Tuesday, June 5, 2012

Apa Masalah Kau?

Dalam dunia ni, memang kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Kadang-kadang tu kita tak buat apa pun, kita cuma buat biasa-biasa je, tapi tetap ada orang yang dengki dengan kita walaupun kita buat biasa-biasa. Itu belum kalau kita dapat benda yang boleh buat mereka cemburu lagi. Haih~

Dan kadang-kadang, mereka ni suka kalau tengok kita marah atau sakit hati dengan mereka. Mereka rasa mereka menang jika mereka berjaya buat kita marah.

"Orang yang paling kuat bukan orang yang pandai berlawan, tetapi yang sabar menahan nafsu amarah"

Kalau mereka sakitkan hati, kita kena buat tak tau. Buat macam tak ada apa berlaku. Senang cakap, jangan dilayankan sangat orang macam tu. Sebaliknya kalau dia cuba nak jatuhkan kita sebab dia dengki ke apa, apa kata kita terus berusaha supaya dia lagi jeles dan sakit hati? Nak sangat kan? Hah, ambik kau! Memang hati mereka yang akan sakit nanti.

"If life gives you lemons, make lemonade!"

Kadang-kadang tu sampai ada yang menyebarkan fitnah dan berburuk sangka. Haih...Mungkin mereka rasa seronok sebar gosip ni agaknya. Ataupun suka nak buat orang "memulaukan" kita. 

If you don't know the exact true story, don't tell double!

Kesimpulan, kalau mereka cuba nak buat kau marah, kau try buat derk dan kau try buat dia lagi bengang/dengki kat kau dengan cara ; berusaha lebih gigih! Makin dia nak try jatuhkan kau, kau berusaha lagi kuat biar padan muka dia.


"If you feel like shit, it means the person against you wins!

 And if life gives you lemons, make grape juice and let other people wonder how the heck you pulled it off!

p/s : Please, kita sepatutnya sokong menyokong, bukan jatuh-menjatuhkan!


No comments: