Thursday, May 3, 2012

Sehelai Jubah Secalit Atar

Bismillahirrahmanirrahim.....

Aku ni mengaku memang jahat, banyak buat dosa dan rasa macam tak layak nak cakap pasal benda yang bakal aku nak tulis ni. Tapi aku nak tulis juga lah....

Ketika aku berjalan-jalan dengan beberapa orang kawan, selisih dengan seorang junior. Junior tu memakai serban. Alhamdulillah, sejuk mata memandang. Bila junior tu sudah jauh berlalu, tiba-tiba seorang sahabat ni cakap,

"Isy, tak rimas ke berserban bagai kat atas kepala tu? Buat berat kepala je."

Aku diam...Tak mampu untuk menjawab apa-apa. Kalau aku jawab nanti, mungkin ada yang berkecil hati dan mungkin aku juga dikatakan "tak ada ilmu tapi berbuat tahu"

Sahabat ni pun ada cakap,

"Isy, rimas nampak orang laki pakai jubah tengah-tengah panas macam ni. Dah la tengah-tengah bandar, tak sesuai lah pakai jubah kat sini."

Aku pelik. Tak tahu lah samada sahabat ni sengaja bergurau atau dia tak tahu yang jubah ni pakaian sunah. Apa yang dimaksudkan dengan tak sesuai? Pakaian yang baik perlu dipakai di masjid dan surau-surau sahaja kah? Maksudnya kalau di luar di tengah bandar, kita wajib pakai jeans dan t-shirt untuk nampak bergaya? Begitu?

Bila lalu di hadapan masjid, terjumpa pula sahabat yang baru selesai solat berjemaah. Ya Allah...harumnya bau minyak atar yang dia pakai. Harum semerbak. Aku suka bau minyak atar sebab ayah aku selalu pakai. Kemudian ada lagi yang sahabat ni tak puas hati.

" Isy, aku tak suka lah bau minyak atar. "

Dan lebih terkejut bila ada seorang lagi sahabat ni menyokong kenyataan beliau.

"Haah la...aku pun sama. Busuk lah! Sebab tu aku pakai perfume yang mahal sikit tu. Pening betul bau minyak atar."

 Nabi tinggalkan kita dengan Al-Quran & Sunnah

Aku rasa kecil hati. Sebab aku memang selalu pakai minyak atar. Maksudnya orang hidu bau busuk lah dari aku selama ni? Aku suka pakai minyak atar sebab selain ianya wangi dan murah, minyak wangi ni juga bebas alkohol dan boleh dibawa untuk bersolat. Dan aku ada dengar yang haruman bebas alkohol sebegini pun sunah juga. Wallahua'alam.

Bau minyak atar ni buat pening kepala? Haih~ Bauan atar ni ada banyak jenis, boleh je pilih yang sesuai dengan kita. Bukannya ada sejenis bau je. Lolz~

Jadi aku pelik kenapa orang lebih sukakan benda yang di "invented" oleh orang bukan Islam. Aku mengaku, aku pun tak ada lah selalu pakai jubah berserban bagai, tapi sekurang-kurangnya aku tak adalah rasa rimas atau sakit mata memandang orang memakai pakaian sebegitu. Tak adalah pening atau sakit hidung kalau terhidu minyak atar.

Mula-mula orang jauh dari pada sunah dan dekat pada benda-benda tak sepatutnya. Entah-entah masa hadapan nanti, kita makin jauh dari benda yang wajib? Siapa tahu? Mungkin pada masa hadapan nanti ada yang fikir baca Quran ni kolot? "Eh, kau ni baca la novel ke apa ke, ni baca Quran?" Huh~! Kalau siapa cakap macam tu memang aku tak teragak-agak untuk bagi penampar sebiji dua.

Nabi tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunah, kalau dua benda tu pun kita tak nak "ambil", apa je tinggalan rasulullah yang ada untuk kita? Haih...Lepas ni kena explore lagi apa perkara-perkara sunnah yang nabi selalu buat. :) Sebab setiap perkara yang nabi buat tu tentu ada faedahnya. Nabi tak buat benda yang sia-sia kan? Tentu ada faedahnya berserban, berjubah dan memakai haruman berbanding memakai jeans dan perfume mahal. Wallahu'alam~

p/s : Tak perlu lah being westernized sangat. Kau nak ikut-ikut gaya barat, muka kau bukan macam diorang pun. Muka melayu batak jugak.

2 comments: