Wednesday, June 13, 2012

Iatrogenic

 "Doktor ni senang kena penyakit berjangkit daripada pesakit."

Hampir seminggu berada di Tropical Medicine Department ni, tapi macam-macam organisma yang doktor dah ajar. Dan doktor yang mengajar ajar sangat laju persis kelajuan cahaya, mana mungkin aku boleh faham? Lagi-lagi dalam clinical round, sudahlah apa yang diajar tak ada dalam buku teks, topik diajar laju pula. Haih~

Terasa bimbang juga kadang-kadang bila doktor/professor suruh examine pesakit yang ada penyakit berjangkit ni. Penyakit berjangkit tu pula bukan yang jenis ringan-ringan, tapi kebanyakannya yang boleh membawa maut. Hepatitis C, Hepatitis B dan sebagainya.

Yup, aku tau yang HCV dan HBV berjangkit melalui blood/darah, bukan melalui sentuhan. (Betulkan kalau aku salah), tapi kita kadang-kadang tak perasan kalau tangan kita ada small cut/abrasions. Kalau ada calar-calar ke, bukankah organisma tu boleh masuk melalui luka kecil di tangan kita tu? Sanitizer? Kawan aku cakap, sanitizer cuma boleh bunuh bakteria, tetapi bukan virus! Wallahualam...

Jadi doktor ni memang banyak dugaan. Doktor ni senang kena penyakit berjangkit daripada patient, doktor ni senang kena saman, doktor ni kerja dia penat, dan doktor ni kerja dia bermain dengan nyawa. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana nak handle pesakit yang ada wabak berjangkit nanti? Tidak takut dijangkiti kah?

Dan aku pun rasa kasihan kepada beberapa pesakit yang ditimpa penyakit berjangkit tu. Kebanyakan antara mereka bukannya buat perkara yang tidak elok seperti berkongsi jarum suntikan atau tidak menjaga kebersihan, tetapi berpunca dari pihak lain. Ada yang dapat penyakit hepatitis tu selepas menerima blood transfusion, ada yang dapat HCV selepas pembedahan untuk bersalin. Mereka dijangkiti penyakit tersebut disebabkan oleh kecuaian pihak hospital, tapi mereka yang perlu menanggung derita akibat dari kecuaian orang lain. 

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana kalau suatu hari nanti aku terkena penyakit berjangkit daripada pesakit? Aku rasa tentu aku tak akan dapat menerima kenyataan dan tak ada semangat untuk meneruskan hidup. Terkadang terasa sedikit kesal mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor, tapi aku percaya Allah swt sedang mengatur kehidupan aku dengan baik. Semoga aku tidak membuat pilihan yang salah. :)


p/s : kita tak tahu apa yang Allah atur untuk kita. Baik mahupun buruk, tentu semua ada hikmahnya.

1 comment:

anwar azhari said...

tulisan blog ko warna warni macam al-quran mashaf tajwid yg kaler2 tuh..