Friday, May 11, 2012

Tidak Secara Jelas

Bismillahirrahmanirrahim....


Semalam pergi ceramah pasal Palestin oleh Ustaz Khairi Malik.. Alhamdulillah, dapat la jugak sedikit sebanyak walaupun aku mengantuk tak tentu hala siap tersengguk-sengguk bagai nak rak. Pernah terbaca satu blog sahabat ni, cerita dia lebih kurang macam ni......

Seorang guru membentangkan tikar di hadapan anak-anak muridnya. Kemudian, dia meletakkan sebuah Al-Quran di tengah-tengah tikar tersebut. Kemudian, guru tersebut berkata...

"Siapa antara kamu yang dapat mengambil Al-Quran di tengah tikar ini tanpa memijak atau berada di atas tikar ini.?"

Kemudian, pelbagai jawapan yang diberi oleh murid-muridnya. Ada yang suruh capai guna kayu, ada yang suruh ambil dari atas dan sebagainya. Tapi kesemua jawapan itu kurang tepat. Setelah itu, guru ini pergi ke salah satu hujung tikar dan mula menggulung tikar tersebut. Semakin digulung, Quran itu semakin hampir kepada guru tersebut. Dan akhirnya, guru itu kini dapat memegang Qurang itu tanpa memijak atau berada di atas tikar tersebut.

"Murid-murid nampak tak? Apa yang cikgu nak sampaikan?"
Musuh Islam memang tak memusnahkan kita secara terang-terangan sebab mereka tahu umat Islam akan melawan mereka semula. Sebaliknya mereka cuba untuk memusnahkan umat Islam secara tidak jelas dengan menyelitkan hiburan-hiburan, boneka-boneka pemerintah yang tidak mematuhi ajaran Islam, dan membawa budaya mereka seterusnya melenyapkan budaya hidup Islam dari masyarakat Islam itu sendiri.

Betapa halusnya permainan mereka. Sama seperti Quran di atas tikar tadi. Kalau ada yang cuba mengambil Quran itu dengan memijak di atas tikar, itu sudah jelas melanggar apa yang diarahkan. Sebaliknya, guru itu cuma menggulungkan tikar, dia tidak memijak atau berada di atas tikar untuk mendapatkan Quran itu. Okay, sekian sahaja post saya pada hari ini. Harap kawan-kawan jumpa pengajaran dalam post ini. Salam....

No comments: