mereka kurangkan. Itu apa yang aku cuba lihat dari sudut positif. Lagipun aku faham je yang nak berhenti merokok ni bukannya mudah, malah memerlukan masa.

Kemudian, dia yang perasan senyuman sinis aku, terus tanya...

"Pehal kau senyum? Sebab aku hisap rokok ke?"

Aku tidak menjawab. Ada sesetengah soalan yang lebih baik kita diamkan dari dijawab.Dia menyambung..

"Ala..kau tak tau macam mana hisap rokok. Nak try? Try la Khairi. Best~"

Dia pun menghulurkan kotak rokoknya kepada aku. Aku cuma tersenyum, biasalah itu mungkin gurauan kawan-kawan. Tapi aku mula rasa tak selesa bila dia berkali-kali suruh aku mencuba.

"Try la..Kau tak try lagi. Best la!! Try la..Try!!"

Astaghfirullah...Haih..Kenapa beria sangat ni? Aku yang tadi sangkakan dia bergurau dah mula rasa bengang. Kalau kau nak merokok, jangan lah ajak orang lain yang tak pernah merokok untuk merokok sama. Aku pun terfikir, orang macam ni ke yang layak dibuat kawan? Kawan apa yang sanggup ajak sahabat dia sendiri buat perkara tak elok? Aku tak kisah kalau kau nak merokok, tapi janganlah hasut orang sekali. Kalau nak mempengaruhi orang, cari la benda baik-baik.

Berlayar kapal seorang tapi bila karam mahu berdua? Aku ingat lagi pesan abah. Semenjak abah kena IHD ni, abah selalu pesan kat aku dan abang; jangan merokok sebab abah tak nak tengok anak-anak abah kena IHD macam dia jugak. Abah waktu muda dulu memang perokok tegar. Sebab tu abah tak nak kami terikut perangai merokok dia tu.
 oit kucing! Kalau kau nak buat jahat jangan ajak baby! 


There's a saying..I don't know whether it is hadith, verse from Quran atau pun kiasan...Orang kata

Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wangi dia pun tercalit kat kita
Kalau berkawan dengan si tukang besi, kotoran besi tu macam mana pun sedikit mesti terpalit kat kita

So, kat sini aku terfikir...orang macam ni layak dibuat kawan? Sudahlah bila merokok tu, asap dihembus-hembus ke muka orang lain, lepas tu ajak pula orang merokok sekali? If you're an active smoker, don't make people around you as passive smokers.

Bukan merokok je...Dalam hal lain pun sama. Kalau kau nak ponteng kelas ke, malas study ke apa ke, jangan ajak orang lain. Kalau kau nak buat, kau buat sorang. Jangan ajak orang hanyut dan tenggelam bersama-sama dengan kau.

Kalau nak buat jahat, jangan ajak orang
Tapi lebih elok kalau tak buat jahat :)


p/s : Kawan-kawan banyak mempengaruhi hidup kita.  Kalau kau active smoker, jangan buat orang sekeliling jadi passive smoker!