Friday, June 15, 2012

Doa Untuk Semua

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ni aku tengok status facebook kawan. Rasa tersentuh....

Dia mengajak semua untuk mendoakan saudara-saudara seMuslim di serata dunia.

1) Doakan supaya parti Islamis di Mesir menang pilihan raya hari ini dan esok (16/17 Jun)

2) Doakan saudara2 Islam di Syria yang semakin tertekan kerana pihak Rusia telah menghulurkan bantuan kepada rejim Basyar.

3) Doakan untuk saudara seIslam di Myanmar, kerana krisis agama yang menimpa etnik Rohingya semakin serius.
4) Doakan untuk Palestin

Dan doakan untuk semua umat Islam di serata dunia. Abah pernah cakap, kalau dalam doa tu, selain doa untuk diri sendiri, ibu bapa dan kaum keluarga, doakan juga untuk kaum umat Islam di serata dunia.

Aku hidup dalam keadaan sangat selesa. Tapi ada yang hidup dalam ketakutan.Kena ambil cakna tentang saudara seMuslim di tempat lain, don't be such a selfish brat!

p/s : Doa itu kan senjata mukmin. :)

No comments: