Friday, June 8, 2012

Musyrif Yang Hilang

" Kitorang tak kisah pun macam mana rupa lelaki yg jadi musyrif kami. Besar ke ,gemuk ke, kurus ke ,kecik ke. Lagipun buat apa pergi gym, badan berketul-ketul tapi tak nak jadi musyrif?"

Okay, honestly kata-kata di atas ni adalah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh salah seorang sahabat aku; iya, dia seorang perempuan. Dia pun cakap yang dia selalu susah nak dapatkan musyrif. Dia pun pernah cakap, kalau nampak akhawat berjalan tanpa musyrif malam-malam, jangan sangka yang mereka tak mahukan musyrif, tetapi tidak ada musyrif yang mahu menemani.

Haih~ Aku pun memang tak join JAMU (jabatan musyrif eh?) Tapi itu tak bermaksud aku tak boleh jadi musyrif. Semua ikhwah pun boleh jadi musyrif, tak semestinya yang nama dia tertera di dalam JAMU tu je.

Tadi balik dari program batch OSCAR, tengok ramai akhawat tak ada musyrif. Bila ditanya di mana musyrif, mereka menjawab...musyrif hilang! Musyrif lari! Sedangkan musyrif-musyrif yang "hilang" tu tahu yang sebenarnya mereka perlu menjalankan tugas kerana mereka sudah diberitahu terlebih dahulu.

Haih~ Jadi kalau kes macam ni, memang tak boleh nak salahkan akhawat la. Kalian kena cari musyrif tetap ni, baru senang! Aiceh~ Ke situ pulak kan? Aku pun rasa malu juga sebab aku antara manusia yang selalu melarikan diri dari menjadi musyrif. Antara alasan mengapa aku lari dari jadi musyrif :

1) Aku tak suka nak deal dengan pak cik teksi.
2) Tak reti nak cakap arab...Kalau pak cik teksi ajak berborak/tanya apa-apa, aku tak tahu nak jawab apa.
3) Nak balik awal, malas nak jadi musyrif.
4) Akhawat pun kadang-kadang balik terlalu lewat malam. Kalau bawah dari pukul 12 tak apa lagi, tapi kalau lebih dari 12 malam, memang susah la..
5) Kadang-kadang ada destinasi akhawat yang tak munasabah. Bila ditanya nak pergi ke mana, mereka cakap nak pergi kedai nak beli coklat. Nak beli alat tulis...Haih, kenapa tak beli siang? Ataupun kalau duduk satu bangunan dengan ikhwah, boleh je nak minta jejaka-jejaka ni belikan.   -_-

  
 saya pun nak musyrif jugak...Auww~!

 Tapi sekarang, aku pun dah sedar. Sampai bila aku perlu terus "lari" hanya kerana tak pandai cakap arab atau deal dengan pak cik teksi? Kalau tak pandai, sebab tu aku lagi kena belajar. Takkan lah perempuan lebih berani dari aku untuk deal dan bercakap bahasa arab dengan pak cik teksi? Mak aih..Jatuh maruah aku sebagai lelaki. Hihi...Lagipun dah menjadi tanggungjawab lelaki melindungi kaum perempuan. Memang secara natural sebegitu kan?

Entah la..Aku tulis benda pasal musyrif ni pun aku bukannya selalu jadi musyrif sangat. Dan aku bukannya bagus sangat nak komen-komen orang ni. Cuma aku terkilan la tengok ada yang lari dari jadi musyrif walaupun kita dah beritahu awal-awal. Kalau nak lari pun, at least cari la orang lain sebagai pengganti! Macam aku pun tadi malas juga tapi dah diamanahkan, jadi kena lah jalankan amanah tu.
Tanggungjawab itu common sense, tapi amanah itu bukankah wajib?


p/s : Bila perempuan minta tolong, dan lelaki itu menolak, aku rasa lelaki tersebut sangat tidak gentleman. That is just my opinion.

No comments: